Selasa, 26 Januari 2010

Baby balik rumah

Salam... Pagi Jumaat 22 Jan 2010, lepas tengok Munirah pergi Sekolah dengan Cikgu Timah aku bergegas ke rumah mak aku sebab nak ambil sup ikan haruan yang mak aku masak. Lepas aku sarapan bihun bungkus yang ayah beli pukul 8.00am baru aku keluar ke Hospital. Sampai je ke Hospital aku minta kebenaran security untuk hantar sup ikan haruan dia pun benarkan, tapi guard yang di depan pintu wad 10 tak bagi masuk sebab Doktor ramai kat dalam. Kalau dia benarkan nanti dia kena marah jadi aku suruh dia beri pada isteri aku.Lepas dah serahkan sup ikan haruan aku terus ke bengkel kereta sebab aku rasa sesuatu yang tak kena pada kereta aku tu. Habis saja check kereta Foreman tu tuning je injin kereta tu. Lepas tu aku ke kedai gunting rambut pulak, rasanya rambut aku dah panjang dan aku memang tunggu anak aku lahir dulu, kalau anak lelaki aku akan trim rambut aku guna mesin no. 2 tapi  keluar perempuan! Tapi tak palah lelaki ke perempuan ke tetap anak aku, jadi aku suruh Mamak tu trim rambut aku guna mesin. Mula-mula dia keliru kenapalah aku nak trim rambut, dia nasihatkan aku trim tepi je atas tu gunting pendek selepas dia tunjuk rambut selepas trim. Aku pun ikut saja cakap dia, lagi pun aku cuma berniat apabila dapat anak lelaki je dan aku bukannya bernazar.
Habis gunting rambut 12.30pm aku pun ke Hospital semula untuk melawat anak aku. Abang Man sampai pukul 12.45pm untuk melawat baby dan isteri aku. Pukul 1.00pm aku bergegas balik semula ke rumah selepas lauk yang aku beli kat kantin Hospital nak aku hantar balik untuk anak-anak dan mertua aku. Sampai saja simpang Permatang Sirih aku dah lewat untuk Solat Jumaat lalu aku singgah di Masjid Pajak Song ,habis saja Solat Jumaat aku pun balik. Pukul 4.15pm baru aku keluar semula ke Hospital bersama mertua dan anak-anak aku untuk mereka melawat baby baru.

Malam tu aku dapat call yang baby bersama emaknya dah boleh keluar, satu lagi masalah baru timbul sebab jalan ke rumah aku dah disekat oleh majlis kenduri kahwin. Hari Sabtu 23 Jan 2010 aku terpaksa telefon emak aku untuk bantuan dengan bawa baby baru dan isteri aku transit sekejap dan pukul 6.30pm baru aku balik semula ke rumah aku. Mak aku tak ada masalah, habis saja aku settle bil dan ambil ubat di Hospital aku terus balik ke rumah emak aku, petang tu Iza adik aku serta suami dia Azman datang ke rumah mak aku sekali gus mereka melawat baby baru aku. Kak Noni sekeluarga pun ada jugak. Munirah aku tinggalkan di rumah bersama emak saudaranya sebab dia ada Tuisyen petang tu manakala Mashitah pulak aku terus hantar dia pukul 2.30pm dan balik semula pukul 4.30pm. Petang tu 6.30pm aku keluar dari rumah emak dan sampai pukul 7.00pm, kenduri pun dah habis masa tu.

Hari Isnin aku terpaksa ambil cuti lagi sebab nak report ke Klinik kerajaan terdekat dan register anak aku. Baby baru aku namakan Mirza & maknanya anak yang baik. Petang tu Misi datang dia check dan dapati anak aku ada kekuningan bergegas pula aku ke Klinik, nasib baik dekat saja lagi pun jam dah dekat pukul 5.00pm Kilini pun dah nak tutup. Doktor suruh check sekali lagi di Hospital Kepala Batas dan sah bacaan kuningnya 261, target bawah 250 jadi malam tu dia masuk wad balik tapi kali ni di Kepala Batas pulak. Malam tu baby aku tidur bawah UV light le sampai OK.

Hari Selasa baru aku dapat pergi kerja balik, tapi kat kilang tak banyak masalah sangat cuma anak buah aku Anuar & Selva pergi training termasuk KG Tan dan Mazlan, jadi sunyi sikit hari tu. Aku dapat call yang baby & isteri aku dah boleh keluar hari ni, pukul 4.00pm aku terus balik dan ke Hospital untuk discharge mereka. Hujan lebat pulak hari ni, aku tunggu hingga reda baru aku balik. Misi tu kata esok aku kena bawa baby untuk check sekali lagi untuk perkembangan lanjut. Aku suruh adik ipar aku aje esok sebab aku dah malas nak ambil cuti banyak-banyak. Wassalam...

Jumaat, 22 Januari 2010

New baby born.


Salam... Minggu ni aku sibuk sikit sebab isteri aku dijangka akan melahirkan anak aku yang ketiga. Doktor dah advise dia untuk masuk wad pada hari selasa 19 Jan disebabkan dia ada masalah diabetis. Aku dah apply leave untuk 3 hari bermula hari Rabu sampai Jumaat sambung dengan Sabtu & Ahad jadi 5 hari. So hari Selasa petang aku pun hantar isteri aku ke Hospital Seberang Jaya. Pada mulanya kami cadang nak settle kat Hospital Besar Penang je sebab kedua-dua kakak dia beranak kat sana tapi last minit kami ubah fikiran takut baby ada masalah kena ulang alik ke Penang pulak tak ke susah. Kami pun tawakal saja walaupun ramai yang bagi pandangan kat Seberang Jaya nurse dia cerewet sikit! Hari Selasa tu aku cuma hantar je lepas tu balik le sebab esoknya Munirah nak ke Sekolah.
Hari Rabu aku tunggu call dari isteri aku, pagi tak call pun, jam 11am aku keluar hantar Masitah rumah Mak Tok dia. Lepas tu pukul 1.00pm aku ambik Munirah pulak, petang baru aku pi jengok isteri aku, masa tu dia dah masuk ubat dah pagi tadi, masuk ubat tu maknanya nak meluaskan salur rahim  untuk anak keluar. Aku sampai jam 4.30pm tapi jam 5.00pm baru boleh masuk, masa tu isteri aku dah mula sakit tapi baru buka 2cm. Kalau nak beranak kena buka 10cm???. Kesian jugak aku tengok dia kekadang keluar air mata menahan sakit sebab nak beranakkan anak aku tu. Jam 6.45pm Azahar dah sampai kat Hospital bawa mertua aku, sempat juga dia jengok isteri aku. 7.30pm aku pun balik berama mereka sebab tak ada tanda nak beranak lagi. Azahar malam tu balik Ipoh sebab isteri dia nak kerja.
Hari Khamis 21 Jan, aku bangun awal, lepas solat Subuh aku keluar beli roti canai & nasi lemak untuk semua sarapan. Jam 9.00am baru aku keluar untuk ke Hospital tapi tak boleh masuk, aku duduk kat luar je. Isteri aku telefon suruh aku balik, jam 2.00pm call Hospital tanya dah beranak ke belum. Aku tak balik sebaliknya aku pergi rumah mak aku, sembang-sembang. Jam 11.00am aku pergi tempat yang dekat dengan Hospital senang kalau-kalau emergency cepat aku sampai aku pun lepak kat Carrefour & Sunway Carnival. Dekat jam 2.00pm aku sampai Hospital, masa tu Ma ada kat Hospital kebetulan kawan dia Nora pun masuk Wad sam dengan isteri aku. Aku terus pergi tanya kat counter tapi belum beranak lagi. Aku tunggu sampai jam 5.00pm Doktor panggil aku, dia kata isteri aku kena operate & aku kena sain lagi. Ma sempat jumpa isteri aku masa nak masuk dewan bedah lepas tu Ma terus balik sebab dah lama tunggu. Aku terus tunggu, lama jugak. Jam 6.02pm anak aku pun keluar, isteri aku keluar dewan bedah jam 7.45pm. Alhamdulillah aku dapat anak perempuan lagi, comel macam kakak dia Mashitah. Tapi beratnya cuma 2.9kg, Mashitah dulu 4.06kg dan beranak normal. Jam 8.00pm baru aku dapat pegang anak aku dan aku Azan bersama Iqamah...Alhamdullilah sujud syukur aku kepada Allah Subhanawata'ala. Balik tu aku singgah rumah mak aku dulu, lepas tu perut aku keroncong apa lagi makan dulu le. Malam tu aku prosses uri pulak, 1st time aku cuci uri & tanam malam tu jugak. Sekali lagi Alhamdullilah... Wa salam.

