Aku mempunyai minat yang mendalam dalam bidang permotoran ni terutamanya motosikal. Aku start belajar menunggang motor ni sejak tingkatan satu, abang Mat aku yang ajarkan. Aku duduk kat depan sambil pegang
handle dan dia duduk kat belakang sambil
control brake. Masa tu kaki aku tak sampai kat tanah lagi bila aku duduk atas motor. Pelan-pelan bila aku dah makin tinggi aku dah boleh bawak motor sendiri.
|
Honda C70 |
Masa aku tingkatan 5 tahun 1983 ayah aku dah suruh aku ambik Lesen Motor, masa tu cuma bayar RM20 saja dah dapat Lesen L. Tapi plat L tu kena gantung kat depan dan belakang motor dan Lesen tu
limit sampai 90cc saja. Mungkin ayah aku kesian tengok aku kayuh basikal ke sekolah dengan jarak rumah aku ke sekolah adalah lebih kurang 5km. Kalau nak naik bas pulak aku kena tunggu bas tu sebelum pukul 6.00am, lepas tu tukar bas pulak kat simpang Bagan Ajam. Masa perjalanan habis kat bas saja. Jadi dia suruh aku naik Motor saja, duit minyak tak jadi masalah. Motor Honda C70 adalah motor pertama yang aku tunggang pergi balik ke sekolah ketika itu. Biasanya aku isi minyak RM1.00 tahan seminggu, ayah aku yang tanggung. Dia pulak pergi kerja pakai satu lagi motor, Honda CB100.
|
Honda CB100 |
Dia tak berapa suka naik Honda CB100 tu sebab ada
clutch. Jadi dia suruh aku aja yang bawa motor tu walaupun dia tahu motor CB100 tu 100cc. Aku pun tak kisah, apa yang perlu adalah gantung saja plat L kat motor. Minyak pulak mahal sikit tapi semua ayah aku yang isikan. Masa tulah aku mula belajar bawak motor yang pakai clutch, aku belajar sendiri dan pakai redah saja. Lepas tu ayah bagi motor CB100 tu kat abang Mat untuk dia bawak ke ITM Shah Alam sebab dia kata tempat dia belajar kena naik bukit. Selepas tu abang Man aku dapat biasiswa JPA masa dia belajar kat Poly Ungku Omar. Sebahagian duit tu dia beli motor baru, Yamaha 80 CDI. Masa tu aku tak dak motor dah, jadi aku naik bas saja ke sekolah. Malas aku nak kayuh basikal sejak dah mula naik motor ke sekolah.
Masa abang Man aku nak Exam, dia hantar balik motor Yamaha 80 CDI tu ke rumah dan suruh aku pakai motor dia sebab dia nak tumpukan kat exam dia. Jadi untuk beberapa bulan akulah yang kudakan motor baru dia tu. Masa tu Yamaha 80 CDI adalah motor yang paling popular untuk buat race. Tapi aku tak buat racelah motor dia, nahas nanti kalau dia tahu.
|
Yamaha 80 CDI |
1984 aku dapat masuk Poly Alor Setar untuk sambung belajar. Aku juga dapat biasiswa JPA dan sebahagian duit tu aku pun beli motor yang aku minat masa tu, Yamaha RXS. Motor tu berkapasiti 115cc dan berwarna hitam. Mulanya aku lebih minat nak beli Yamaha RXZ 135cc baru keluar masa tu tapi tak berapa cukup duit. RXS tu pun abang Man aku
support sikit sebab dia dah mula kerja masa tu.
|
Yamaha RXS 115 |
Yamaha RXS tu aku beli masa aku buat praktikal kat JKR Elektrik Bayan Baru. Aku gunakan sebagai transport aku dari rumah kak Noni kat Bayan Lepas ke Bayan Baru. Habis belajar aku masih gunakan RXS tu dan RXS tu juga yang membuatkan aku senang dapat kerja pertama aku kat Toyo Audio sebab kerja tu perlukan guna transport sendiri.
Masa aku kerja kat Toyo Audio aku dah nekad nak tukar motor baru yang ada
full fairing macam
motor racing. Masa tu motor berkapasiti 125cc seperti Yamaha RD, HondaMBX, Kawasaki AR dan Suzuki RG sangat popular. Jadi tahun 1987 aku pun beli motor RGT125 Gamma, motor tu bagi aku sangat cantik walaupun tak laju. Aku suka bergaya dengan jaket kulit, but dan beg galas kulit. Tapi aku cuma sempat bawak 2 tahun sahaja sebelum aku mula tukar kepada kereta. Sebenarnya aku sangat sayangkan motor tu, bagi aku motor tu sangat cantik.
|
Suzuki RG125 Gamma |
Lepas tu lama jugak aku tak beli motor dan tak bawak motor sehinggalah tahun 2004. Masa tu Mashitah anak kedua aku baru lahir dan aku kembali beli motor, Modenas Elegan. Masa tu aku minat sangat dengan Skuter sesuai dengan umur aku dah mencecah 40 tahun. Motor tu aku cuma pakai kadang-kadang saja, ke pasar atau ke bank. Oleh kerana aku jarang sangat bawak motor tu, tahun 2006 aku jual motor tu kat kawan aku.
|
Modenas Elegan 150cc |
Tapi aku masih pasang impian untuk membeli motor Skuter yang lebih besar, lebih fancy dan nampak bergaya.
|
Mungkin ini adalah Motor Skuter impian aku. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan