Tahun itu Kerajaan Arab Saudi telah membuat sistem baru iaitu charter bus system. Semua transport diurus oleh pihak Mu'asasah. Pihak pakej tidak dibenarkan mengadakan kenderaan sendiri. Semua Jemaah beratur menunggu giliran dan apabila bas sampai di hadapan bangunan apartment Shisha, Jemaah akan terus menaiki bas ke kemah Arafah. Bila tiba giliran aku dan isteri aku dipanggil kami terus bergerak pantas menuju ke bas kami, tapi malang bagi aku kerana aku terpisah haluan dengan isteri aku. Aku terus tercari-cari isteri aku tapi aku tak nampak pun kelibat dia. Pegawai bertugas terus memaksa aku menaiki bas yang berada di depan pintu bas tapi aku berkeras tak mahu menaikinya kerana aku sangka isteri aku sedang mencari aku. Aku agak panic ketika itu lalu aku terus membiarkan bas tadi berlalu pergi. Selepas itu aku baru teringat handphone, kenapalah aku tak hubungi handphone dia.
"Hello.. Aca, Aca ada kat mana" aku tanya dia.
"Dah naik bas tadi... kenapa abang tak naik" tanya dia balik.
"Abang ingat Aca tak naik lagi, tak palah abang naik bas lain dan tunggu abang kat kemah Arafah" balas aku.
Alhamdulillah, teknologi handphone menyelamatkan aku daripada kegelisahan dan aku rasa tak rugi aku langgan pakej roaming untuk aku dan isteri aku. Itu adalah diantara pengalaman aku semasa mengerjakan Haji pada tahun 2003.
Bila sampai di kemah Arafah isteri aku dah ada depan pintu Maktab 94, lega rasa hati aku ketika itu. Kami sampai di kemah tu agak lewat malam, aku dah tak ingat pukul berapa. Di pintu masuk kami disambut oleh pihak Mu'a sasah dengan minuman air zam-zam.
Pagi 9 Zulhijjah di depan Pintu Maktab 94, Arafah |
Malam tu kami tak boleh tidur sangat, kekadang kami baca Yaasin secara berkumpulan. Kekadang pula ada yang Solat sunat dan ada yang bembaca Quran, memang kami disarankan untuk banyak beribadat. Seketika pula aku terlelap mungkin kerana terlalu letih. Aku masih ingat yang aku bangun agak awal sebelum Solat Subuh kerana tak berapa boleh tidur lalu aku terus mandi. Tempat mandinya juga tak ada masalah, air yang disediakan mencukupi.
Abdullah Salleh, abang Mie & aku dalam kemah. |
Khutbah Arafah dan doa yang disampaikan oleh Ustaz TM Fouzy makin menambah keinsafan aku. Pengalaman berada di tanah Arafah adalah pengalaman yang paling bermakna dalam hidup aku. Pengalaman itu juga membuat aku terus merindui Tanah Haram Mekah.
Selamat Hari Raya Aidul Adha.
Pada petang 9 Zulhijjah kami sekali lagi berdoa menadah tangan kelangit bumi Arafah memohon keampunan dan keredaan Allah. Waktu sebelum terbenam matahari adalah waktu yang paling afdal untuk kita berdoa kepada Allah.
Pada tengah malam tu kami bertolah ke Mudzalifah untuk Solat Subuh dan mencari anak batu. Bumi Arafah kami tinggalkan dengan perasaan sayu dan bilakah lagi dapat kami kembali ke bumi Arafah 9 Zulhijjah.
Aku mencuci anak batu di Mudzalifah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan