Jumaat, 25 Disember 2009

Hujung Tahun

Dah lama tak update blog ni. Banyak cerita-cerita yang menarik beberapa bulan lalu tapi aku tak paparkan dalam blog aku ni. Isteri aku yang sarat mengandung anak aku yang ke 3 dengan masalah disepanjang masa dia mengandung dengan penyakit kencing manis yang diwarisi dari arwah abah dia semuanya terpaksa dilalui. Setiap hari harus di-insulin dan setiap 2 minggu harus di bawa ke hospital untuk di periksa oleh Doktor takut "effect" kepada baby dalam kandungannya. Makan & minum harus dikawal walaupun susah dan aku juga turut diet hinggakan badan aku susut sikit. Isteri aku dijangka "due" awal bulan Febuari tapi kalau ada masalah dia akan di operate tengah bulan Januari. Doakan agar dia bersalin dengan selamat dan dapat anak lelaki walaupun Doktor scan anak perempuan. Tapi kehendak Allah, apa pun boleh terjadi dan aku masih berharap.
Cerita pasal aku bercuti ke KL akhir bulan November. Aku dan familiku pergi senyap-senyap tak bagitau pada emak aku, bukan apa takut dia marah sebab isteri akukan sarat mengandung. Jadi aku plan tempah Quality Hotel depan Pertama Complex. Balik kerja hari Jumaat tu isteri aku terus ambik aku kat Factory terus ke KL. Malam tu aku tidur rumah adik ipar aku kat Salak Tinggi. Pagi tu terus ke Muzium Negara. Lepas tu baru check-in kat Hotel. Cadang nak lawat Planeterium tapi isteri aku tak larat dia terus tidur, malam tu kami merayap kat Jalan Tengku Abdul Rahman. Biasalah orang perempuan mesti nak beli kain, lepas beli kain makan kat D'Mara. Esok tu pulak kami ke KLCC Petrosains, kami naik LRT dari Bandaraya ke Masjid India tukar Putera LRT ke KLCC. Petrosains syok jugak terutama untuk anak-anak aku, banyak benda menaik untuk mereka. Hari ke tiga aku balik ke Penang, biasanya aku akan singgah di IKEA tempat kegemaran aku. Balik terus ke Sitiawan rumah Mak mertua aku.
Cerita pasal hujung tahun tentunya bonus!!. Al hamdullilah tahun ni aku dapat bonus banyak jugak. Mungkin rezeki untuk anak-anak aku dan jugak anak yang bakal dilahirkan. Tahun ni aku tak bercadang untuk beli barang elektronik, semuanya prepare untuk sekolah anak, catkan bilik-bilik mereka dan anak yang bakal dilahirkan, insyaallah.
Wassalam.