Isnin, 11 Januari 2010

Menanti hari esok



Salam, Tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan, masa check kat Doktor minggu lepas dia sahkan 19hb Jan isteri aku kena masuk Wad untuk melahirkan anak. Tak kira kena operate atau beranak normal dia dah kena beranak. Berat anak semasa check hari tu 3kg. maksudnya masih normal & taklah berat sangat. Isteri aku kalau boleh dia nak beranak normal, senang sikit nak jaga. Hujung minggu lepas sibuk aku sambung cat, kali ni aku cat kat belakang tempat basuh pulak. Tapi aku sempat cat grill saja, tu pun belah dalam saja dan sebelah luar aku ingat bila aku balik awal dari tempat kerja  nanti aku akan sambung cat sikit-sikit.


Berbalik pada anak yang bakal dilahirkan, memanglah aku berharap sangat untuk dapat anak lelaki dan namanya pulak aku akan namakan dengan Muhammad ???.Tapi kalau ditakdirkan aku dapat anak perempuan jugak namaya mesti bermula dengan huruf M???. Apa-apa pun doakan anak yang bakal dilahirkan itu sihat walafiat, insyaallah. Teringat aku anak aku yang ke-dua Mashitah, masa baru dilahirkan berat dia 4.3 kg dan comel sekali. Mintak-mintak anak aku kalini pun macam kakak dia jugak. Oklah wasalam.

Rabu, 6 Januari 2010

Musim pesekolahan 2010


Salam,
Tahun baru 2010 bermula, bagi diri aku azam tahun baru sama saja dengan tahun terdahulu. Tahun ni kedua-dua anak aku akan masuk Sekolah, yang sulung Munirah dah masuk darjah 5 manakala Mashitah masih berumur 6 tahun tapi desebabkan emak dia kena mengajar seesi petang terpaksalah ditumpangkan darjah 1 di Sekolah emak dia. Hari Isnin tu aku ambik cuti sebab nak hantar dia ke Sekolah, maklumlah hari pertama kenalah tengok2. Lagi pun dia baru umur 6 tahun, mak dia hari ni pulak cuti m.c.
Seronok jugak hantar anak ke Sekolah, suasana hari pertama buat aku terkenang masa aku masuk Sekolah dulu. Sekolah aku dengan rumah aku 8 Km jauhnya, ayah aku tingal aku sorang2 kat sana. Habis tu balik pulak pandai2lah cari van sekolah sendiri, tapi aku tak panik. Kakak aku naik van yang sama tapi sekolah lain, tak sesat pun. Sekarang ni budak2 semuah dah matang sebab dia orang dah pernah masuk Tadika tak macam aku dulu. Aku tengok anak aku tu selamba saja dan dah ada ramai kawan yang dia kenal masa Tadika dulu. Jadi tak kekoklah, tak ada sorang budak pun yang menangis. Masa time aku dulu ramai budak yang menangis siap dengan kencing dan berak dalam seluar kerana takut atau malu dengan Cikgu.
Cikgu dulu garang pulak tu, siap rotan lagi. Aku dulu sering kena rotan, aku ingat lagi Cikgu Zainab siap cubit pipi aku. Tapi itu dulu tapi sekarang tak boleh rotan suka-suka, jentik pun kena hati-hati. Hari pertama anak aku dah kena buat ujian untuk streaming kelas mana yang dia patut masuk. Akhirnya dia masuk kelas nombor 3. Kelas mana pun aku tak kisah, janji dia tak kekok bila masuk Darjah satu betul-betul tahun depan.
Pada hari yang sama aku bawa isteri aku ke Hospital untuk periksa kandungannya yang hampir 9 bulan. Doktor kata dua minggu lagi kena masuk Wad untuk bersalin, rasa berdebar pulak aku kali ni. Aku masih berharap dan berdoa untuk dapat anak lelaki. Petang tu aku ambik anak aku kat sekolah. Aku tengok dia letih sangat sampai terlena...