Isnin, 3 Mei 2010

Mirza seratus hari

As salamualaikum.... Sekejap je rasa Mirza dah masuk seratus hari, dah makin tembam muka dia. Mirza minum susu emak dia tapi kadang-kadang Mama Kama pengasuh Mirza ada juga beri susu Tepung walaupun supply kat Mama dia susu isteri aku yang diperah, mungkin juga tak cukup. Mirza banyak minum susu, tak palah biar dia sihat. Mak Tok dia kata baby kalau badan besar senang sikit nak jaga mungkin sebab sihat. Aku memang suka anak-anak aku ambil susu ibunya sekurang-kurangnya hubungan anak dan ibu rapat, minda pun sihat. Kalau mak dia tersilap makan terutamanya benda berangin si anak pun perutnya akan kembung. Ini menunjukkan ada kaitan susu ibu dengan kesihatan anak. Tak taulah susu lembu dan anak yang minum susu lembu tu? confuse!!
Alhamdullilah.. tahun ini naik juga gaji aku walaupun tak banyak...rezeki dari Allah dan rezeki untuk anak-anak. Dengan gaji baru ni kenalah aku tingkatkan mutu kerja aku dan bertambahlah rezeki untuk keluarga aku apabila isteri aku lulus peperiksaan akhir seterusnya akan dapat Ijazah tak lama lagi... Syukur Alhamdullilah sekali lagi. Wasalam...