Jumaat, 15 April 2011

Amir Hamzah kawan ku

13-April-2011

"Hello...abang haji ada kat mana?" Zaidi call aku masa tu dah hampir waktu Maghrib.
"Ada kat Kepala Batas" Jawab aku, masa tu aku baru keluar dari kedai Mewah Jaya beli susu anak.
"Ni saya nak bagi tau yang abang haji Amir kena heart attack, teruk ni dok mengelupuq" balas Zaidi.
"Ha! bila" balas aku.
"La ni la, ramai orang kat lobby Sanyo ni, kami tengah tunggu ambulan tak sampai-sampai" jawab Zaidi.
"Abang haji tolong bagi tau kat haji Fauzi sat na" balas Zaidi lagi.

Zaidi tahu yang Haji Fauzi tu duduk sebelah rumah aku dan Haji Fauzi tu pulak abang ipar kepada Haji Amir lagi pulak kami ni sama-sama kerja kat Sanyo dan berjiran.

"Ok, nanti aku bagitau kat dia" kata aku lagi kat Zaidi, tapi hati aku tak berapa sedap mendengar berita tu.
"Nanti kalau ada apa-apa saya call bali kat abang haji" sambung Zaidi lagi.

Aku naik kereta terus balik rumah, sampai depan rumah aku berselisih dengan Haji Fauzi. Aku pun call dia.
"Hello... Fauzi hang dah tau ka?" tanya aku kat Fauzi.
"Aku tau dari Bukhari" balas Fauzi.
"Aku tak tau macam mana nak berdepan dengan keadaan macam ni..." sambung Fauzi lagi.
"Ni first time aku jadi macam ni" kata Fauzi lagi.
"Hang dah bagitau kat Fauziah belum?" tanya aku.
"Belum...aku pun tak tau macam mana nak bagi tau kat dia.." balas Fauzi, sebab Fauziah adalah adik dia dan Fauziah tengah sarat mengandung 8 bulan. Fauziah pulak ada rekod darah tinggi.

Malam tu Zaidi yang mengikuti perkembangan Amir terus berhubung dengan aku. Amir didapati kena Stroke selepas Tekanan darahnya naik sampai 250, saraf kat otaknya pecah, darah keluar tak henti di kepala dan mulutnya. Ramai rakan sekerja menunggu perkembangan Amir hingga lewat malam. Fauzi apatah lagi, aku dapat khabar yang Amir di pindahkan ke General Hospital kat Datuk Keramat. Pukul 3.00am Amir dimasukkan ke ICU, kepala Amir di bedah untuk menghentikan pendarahan dan mengeluarkan darah beku. Hari ni 15-April aku dapat berita yang Amir dah sedar dan ada respond. Tangannya dah bergerak, sekarang dia masih di ICU.

Aku kenal Amir dah lebih 20 tahun masa tu kami sama-sama kerja kat Sony Electronic Perai. Tahun 1992 dia dapat kerja di FMS Audio dan aku juga dapat kerja di sana tahun 1993. Kami mula rapat tambah-tambah lagi dia berkahwin dengan adik kepada Fauzi. Fauzi pulak adalah kawan sekampung aku masa kecil dan Fauzi juga kenal Amir semasa sama-sama kerja  di Sony.

Amir juga adalah jiran kami di Taman Rupawan tapi dia tinggal di Taman rupawan selepas 3 tahun kami tinggal di sini. Dia seorang yang pendiam, rajin ke Surau dan dia juga seorang ahli Tabligh tapi kurang aktif selepas berkahwin. Amir sering melaungkan Azan di Surau, anak-anaknya juga dilatih ke Surau macam dia. Amir dah punyai 6 anak dan dijangka anak ke 7 akan lahir pada bulan Jun ini.

Bila diimbas kembali sebelum kejadian hari tu aku beberapa kali jumpa dengan Amir. Entah kenapa pagi tu dia sarapan di meja kami. Kalau tidak dia akan duduk sekali dengan Yusop dan Zainal Azali tapi mungkin Yusop dan Zainal Azali tak ada di meja tu dia pun datang join dengan kami. Dia juga ada call aku pasai New Model yang aku delay disebabkan PCB tak jumpa dan dia dapat downtime.

"Hello Burn, hang tau cerita PCB CDM14 tu" Amir tanya.
"Ya aku tau, semalam kami plan nak jalan tapi PCB dalam system pun tak dak, shift malam tak jumpa PCB" balas aku.
"Tak dak" tanya Amir lagi dengan ragu-ragu.
"Hang tanya kat Shar Nizam dia tau cerita ni, dia yang cari PCB ada kat receiving store lagi" balas aku.
"Aku dapat downtime ni macam mana nak jawab pun aku tak tau ni" jawab Amir lagi.
"Rugi je semalam kami plan nak jalan tapi tak dak PCB, dah rugi 3 jam cari PCB" jelas aku kat Amir.
"Mmmmm.... tak pa lah" jawab amir menutup perbualan kami hari tu. Aku tau dia TENSION masa tu sebab bukan senang nak jawab kat Managing Director tentang downtime notice.

Aku rasa bersalah juga sebab mungkin dia tension disebabkan perkara tu dan disebabkan tu Tekanan Darah dia naik menyebabkan dia STROKE.
"Ya Allah aku hamba yang hina ini mendoakan kawan aku agar kau pulihkan keadaan dia. Amin..."