Ahad, 28 November 2010

Perjumpaan Classmates Poly'84

Minggu Orientasi
Terkejut aku masa awal pagi Hari Raya Haji apabila Sheikh classmate aku chat dalam Facebook aku yang sedang Online dan suruh aku call dia. Hari tu pulak aku tinggal sorang-sorang manakala anak dan isteri aku beraya kat Chemor. Sheikh cadangkan hendak buat perjumpaan kecil dalam masa terdekat ni dan tubuhkan jawatankuasa kecil classmates kami. Dia lihat tak ada perkembangan kalau asyik komen dalam Facebook saja tanpa buat perjumpaan. Ini kerana ramai classmates tinggal di area Seberang Perai, Kulim dan Sungai Petani.

Malam tu aku terus chat dengan Ti sebab Ti ni aktif sikit dalam Facebook. Ti setuju dengan cadangan Sheikh tu dan aku cadangkan tarikh perjumpaan tu diadakan pada 27-Nov-2010 di Subaidah Restoran Seberang Jaya http://wikimapia.org/#lat=5.4075167&lon=100.4079956&z=18&l=0&m=b .

Selang beberapa hari aku terus publish dalam Facebook group classmates kami. Responnya agak baik dan ramai yang bersetuju untuk hadir. Cuma beberapa orang yang tinggal di Lembah Kelang saja yang komen tempatnya jauh dari tempat mereka. Ada juga teman yang terus menyatakan tidak dapat hadir kerana ada kerja dan kenduri pada hari yang sama.

Dari hari kehari makin meriah komen dalam Facebook dan masing-masing ingat meningati antara satu sama lain untuk hari perjumpaan tu. Aku juga memang tak sabar menunggu hari perjumpaan tu sebab rindu sangat pada mereka cuma Shukri saja yang sering aku jumpa dan tahu perkembangannya. Jamallulai sekarang ni adalah guru di Sekolah Teknik Telok Ayer Tawar tempat abang Adin aku menjadi pengetuanya. Hazali atau lebih dikenali sebagai Jack juga mengajar di tempat yang sama. Razi pulak kebelakangan ni amat aktif untuk mencari kawan lama dalam Facebook dan dari Facebook juga baru kami sedar yang ramai kawan-kawan tinggal di kawasan utara ni. Sheikh yang mencadangkan perjumpaan tu kali terakhir datang ke rumah aku lebih 15 tahun lalu. Nazri yang tinggal di Shah Alam juga memberi respon yang baik. Hilal pula pada mulanya beria benar untuk menyertai kami tapi pada saat terakhir dia ada kerja lain yang harus dilangsaikan. Ada juga teman yang berdiam diri saja mungkin sebab jauh atau ada kerja lain.

Semalam 27-Nov-2010 pukul 5.00 petang aku terus berada di depan Restoran Subaidah dan aku meninjau-ninjau kot-kot ada kawan aku yang dah sampai kat situ. Tapi tak nampak sorang pun kelibat kawan-kawan aku. Aku terus call Shukri, katanya masih dalam perjalanan. Lepas tu aku call Sheikh juga dalam perjalanan, Ti juga aku call tapi dia tak jawab. Selang beberapa minit Ti SMS aku meminta maaf sebab tak dapat hadir pada saat-saat akhir. Aku terus nampak Razi baru sampai dan parking kereta Kancil lalu terus aku lambaikan tangan padanya. Masih sama saiz badan dia dan rupanya juga tak banyak berubah. Dia terus dapatkan aku dan kami berpelukan. Seketika selepas tu Sheikh pulak sampai, sama juga seperti Razi rupa Sheikh boleh dikenal pasti dan tak banyak berbeza. Jamallulai dengan saiz badan yang amat berbeza daripada 10 tahun lau sampai selepas tu disusuli oleh Shukri. Kami bersembang kat depan Restoran Subaidah agak lama sebelum masuk dak pesan minuman.

Dalam pada tu kami terus contact kawan-kawan yang lain untuk pastikan kehadiran mereka seperti Nazri, Yussof dan Jefri. Jack pulak tak dapat hadir, Fauzi tak dapat di cari, Nazli ttak ada contact no. dan Facebook, Zarina pula awal-awal lagi dah katakan yang dia juga tak dapat hadir. Jadi cuma lima orang yang hadir pada mulanya. Yang paling aku kagum adalah Nazri yang turun dari Shah Alam semata-mata nak bersama kami dalam perjumpaan tu menjadikan enam orang semuanya. Nazri balik ke Perlis dengan Superbikenya dan walaupun sampai agak lewat sikit tapi usahanya untuk bersama-sama dalam perjumpaan tu amat dihargai.

Tiba waktu Maghrib kami solat berjemaah dan kembali bersembang. Sambil tu kami pesan makanan
dan berborak tentang perkembangan masing-masing. Cadangan untuk reunion nanti dah ditetapkan dan kami akan bergabung dengan kawan-kawan lain dari kursus Awan dan Jentera pada 5 & 6 Febuari nanti di Havard Gurun Kedah. Semua bersetuju dengan cadangan tu disebabkan kalau kami nak reunion kumpulan classmates kami agak suntuk waktunya dan bilangannya agak kecil.

Selepas selesai makan dan jam juga dah menunjukkan pukul 8.30 malam. Ini bermakna hampir empat jam kami bersama dan tak sedar waktu berlalu begitu cepat. Jadi tibalah masanya untuk berpisah semula, kami pun bersalaman sambil berpelukan antara satu sama lain. Alhamdullilah  perjumpaan kali ini amat bermakna dan berjaya walaupun cuma enam orang. Mungkin dilain hari bilangannya akan bertambah, InsyaAllah. Kami berazam untuk mencari dan mengumpulkan semua rakan-rakan classmates kami selepas ini. Aku pulang ke rumah dengan perasaan puas hati.
Dari kiri : Aku, Razi, Sheikh, Shukri, Nazri & Jamallulai

Selasa, 16 November 2010

Hari Arafah 9 Zulhijjah

Pada Malam 9 Zulhijjah 1423 bersamaan 10 February 2003, aku dan isteri aku dah siap packing beg dan keperluan untuk berangkat ke kemah Arafah. Pagi tu di Surau kat apartment Shisha tempat penginapan kami, Ustaz Mat dan pegawai bertugas telah memberi taklimat mengenai persediaan kami ke kemah Arafah. Jadi semua arahan yang telah dijadualkan oleh pihak pakej kami ikut saja cuma tunggu dipanggil untuk berangkat. Kami telah ditempatkan dalam Kumpulan 7 yang bermaksud kami akan naik bas bernombor 7 untuk setiap perjalanan kami di Mekah dan Madinah. Pada waktu itu aku dan kawan sebilik aku Abdullah Salleh sedia menunggu di bilik kami manakala isteri aku masih di bilik dia. Aku dan isteri aku telah dipisahkan oleh bangunan bersebelahan. Apabila terdengar kumpulan 7 dipanggil turun ke bawah aku terus bergegas untuk mencari isteri aku kerana aku tak mahu terpisah dengan dia. Sampai di bawah isteri aku telah sedia menunggu aku dan kami terus beratur untuk menaiki bas.

Tahun itu Kerajaan Arab Saudi telah membuat sistem baru iaitu charter bus system. Semua transport diurus oleh pihak Mu'asasah. Pihak pakej tidak dibenarkan mengadakan kenderaan sendiri. Semua Jemaah beratur menunggu giliran dan apabila bas sampai di hadapan bangunan apartment Shisha, Jemaah akan terus menaiki bas ke kemah Arafah. Bila tiba giliran aku dan isteri aku dipanggil kami terus bergerak pantas menuju ke bas kami, tapi malang bagi aku kerana aku terpisah haluan dengan isteri aku. Aku terus tercari-cari isteri aku tapi aku tak nampak pun kelibat dia. Pegawai bertugas terus memaksa aku menaiki bas yang berada di depan pintu bas tapi aku berkeras tak mahu menaikinya kerana aku sangka isteri aku sedang mencari aku. Aku agak panic ketika itu lalu aku terus membiarkan bas tadi berlalu pergi. Selepas itu aku baru teringat handphone, kenapalah aku tak hubungi handphone dia.

"Hello.. Aca, Aca ada kat mana" aku tanya dia.
"Dah naik bas tadi... kenapa abang tak naik" tanya dia balik.
"Abang ingat Aca tak naik lagi, tak palah abang naik bas lain dan tunggu abang kat kemah Arafah" balas aku.

Alhamdulillah, teknologi handphone menyelamatkan aku daripada kegelisahan dan aku rasa tak rugi aku langgan pakej roaming untuk aku dan isteri aku. Itu adalah diantara pengalaman aku semasa mengerjakan Haji pada tahun 2003.

Bila sampai di kemah Arafah isteri aku dah ada depan pintu Maktab 94, lega rasa hati aku ketika itu. Kami sampai di kemah tu agak lewat malam, aku dah tak ingat pukul berapa. Di pintu masuk kami disambut oleh pihak Mu'a sasah dengan minuman air zam-zam.
Pagi 9 Zulhijjah di depan Pintu Maktab 94, Arafah
Setelah kami di tempatkan dalam kemah masing-masing mengikut kempulan, aku terus mencari tempat untuk aku tidur. Kawan-kawan aku Abdullah, abang Mie & Razak memilih tempat yang bersebelahan dengan aku.Alhamdulillah kemah yang aku duduk berhawa dingin dan agak selesa. Semua tempat mempunyai satu tilam dan selimut.

Malam tu kami tak boleh tidur sangat, kekadang kami baca Yaasin secara berkumpulan. Kekadang pula ada yang Solat sunat dan ada yang bembaca Quran, memang kami disarankan untuk banyak beribadat. Seketika pula aku terlelap mungkin kerana terlalu letih. Aku masih ingat yang aku bangun agak awal sebelum Solat Subuh kerana tak berapa boleh tidur lalu aku terus mandi. Tempat mandinya juga tak ada masalah, air yang disediakan mencukupi.
Abdullah Salleh, abang Mie & aku dalam kemah.
Waktu yang paling aku terasa sayu dan sebak adalah bila mencecah waktu Zohor kerana waktu itulah waktu wajib haji walaupun kita berada sebentar di tanah Arafah. Di tanah Arafah inilah yang banyak membuat kita menangis, memohon ampun pada Allah atas dosa-dosa kita yang lalu dan berdoa memohon keredaanNya agar di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Khutbah Arafah dan doa yang disampaikan oleh Ustaz TM Fouzy makin menambah keinsafan aku. Pengalaman berada di tanah Arafah adalah pengalaman yang paling bermakna dalam hidup aku. Pengalaman itu juga membuat aku terus merindui Tanah Haram Mekah.


Pada petang 9 Zulhijjah kami sekali lagi berdoa menadah tangan kelangit bumi Arafah memohon keampunan dan keredaan Allah. Waktu sebelum terbenam matahari adalah waktu yang paling afdal untuk kita berdoa kepada Allah.

Pada tengah malam tu kami bertolah ke Mudzalifah untuk Solat Subuh dan mencari anak batu. Bumi Arafah kami tinggalkan dengan perasaan sayu dan bilakah lagi dapat kami kembali ke bumi Arafah 9 Zulhijjah
Aku mencuci anak batu di Mudzalifah
Selamat Hari Raya Aidul Adha.



Selasa, 2 November 2010

Sejarah Motosikal aku

Aku mempunyai minat yang mendalam dalam bidang permotoran ni terutamanya motosikal. Aku start belajar menunggang motor ni sejak tingkatan satu, abang Mat aku yang ajarkan. Aku duduk kat depan sambil pegang handle dan dia duduk kat belakang sambil control brake. Masa tu kaki aku tak sampai kat tanah lagi bila aku duduk atas motor. Pelan-pelan bila aku dah makin tinggi aku dah boleh bawak motor sendiri.

Honda C70
Masa aku tingkatan 5 tahun 1983 ayah aku dah suruh aku ambik Lesen Motor, masa tu cuma bayar RM20 saja dah dapat Lesen L. Tapi plat L tu kena gantung kat depan dan belakang motor dan Lesen tu limit sampai 90cc saja. Mungkin ayah aku kesian tengok aku kayuh basikal ke sekolah dengan jarak rumah aku ke sekolah adalah lebih kurang 5km. Kalau nak naik bas pulak aku kena tunggu bas tu sebelum pukul 6.00am, lepas tu tukar bas pulak kat simpang Bagan Ajam. Masa perjalanan habis kat bas saja. Jadi dia suruh aku naik Motor saja, duit minyak tak jadi masalah. Motor Honda C70 adalah motor pertama yang aku tunggang pergi balik ke sekolah ketika itu.  Biasanya aku isi minyak RM1.00 tahan seminggu, ayah aku yang tanggung. Dia pulak pergi kerja pakai satu lagi motor, Honda CB100.
Honda CB100
Dia tak berapa suka naik Honda CB100 tu sebab ada clutch. Jadi dia suruh aku aja yang bawa motor tu walaupun dia tahu motor CB100 tu 100cc. Aku pun tak kisah, apa yang perlu adalah gantung saja plat L kat motor. Minyak pulak mahal sikit tapi semua ayah aku yang isikan. Masa tulah aku mula belajar bawak motor yang pakai clutch, aku belajar sendiri dan pakai redah saja. Lepas tu ayah bagi motor CB100 tu kat abang Mat untuk dia bawak ke ITM Shah Alam sebab dia kata tempat dia belajar kena naik bukit. Selepas tu abang Man aku dapat biasiswa JPA masa dia belajar kat Poly Ungku Omar. Sebahagian duit tu dia beli motor baru, Yamaha 80 CDI. Masa tu aku tak dak motor dah, jadi aku naik bas saja ke sekolah. Malas aku nak kayuh basikal sejak dah mula naik motor ke sekolah.

Masa abang Man aku nak Exam, dia hantar balik motor Yamaha 80 CDI tu ke rumah dan suruh aku pakai motor dia sebab dia nak tumpukan kat exam dia. Jadi untuk beberapa bulan akulah yang kudakan motor baru dia tu. Masa tu Yamaha 80 CDI adalah motor yang paling popular untuk buat race. Tapi aku tak buat racelah motor dia, nahas nanti kalau dia tahu.
Yamaha 80 CDI
1984 aku dapat masuk Poly Alor Setar untuk sambung belajar. Aku juga dapat biasiswa JPA dan sebahagian duit tu aku pun beli motor yang aku minat masa tu, Yamaha RXS. Motor tu berkapasiti 115cc dan berwarna hitam. Mulanya aku lebih minat nak beli Yamaha RXZ 135cc baru keluar masa tu tapi tak berapa cukup duit. RXS tu pun abang Man aku support sikit sebab dia dah mula kerja masa tu.
Yamaha RXS 115
Yamaha RXS tu aku beli masa aku buat praktikal kat JKR Elektrik Bayan Baru. Aku gunakan sebagai transport aku dari rumah kak Noni kat Bayan Lepas ke Bayan Baru. Habis belajar aku masih gunakan RXS tu dan  RXS tu juga yang membuatkan aku senang dapat kerja pertama aku kat Toyo Audio sebab kerja tu perlukan guna transport sendiri.

Masa aku kerja kat Toyo Audio aku dah nekad nak tukar motor baru yang ada full fairing macam motor racing. Masa tu motor berkapasiti 125cc seperti Yamaha RD, HondaMBX, Kawasaki AR dan Suzuki RG sangat popular. Jadi tahun 1987 aku pun beli motor RGT125 Gamma, motor tu bagi aku sangat cantik walaupun tak laju. Aku suka bergaya dengan jaket kulit, but dan beg galas kulit. Tapi aku cuma sempat bawak 2 tahun sahaja sebelum aku mula tukar kepada kereta. Sebenarnya aku sangat sayangkan motor tu, bagi aku motor tu sangat cantik.
Suzuki RG125 Gamma

Lepas tu lama jugak aku tak beli motor dan tak bawak motor sehinggalah tahun 2004. Masa tu Mashitah anak kedua aku baru lahir dan aku kembali beli motor, Modenas Elegan. Masa tu aku minat sangat dengan Skuter sesuai dengan umur aku dah mencecah 40 tahun. Motor tu aku cuma pakai kadang-kadang saja, ke pasar atau ke bank. Oleh kerana aku jarang sangat bawak motor tu, tahun 2006 aku jual motor tu kat kawan aku.
Modenas Elegan 150cc
Tapi aku masih pasang impian untuk membeli motor Skuter yang lebih besar, lebih fancy dan nampak bergaya.
Mungkin ini adalah Motor Skuter impian aku.




Sabtu, 30 Oktober 2010

Ajal ketika muda

Al-Fatihah
Amin..
Terkejut aku bila dapat berita kematian sahabat satu Kolej dahulu, Sofri Jusoh. Baru saja dia request to add aku dalam Facebook dia dan aku pun add dia. Masa kat Poly dulu aku tak berapa rapat dengan dia sebab dia kelas lain, lagi pun tak sama aliran. Dia ambil kursus Kejuruteraan Awam sedangkan aku kejuruteraan Eletrik. Baru-baru ni beria-ia benar kami mengumpulkan rakan-rakan Polyteknik Alor Setar 1st Batch dan memang dah bercadang nak buat reunion semasa tahun baru Cina nanti di Seri Iskandar Perak. Sofri adalah diantara rakan yang terawal yang bersetuju untuk menghadirkan diri ke sana. 

Sering aku membaca rakan-rakan dari kelas Awam ber-chating, kadang-kadang aku tertawa sendiri terutamanya melihat gambar-gambar semasa di Poly dahulu di komen kembali. Apa yang aku ingat tentang Sofri ni, dia adalah ketua kelas Awam dan memang dia ada perwatakan sebagai ketua. Dia juga seorang yang mudah mesra dan pandai berkawan dan yang paling aku ingat cara dia berpakaian. Dia suka berpakaian seluar singkat ala Michael Jackson tapi berwarna-warni. Ada kala hijau, merah, biru dan sebagainya. Kadang-kadang bertali leher, malah dia tak malu untuk berpakaian begitu.
Ajal maut ditangan Allah, kita tak tahu bila ajal kita, baik ketika muda atau tua, ketika sihat atau sakit. Kadang-kadang sakit sampai koma bertahun-tahun tapi masih belum ajal lagi. Ada kala sihat wal afiat tapi sedar-sedar dah meninggal, Allah mempermudahkan kematiannya. Mungkin Allah lebih sayangkannya. 

Kita yang masih hidup ni perlu berusaha memperbaiki diri, perbanyakkan amalan pahala dan tinggal segala yang mengakibatkan dosa. 




Sabtu, 23 Oktober 2010

Musim Haji

Sekarang ni dah kira musim haji, ramai yang dok tengah sibuk buat kenduri nak pergi haji. Baru-baru ni aku terbaca akhbar menyatakan tahun ni akan trail Monorail Mina-Arafah untuk penduduk tempatan. Nampaknya tak lama lagi tak begitu susahlah orang mengerjakan haji. Tak perlu tunggu bas berjam-jam kat Arafah kemudian turun kejap kat Mudzalifah untuk kutip batu dan tunggu bas lagi berjam-jam untuk ke Mina. Ada yang dah tak tahan tunggu, mereka jalan saja ke Mina. Yang dalam bas pulak disebabkan kesesakkan lalu lintas naik bas pun ambil masa enam hingga ke tujuh jam sedangkan jaraknya hanyalah 6km. Itu pengalaman aku tahun 2003, Ustaz TM Fouzy yang kendalikan pakej kami kata itulah kepayahan ataupun ujian apabila kita mengerjakan haji. Sebab itu haji di Tanah Haram, kalau nak bersenang-lenang baik saja pergi melancong kat New York, Tokyo atau Singapore saja. Tak ada masalah transport. 
Monorail Mina-Arafah
Kalau tengok route keretapi elektrik & Monorail kat Mekah tu memang akan jadi macam bandaraya lain seperti Singapore, KL atau bandaraya besar lain.
Route Makkah Metro
Kerja construction sekarang ni pun sedang rancak lebih-lebih lagi dekat musim haji ni. Mesti kerajaan Arab Saudi push contractor untuk nak siapkan Phase tertentu.
Construction kat kemah Mina
Tu baru cerita pasai Monorail, bangunan & menara jam tertinggi di dunia berhadapan dengan Masjidil haram lagi terkejut. Kalaulah kat Masjidil haram dah jadi macam tu nak buat tawaf pun susah, tak kusyuk rasanya. Mana taknya asyik terpandang bangunan tu je, entah-entah bahu mengirikan ka'bah pun lari. Jadi terbatallah pusingan tu. Kalau tawaf sunat takpalah jugak tapi kalau tawaf wajib haji tak ka susah, tak keluar Ihramlah.
Menara Jam
Kalau ikut ranking, bangunan & menara jam ni jadi bangunan ke-dua tertinggi buat masa ni selepas menara Burj kat Dubai. Nampaknya kiamat dah dekat, bangunan tinggi dah masuk Mekah!
Ranking bangunan tertinggi dunia.
Kalau tengok pelan keseluruhan, maka Mekah akan menjadi bandaraya moden untuk orang islam sedunia dan orang akan berpusu-pusu datang bukan untuk ibadat saja tapi nak melancong sekali. Pahala pun dapat sikit je.
Antara pelan pembangunan bandaraya Mekah
Harap-harap ujian untuk mengerjakan haji nanti tak terpesong kepada terpersona dengan keindahan batu-batu di Mekah saja daripada kebesaran Allah yang maha Esa.













Khamis, 21 Oktober 2010

Tayar Baru

Last sekali aku balik Ipoh adalah lepas Raya ke-empat, masa aku pandu Citra balik dari Ipoh rasa tak berapa comfortable. Kereta tu dah tiga tahun umurnya walaupun millage baru 30,000km tapi tayarnya nampak dah worn off . Isteri aku suruh tukar je masa tu tapi aku tangguhkan sampai hari Sabtu hari tu dan memang kami plan nak balik Ipoh pada petang tu. Hari Jumaat tu aku dah cakap kat boss aku Mr Lee yang aku tak pergi support hari Sabtu tu sebab nak service kereta. Bila aku cakap je yang aku tak datang hari Sabtu, mukanya nampak monyok saja. Tapi dia tak paksa aku datang pulak.

Pagi Sabtu tu, lepas hantar anak aku Mashitah ke kelas Smart Reader aku jenguk kejap kedai tu tapi tak bukak lagi mungkin awal sangat kot, pukul 9.30am. Pukul 10.15am aku pergi pulak, tapi dah ada tiga biji kereta menunggu. Terus aku tanya kat taukeh kedai yang sememangnya aku kenal sebab pelanggan tetap dia.

"Taukeh, tayar Citra kalau nak tukar berapa satu?" tanya aku.
"Lu punya Citra ka...mmmm lu mau pakai tayar apa?" balas taukeh tu
"Tayar apa lu ada?" tanya aku balik
"Lu mau yang sedapka atau biasa saja?" balas taukeh tu.
"Lu pakai Yokohama saja la, harga dia RM210 sebiji saja" kata taukeh tu.
"kalau lu mau yang sedap lagi lu pakai ini Michelin 60,15,205 harga dia RM280 sebiji" balas taukeh tu lagi.
"Nasib baik lu punya rim 15 saja, kalau rim 16 harga dia RM480 lo.." kata taukeh tu lagi.

Taukeh tu memang tau yang kereta Wira aku pakai rim 16. Dia memang nasihatkan aku tukar ke rim 15, sebab rim 16 tak sedap sangat untuk Wira. Harap lawa saja. Lagi pun beza tayar rim 15 & 16 RM200 untuk tayar Michelin. Kereta Wira aku, aku guna tayar Silverstone saja. Tu pun harga dia RM190. Sebelum tu aku pakai tayar GoodYear RM240 sebiji, tak tahan!!!

"Ok lah taukeh, wa punya isteri cakap tukar Michelin lah.. sedap sikit" kata aku selepas confirm dengan isteri aku.
Tayar dah di buka
Kedai tu terletak kat pekan Kepala Batas, Jalan Ahmad Badawi. First time aku ke kedai dia masa tampung tayar kereta Wira aku. Bila aku tengok cara dia tampung tayar lain dari kedai lain dan aku dah mula tertarik. Dia buka tayar, grind, letak glue dari dalam dan tampung guna getah khas untuk tampung (macam cendawan butang).
Harga dia RM10.. puas hati. Kalau ke kedai lain dia nanti cucuk alat tampung tu dari luar saja, kejap saja RM5.. tak confident rasanya.
Tayar di keluarkan dari rim
Sejak hari tu bila aku nak tampung tayar je mesti aku pergi kedai dia. Tukar tayar, balancing, alignment semua kedai dia. kalau compare harga pun ok je.
Mesin alignment, dia align sampai zero semua. Dia punya happy.
Habis tukar tayar pukul 11.00am, semua sekali harga yang kena bayar RM1145. Sampai je rumah, isteri aku dah ready siap untuk hantar dia ke sekolah. Hari tu dia ada aktiviti, aku hantar semua sekali termasuk Mirza. Lepas tu aku pergi cuci kereta kat Koskam. Habis cuci kereta aku ambik famili aku semula kat sekolah pukul 12.15pm.

Petang tu Munirah anak aku ada tuisyen, pukul 3.45pm aku hantarkan. Pukul 6.30pm kami ambik Munirah dari kelas tuisyen terus balik Ipoh. Kami singgah makan kat R&R dan sampai Ipoh pukul 9.00pm. Masa tu Ma & Yazid dah ada kat rumah mertua aku.

Esok tu hari Ahad pagi cuma rehat-rehat je. Tengahari kami pergi melawat Ros isteri Azahar biras aku lahirkan anak kat Klebang. Petang tu pulak aku dah plan nak racunkan tanah yang isteri aku beli depan rumah mertua aku. Berat jugak kerja meracun tu, sebab berat tong racun. Aku memang tak biasa guna alat meracun sebesar tu. Kalau kat rumah aku cuma 5 liter je, ini 4 kali ganda. Jumat adik ipar aku tolong tebaskan lalang. Sempat aku bertegur sapa dengan jiran tanah isteri aku tu. Ada juga dia tanya "bila nak naik rumah???"... "Entahlah...tanam je pokok buah-buah dulu" jawab aku.
Habis je meracun terus aku mandi, habis tu terus aku minum air nyiur. Teringat aku pesan Zaidi kawan sekerja aku. Katanya abah dia lepas meracun kebun kelapa sawit mesti minum air nyiur untuk men-tawarkan balik apa entah???. Jadi aku pun beli air nyiur kat simpang Chemor masa balik dari Klebang.

Pukul 6.30pm kami satu famili bertolak balik melalui Jelapang dan singgah kat Tesco Seberang Jaya untuk Solat Jama. Sambil tu shopping jap kat Tesco. Sampai kat rumah pukul 10.00pm.



Selasa, 5 Oktober 2010

Mirza 8 bulan meragas


Dah lebih lapan bulan umur Mirza, makin membesar. Sekejap je aku rasa, macam baru semalam dia dilahirkan. Macam baru semalam dia keluar hospital. Masa tu jenuh aku tunggu dia tak keluar-keluar, sekarang dah merangkak, kekadang duduk dan mula meragas. Ini semua dah jadi lazim kepada kanak-kanak untuk proses pembesaran.


Ahad, 3 Oktober 2010

Rumah Terbuka

"Ni Cikgu saya ni" tegur aku.
"A..a..macam pernah tengok, saya pun dok perhati dari tadi" balas Cikgu Shahirah.
Cikgu Shahirah adalah cikgu Matematik aku masa Tingkatan 5 Sekolah Vokasional tahun 1983. Maknanya dah lebih 27 tahun lalu dia mengajar aku. Masa tu dia baru posting kat sekolah aku dan dialah guru perempuan yang paling cun kat sekolah aku. Maklumlah sekolah Vokasional, ramai lagi pelajar lelaki dari pelajar perempuan. Masa dia mengajar ramai pelajar lelaki yang asyik tenung kat muka dia. Tapi masa aku keluar sekolah tu heboh satu sekolah yang dia dah bertunang dengan Cikgu Mustapha Al-Bakri. Cikgu Mus adalah guru bengkel letrik aku, dah jodoh dia. Aku jumpa Cikgu Shahirah hari Sabtu lalu kat Sekolah Vokasianal tu jugak. Abang aku adalah Pengetuanya sekarang, hari tu abang aku buat rumah terbuka. Cikgu Mus pun ada jugak pada masa tu, sempat jugak aku tegur sapa dia.

Sorang lagi kawan lama yang aku jumpa kat situ adalah Hazali. Kalau kat Politeknik dulu aku panggil dia Jack. Dah berlain sangat rupa dia, lama jugak aku bersembang dengan dia. Jack rakan sekelas aku kat Poly memang kelakar sikit. Katanya sebelum masuk Maktab perguruan dulu dia kerja kilang dulu. Tahun 1995 baru masuk Maktab dan posting kat Sekolah Vokasional tu sampai sekarang. Rakan yang lain yang mengajar kat situ adalah Jamallulai dan Nasri, tapi aku tak sempat jumpa dan tak tertembung. Mungkin lain kali kot!

Hari Sabtu lalu banyak lagi rumah terbuka yang ada, kat Taman aku pun kami buat malam tu jugak. Memang jadi tradisi Lorong  satu Taman aku duduk ni, tiap-tiap tahun kami buat. Ada sorang Mejar pencen tu memang aktif sikit dalam bab sosial ni. Siap dengan meeting sebelum kami nak buat malam sambutan Hari Raya Lorong satu Taman Rupawan ni. Tahun ni aku disuruh masak Cream Soup, dia orang memang suka makan Soup tu. Aku pernah buat 3 tahun lepas masa tu aku jemput jiran-jiran datang untuk berhari Raya kat rumah aku. Cream Soup tu selalu jugak aku masak dan ramai yang sukakannya, tambah-tambah lagi kalau makan dengan Roti Perancis (French Loaf) dan disapu dengan Garlic butter. Aku dan isteri aku mula masak pukul 6.00pm. Kami buat empat bancuhan tapi kami lebihkan potatoes dan leak supaya dapat banyak sikit. Stok ayam pun kami double kan bimbang pulak nanti tak cukup. Isteri aku sekarang ni dah pandai buat dah, aku cuma touch up sikit-sikit je. Hasilnya memang bagus, rasa pun tak lari, quantity pun cukup-cukup... licin...
Anak muda sibuk memanggang ayam, daging, jagung & ubi kentang
Kami pilih rumah Asmadi untuk tapak perhimpunan Majlis Hari Raya Lorong 1, sebab porchnya agak luas dan tak payah sewa kemah seperti tahun-tahun lalu. Cost untuk sewa kemah pun dah mencecah RM200. Jadi bolehlah kami halakan ke menu hidangan lain. Program bermula pukul 9.00pm.
Lokasi di rumah Asmadi agak strategic walaupun hujan renyai.
Menu hidangan tahun ni adalah Cream soup & roti perancis yang aku buat, ayam, daging, jagung, kentang panggang, nasi goreng cina. Manakala minumannya adalah Teh halia dan sirap asam boi.
Kanak-kanak terlibat dalam acara tiup belon sampai pecah.
Mejar pencen jiran aku ni creatif sikit, selain jadi MC dia banyak buat program untuk memeriahkan suasana. Ada cabutan bertuah untuk rumah-rumah, ada game untuk kanak-kanak, ada duit raya untuk kanak-kanak. Game yang paling best sekali adalah makan epal tergantung oleh anak-anak muda... memang kelakar. Progarm tamat pukul 11.30pm, tapi aku rasa letih sangat dan pukul 11.00pm aku dah chow.




Khamis, 23 September 2010

Mirza dan Mashitah

Anak-anak aku


Cute-nya Mirza, ramai yang cakap macam tu. Muka tembam, gebu, kulit cerah dan perwatakan dia pun baik. Mirza tak banyak ragam, lebih-lebih lagi kalau ada ramai orang, Dia suka dibawa jalan-jalan, diam je dia kalau bawa ke Pasaraya. Mirza tak banyak ragam, nangis kalau lapar dan kalau ditinggalkan sorang-sorang. Bangun tidur, kalau tak ada orang nangislah dia. Kalau dah menyusu dan perut kenyang, baiklah dia. Dia main sorang-sorang, menyulur ke sana ke mari.


Kakak dia Mashitah, suruh Mirza panggil dia kakak saja. Mashitah tak nak kalau dipanggil kak ngah atau angah atau nyah. Masa umur Mashitah sebaya Mirza muka dia tembam juga, bulat, gebu, putih dan mata dia besar... cute juga. Lahirnya berat 4kg lebih tapi sekarang dah kurus sebab tak banyak makan. Umurnya dah 6 tahun, tumpang sekolah Darjah satu. Banyak bermain dari belajar.



Mirza dan Mashitah pipi tembam tapi Munirah tidak, muka dia kurus sikit. Sekarang Munirah dah tinggi macam ayah dia. Aku pun waktu kecil dulu pipi tembam jugak tapi bila dah besar kurus pulak.


Mirza dah 8 bulan sekarang, dah merangkak. Mashitah dulu pun lebih kurang sama, 8 bulan dah merangkak dan meragas. Beza antara Mirza dan Mashitah adalah kulit Mashitah lebih cerah dan mata Mashitah lebih bulat besar. Mata Mirza macam mata ayahnya, tak besar.


Sama-sama cute dan sama-sama comel. Itulah Mirza dan Mashitah.

Isnin, 20 September 2010

Hari Raya Family Gathering

 Sabtu, 18-Sep-2010.... dah banyak tahun aku tak buat family gathering kat rumah aku, jadi tahun ni aku dah plan nak kumpulkan balik family belah mak & ayah aku kat rumah aku sambil beraya dan makan masakan aku. Tahun-tahun yang lalu aku suka try resepi baru terutama dari buku masakan Chef Wan. Tapi tahun ni aku & isteri aku nak ubah selera sikit. Mertua aku sering masak masakan kampung dari negeri Perak Tengah, tempoyak tu mesti ada, ulam-ulaman & ikan kering goreng.

Hari Sabtu pagi tu aku & isteri aku pergi ke pasar untuk beli bahan masakan. Punyalah ramai orang, nak beli santan pun kena beratur setengah jam. Sambil aku beratur, isteri aku pergi beli barang lain. Resepi kami hari ni adalah nasi putih makan cara kampung. Lauknya adalah Basamah, Kari ikan, ayam goreng berempah, udang nanas masak lemak cili api dan ulam-ulam. Kari ikan & ayam goreng berempah aku tempah kat abang Zaki, tak larat kami nak masak banyak-banyak. Abang Zaki pernah masak untuk kami masa kami buat kenduri doa selamat dulu. Ulam-ulam pulak ada petai, daun cenehom, pucuk janggus, bendi celur & jantung pisang.

Dari kiri, ulam-ulam, sambal belacan, sambal tempoyak, sambal nyok, basamah, ikan kering, ayam goreng berempah, masak lemak udang & nanas dan kari ikan.

Jenuh jugak nak masak, dari pagi sampai ke petang. Sebelum berbuka kami dah siap hidangan, manalah tau ada orang yang nak berbuka kat rumah kami terutamanya mak. Aku semawa juga mak untuk berbuka tapi dia tak nak, dia datang lepas berbuka dengan famili adik aku, Omar. Kemudian Abang sulong aku pulak datang, lepas tu abang Man, Kak Yah dan Las sekali keluarga Kak Noni. Kak Nina & Iza adik aku tak jadi datang sebab suami mereka sakit pinggang. Abang Mat dah balik KL, Kak Zan pulak ikut anak dia Dinah ke KL sebelum balik Bahrin. Tak dapat aku kumpulkan semua sekali disebabkan masa dan kerja. Tak palah lain tahun cuba lagi,

Anak-anak main kat luar

Rabu, 15 September 2010

Minggu Raya

Jumaat, 10-Sep-2010.... Hari Raya Eid Ul Fitr, malam Raya tadi aku tidur lewat sikit. Maklumlah malam Raya, naklah rasa feel suasana malam Raya tu lama sikit. Tapi pagi Raya bangun tu macam biasalah, Solat Subuh sekali ngan Takbir Raya, syahdunya rasa masa tu. Lepas tu aku kejutkan anak-anak aku, hari ni senang pulak dia orang bangun. Kalau tidak, jenuh depa nak bukak mata. Lepas mandi Sunat Raya, aku pakai baju melayu kaler hijau entah tahun bila punya pun aku tak ingat. Bukan apa baju tu elok lagi, cuma pakai dua kali saja dan tahun ni aku dah setkan tema warna hijau. Masa nak keluar Solat Raya kat Masjid Pongsu Seribu, terserempak dengan jiran-jiran aku yang tak balik kampung dan aku terus beraya dengan dia orang.


Balik Solat, semua anak isteri aku dah siap. Sebelum ke rumah emak aku kami bersalaman sambil bermaafan sekeluarga.

Biasanya aku anak beranak yang akan sampai dulu ke rumah mak aku kecuali abang dan kakak aku yang tidur rumah mak aku tu. Keluarga sebelah aku sepuluh beradik semuanya, cuma dua orang saja yang tinggal jauh dari rumah mak aku. Kak Zan duduk Bahrin dan abang Mat duduk kat KL. Tiap-tiap tahun kak Zan akan balik dari Bahrin, tapi tahun ni suami dia tak balik dan hari tu semua orang ada kecuali abang Rakhim suami kak Zan. Riuh-rendah rumah mak aku dengan anak cucu cicit. Fuzah anak kak Yah aku dah ada anak, maknanya pangkat aku naik setakuk lagi, dah jadi Tok Utih dah.

Raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat, jadi ada Solat Jumaat. Balik Solat, kami makan nasi minyak yang kak Yah tempah. Biasanya mak masak nasi tapi tahun ni tempah saja senang. Aku pun tak buat nasi pilaf aku tu sebab mak aku kata tak payah buat. Habis semuanya beraya bersalaman sambil bermaafan, pukul 4.30pm aku sekeluarga bertolak pulang ke rumah mertua aku di Ayer Tawar. Tahun ni mertua aku nak beraya di Ayar Tawar sebab terkenang arwah bapa mertua aku kot??. Kami sampai di sana pukul 7.00pm. Di rumah sana ada semua ipar aku yang belum kahwin dan juga Azahar sekeluarga. Malam tu Yong ajak kami makan kat rumah dia. Banyak juga makanan yang dia jamu kami, ada sate, lontong, mee kari dan kuih Raya.

Sabtu, 11-Sep-2010... biasanya hari Raya ke-dua mertua aku buat rumah terbuka, tapi kali ni tak buat pulak. Pagi tu tak banyak program, tapi lewat petang tu isteri aku ajak beraya ke rumah kawan dia kat Layang Bota Kanan. Kemudian kami ke rumah emak Ana Sobri kat Teluk Kepayang yang tak jauh dari rumah Opah. Sobri adalah kawan sekampung aku manakala Ana pulak sama sekolah dengan isteri aku masa form six. Sedap pulak bihun sup yang dia orang jamu. Kata Sobri dia beli rempah sup kat Ali rempah market Kepala Batas. Rasa-rasanya resepi tu sama dengan resepi sup ekor Chef Wan yang aku selalu buat. Cuma bila aku tanya Ana dia kata tak letak serai, tak masuk kentang, carrot, tomato pure dan dia tumis darat dulu rempah-rempah tu dan simbah atas daging yang dah direbus. Se-jam kat rumah emak Ana Sobri lepas tu kami pergi pulak kat tanah Pak cik Mail yang baru beli, dia buat barbeku kat situ. Panggang sekor kambing tapi liat sikit, mungkin terlalu lambat mula bakar. Tanah tu dia beli tapak rumah, tapi ada rumah tinggal yang dah nak runtuh. Mulanya kami risau jugak nak pergi sana, tapi redah jugak. Ramai jugak sedara mara sebelah mertua aku join sekali. Disamping kambing ada jugak ayam, udang, sotong, sosej dan nasik goreng. Ma & Yazid sekeluarga sampai bila kami dah nak balik begitu jugak Yong. Yong datang dari rumah mertua dia kat Padang Tenggala. Pukul 10.00pm tu berangkat balik Ayer Tawar.

Ahad, 12-Sep-2010... kawan-kawan isteri aku nak datang beraya, pagi tu sibuklah mertua aku masak mee kari. Serada mara belah isteri aku pun plan nak datang jugak, mertua aku masaklah nasi dan lauk serba sedikit untuk jamu mereka. Sepatutnya raya ke-dua tapi disebabkan ada yang nak datang mertua aku buat juga. Pukul 11.00am, tiga keluarga kawan isteri aku datang beraya. Kemudian datang pulak keluarga Acik Jat bersama opah, Acik Mail sekeluarga dan Ayah Uda sekeluarga. Simple masakan kampung mertua aku tapi sedap. Malam tu pulak kami cadang nak ke rumah Wah kat Teluk Intan dan balik dari Teluk Intan terus balik ke Chemor. Petang tu kenalah kami berkemas rumah kat Ayer Tawar tu dulu. Pukul 6.30pm baru keluar dan bertolak ke Teluk Intan. Sebelum tu singgah Yang Yang dulu, Ma nak beli pakaian. Sampai Teluk Intan pukul 8.00pm, tapi aku tak berapa tahu jalan ke rumah dia orang walaupun guna GPS. Sesat juga kami hingga anak Wah datang turut kami kat tepi jalan. Kat rumah Wah pun makan simple juga. Munah & Shakir dah ada kat rumah Wah, mereka balik dari JB. Kami duduk sampai pukul 11.30pm. Aku guna GPS untuk balik ke Chemor. Ma, Shakir, Jumat, dan Azrin bertolak setengah jam sebelum tu. Tapi bila sampai Chemor, cuma kereta Ma sampai dulu. Yang lain ikut jalan lama melalui Batu Gajah. Lepas sepuluh minit baru yang lain tiba.
Isnin, 13-Sep-2010... pagi tu mereka masak untuk berkelah kat rumah Azahar pulak. Azahar tinggal kat Kelebang, 10km jarak dari rumah mertua. Petang pukul 3.00pm baru kami ke rumah Azahar dan duduk sana sampai pukul 6.00pm. Aku nak kena berkemas sebab nak balik ke Kepala Batas malam tu. Esok pagi tu Munirah dah nak ke Sekolah. Cadangnya nak beraya rumah Acik Peni dulu sebelum balik, tapi sedara isteri Acik Peni meninggal. Acik Peni pergi ziarah. Aku dah plan nak bertolak pukul 9.00pm selepas makan dan bergambar, tiba-tiba Wancu datang. Kata Wancu ramai lagi sedara mara mertua aku nak datang beraya rumah Acik Peni sedangkan Acik Peni pergi ziarah kematian. Jenuh mertua aku layan sedara dia yang makin bertambah. Aku terpaksa bertolak balik pukul 10.30pm bimbang anak aku yang belum tidur dan preparation untuk sekolah esok paginya. Aku balik melalui Sungai Siput jalan lama bimbang traffic jammed atas highway. Aku biarkan anak-anak aku tidur dalam perjalanan dan aku terus pandu sampai rumah aku pukul 12.30am.

Selasa, 14-Sep-2010... hari tu aku cuti lagi untuk jaga anak aku Mirza. Munirah bangun awal pagi untuk ke sekolah dan aku bangun lewat sikit pukul 6.45am. Lepas solat aku temankan Munirah tunggu kereta Cikgu Fatimah yang Munirah tumpang untuk ke sekolah. Pagi tu aku tak tidur, aku masak maggi goreng untuk sarapan. Udang frozen ada lagi, sayur aku guna bunga kobis dan kacang peas. Pukul 11.00am aku pergi cari lauk kat N cafe tapi tak bukak pulak hari ni, terpaksalah aku masak nanti. Isteri aku dan  mashitah anak aku pergi sekolah pukul 12.15pm. Mirza pulak tidur dalam buai. Bila Mirza jaga pukul 1.30pm aku bawa Mirza ambik Munirah kat sekolah dia. Aku bawa mereka ke Tai Huat sebab aku nak beli barang sikit. Balik tu singgah Mac D untuk Munirah makan. Sampai rumah aku potong daging yang aku beli sebelum hari Raya, potong sayur campur untuk tumis nanti. Kemudian daging tu aku perap dengan kunyit dan garam/lada hitam. Udang pulak aku perap sikit dengan sos tiram, maklumlah frozen food dah tawar sikit. Pukul 5.30pm aku start nak masak tetiba isteri aku call katanya nak makan kat rumah Ana Sobri. Dia orang ajak makan dan join dengan Azmi Polis kawan sekolah dia orang. Aku tetap terus goreng daging tadi, aku tambah bawang besar hiris 2 biji dan letak daun bay. Sayur yang dah dipotong tu aku tinggalkan dulu, esoklah kot. Pukul 9.00pm kami pergi rumah Ana Sobri, Ana buat bihun sup macam hari tu. Tapi Azmi Polis kawan dia orang tu tak jadi join. Pukul 10.30pm baru kami bertolak balik rumah.

Rabu, 15-Sep-2010... aku cuti lagi, lepas Munirah pergi sekolah aku start masak sayur yang aku potong semalam. Ana Sobri ada bekalkan sup, aku panaskan sup tu. Daging semalam yang aku masak pun aku panaskan. Nasi semalam tak sentuh lagi, aku buat nasi goreng cukup untuk tiga orang. Isteri aku tidur lagi begitu juga Mashitah, jadi aku sarapan dulu dengan nasi goreng bersama lauk yang aku masak. Aku makan merangkap makan tengahari dan malam. Bila dia orang bangun terus makan dan isteri aku mandikan Mirza. Pukul 12.15pm isteri aku dan Mashitah  ke sekolah. Mirza hari ni meragam sikit entah kenapa aku pun tak pasti. Pukul 2.30pm aku bawa Mirza ambil Munirah kat sekolah. Isteri aku dah bawa bekal yang aku masak untuk Munirah makan. Sampai je rumah aku dah tak payah hidangkan untuk Munirah. Tapi Mirza merap pulak hari ni, dia tak nak berenggang dengan aku dan asyik nangis saja. Pukul 4.00pm baru dia tidur, tu pun aku paksa dia tidur dalam buai.

Khamis, 9 September 2010

Malam Raya


Khamis, 9-Sept-2010....malam raya. Sayu hati ni bila mendengar takbir Raya. Sebentar tadi aku dan keluarga aku berbuka puasa kali terakhir tahun ini di rumah mak aku. Aku masak tomyam untuk sama-sama makan di rumah mak aku. Abang Mat sampai petang tadi dari KL selepas Asar. Aku sampai rumah mak pukul 6.30pm, masa tu Abang Adin dah pun ada kat rumah mak. Mereka sekeluarga pun nak berbuka kat rumah mak. Abang Man pulak sampai semasa semasa kami berbuka. Mak macam biasa masak hati,daging & limpa goreng. Disamping tu ada dalca, mee goreng pokok ceri, murtabak, cucur udang, ketupat, lemang rendang dan macam-macam lagi. Kecuali Omar semua adik beradik lelaki aku ada, memang agak meriah bila berkumpul ramai-ramai.

Hari terakhir Ramadan Tahun ini


Khamis, 9-Sept-2010... Semalam, penyimpan mohor raja-raja dah pun istiharkan bahawa tarikh hari Raya jatuhnya pada hari Jumaat. Memang dah expected pun yang Raya jatuh pada hari Jumaat. Ini bermakna ada satu lagi hari untuk kita umat Islam semua untuk berpuasa dan beribadat. Sedih jugak nak tinggalkan Ramadan kali ni, bagi aku bulan Ramadan lebih istimewa berbanding bulan Syawal tambah-tambah umur aku yang dah nak ke senja ni. Banyak benda yang aku harapkan dalam bulan Ramadan ini hanya Allah saja yang tahu. Semasa zaman kanak-kanak dulu kalau hari terakhir puasa ni adalah hari yang paling syok sekali. Mana taknya perit untuk menahan lapar dah nak berakhir, esok tu dah boleh makan siang hari dan makan banyak-banyak. Tapi sekarang zaman dah berubah.

Setiap tahun untuk menyambut Raya, aku memang suka membeli pakaian pada hari-hari terakhir puasa sebab tak nak terasa sangat kegembiraan untuk Raya. Jadi hari ni aku memang plan nak beli baju Raya, semalam aku dah pun gunting rambut Raya.

Semasa aku balik kerja semalam, kat highway memang sesak. Lebih-lebih lagi bila ada kemalangan. Aku nampak semalam ada seorang penunggang motosikal terbaring di bawah treller. Ya Allah, selamatkan aku... masa tu terus aku baca doa naik kenderaan...Subhanal lazi Sakharalana haa za...... Tiap-tiap tahun semasa hari Raya ni keadaan sebegini  memang dah jadi kelaziman dan kemalangan meragut nyawa ni semakin meningkat. Kita perlu berhati-hati dan berserah pada Allah pasti selamat dan ajal juga milik Allah.

Hari ni jugak semua orang pasti sibuk memasak untuk makan esok hari. Begitu jugak mak aku, pasti dia sibuk sangat. Tapi kak Zan masih kat sini lagi, dia akan balik ke Bahrin seminggu selepat Raya. Malam ni jugak pasti aku akan jenguk mak aku.

Isnin, 6 September 2010

Kisah aku Raya dulu-dulu

Ahad, 5-Sept-2010.... Biasanya aku mulakan dengan bagi salam tapi hari ni tak pulak. Saja ubah selera dan mood aku. Lagi pun semua ni aku tuliskan untuk diri sendiri dan diary untuk tatapan aku kelak. Semalam hari Sabtu aku kerja, ganti untuk cuti hari Raya nanti. Raya nanti kilang aku bagi cuti dari hari Khamis sampai hari Isnin je, tapi aku sambung cuti direct seminggu. Cuma hari Jumaat lepas raya tu aku nak pergi kilang jugak 1/2 day tengok-tengok manalah tau ada major issue ke. Minggu ni pulak kerja makin banyak, Tracebility project yang aku handle tu tak siap lagi. Ide-san punya soalan pun tak sentuh lagi???? minggu depan kerja cuma tinggal tiga hari je. Mood Raya dah datang terutama bila dengar lagu Raya klasik. Bab lagu Raya ni kalau ikut ranking kesukaan aku :
1. - Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
2. - M.Nasir - Suatu Hari Dihari Raya
3. - Fazidah Junid - Idul Fitri
4. - Saloma - Selamat Hari Raya
5. - Dendang Perantau - P.Ramlee
Lagu-lagu seperti lagu Balik Kampung aku tak berapa minat sebab rumah mak aku dekat je, lagu Raya moden pun aku tak minat. Entahlah! tak berapa sayu bila dengar lagu moden, rasa macam nak seronok je. Sebab suasana yang aku suka bila nak Raya adalah malam Raya terutamanya selepas Maghrib. Suara Takbir kat TV, radio dan masjid sungguh sayu dan menusuk jiwaku. Biasanya malam Raya aku suka pergi Masjid sama-sama Takbir Raya dan lepas tu bayar zakat fitrah. Biasanya mak aku akan masak untuk sambut hari Raya dan malam tu aku suka sangat rasa masakan dia terutamanya daging/hati/limpa goreng mak tu, lebih-lebih lagi makan dengan ketupat. Malam Raya tu aku akan tidur lewat sikit sambil menonton TV yang biasanya ada drama baru Raya yang best-best. Pagi Raya pulak, biasanya aku akan bangun awal sikit dan sembahyang subuh kat surau sambil Takbir raya sekali.
Rumah terbuka Raya 2004 adik beradik perempuan
 Anjung rumah aku, Adik beradik lelaki
Raya tahun ni dah confirm Raya kat rumah aku dulu, lagi pun Raya tahun ni dipenghujung cuti sekolah. Jadi untuk isteri dan anak-anak aku pendeklah sikit Raya dia orang. Kalau balik Raya kat Perak dulu, aku mula cuti hari rabu dan Raya pulak jatuh hari Jumaat. Sabtu tu dah kena balik Raya kat sini. Jadi cuma 2 hari saja Raya kat kampung, kalau Raya sini dulu dapat le Raya kat kampung sampai hari Isnin. Aku pulak taklah kisah sangat, yang penting anak-anak aku gembira.
Cerita pasai Raya waktu aku kecik-kecik dulu. Semasa pagi Raya biasanya aku akan ada kat rumah mak aku dulu walaupun biasanya aku tinggal kat rumah maktok aku. Tapi malam Raya kami adik beradik akan tandang kat rumah maktok jugak. Jarak rumah maktok dengan rumah mak aku tak sampai 1 km pun, jalan kaki pun sampai. Selepas sembahyang Raya, baru kami satu famili pi Raya rumah maktok. Hari Raya kat rumah maktok memang sangat-sangat meriah. Bibik (mak saudara) sekeluarga pun akan balik rumah maktok. Maktok biasanya tak payah pi mana sebab saudara mara, adik beradik maktok akan datang rumah maktok pada hari Raya tu. Abah (gelaran aku panggil untuk suami bibik aku) pulak akan bawa kami dan sepupu sebaya aku bertandang rumah saudara aku yang lain dengan kereta dia. Masa tu ayah aku tak ada kereta, jadi untuk pergi rumah maktok kami pergi dengan kereta bapak (gelaran aku panggil untuk datuk aku). Rumah maktok juga jadi tumpuan jiran-jiran sebab maktok boleh dikategorikan orang berada di kampung tu sebab bapak seorang peniaga yang agak berjaya. Sekarang ni suasana hari Raya dah jauh berbeza, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah apabila menyambut Raya. Sekarang ni lebih kepada konsep rumah terbuka dibandingkan dengan dahulu konsep bertandang.

Selasa, 31 Ogos 2010

Penghujung Puasa

As salamualaikum... Selasa, 31-Aug-2010 adalah cuti untuk seluruh warga Malaysia kerana menyambut hari ulang tahun ke-53 kemerdekaan. Tahun ni aku rasa tak meriah langsung suasana hari Merdeka ni, biasanya pagi-pagi pasti aku akan buka TV tengok perbarisan. Tapi pagi tadi tak teringat pulak atau mungkin sebab bulan puasa kot. Hari Jumaat baru-baru ni aku dan famili aku balik Ipoh bukak puasa ramai-ramai kat rumah mertua aku. Aku cuti panjang, lima hari sambung Nuzul Quran sekali dengan 31-Ogos. Tapi kelmarin aku pi kilang sat jenguk-jenguk kerja aku dan ada appointment dengan Vendor. Isteri dan anak-anak sekolah, tapi aku pi kilang sat saja dari pukul 10.00am sampai pukul 12.30pm. Lepas tu balik aku singgah Maybank untuk cash deposit duit yang aku ambik dari akuan Tabung Haji untuk bayar duit Sofa baru. Lepas tu balik aku ambik Munirah pulak kat sekolah.
Hari ni aku pi shopping kat Carrefour, hari ni memang ramai orang sebab gaji dan orang shopping untuk persiapan raya. Mula-mula aku tak nak masuk bila tengok parking penuh, tapi aku nekad kalau dapat parking dekat pintu masuk aku akan continue shopping. Alhamdullilah berkat doa anak-anak aku dapat pun parking depan pintu masuk. Habis shopping pukul 2.00pm, balik terus ke Pekan Kepala Batas beli kain baju untuk Cikgu Fatimah sebab anak aku Munirah hari-hari tumpang dia pergi sekolah. Lepas tu kami pergi N Cafe beli lauk, pukul 3.00pm dia dah buka jadi isteri aku beli lauk siap-siap tak payah keluar lagi nanti.
Malam semalam dah malam ke-21, maknanya puasa dah dipenghujung. Sepuluh malam terakhir, ada satu malam adalah malam lailatul kadar dan kalau beribadat akan digandakan seribu bulan. Jadi kenalah usaha sikit Ibadat aku ni untuk dapatkan malam tu. Nekad tak nak tinggal pi surau dan kalau jaga malam nak bangun le jugak, tapi selalunya jaga untuk makan sahur je....

Khamis, 19 Ogos 2010

Tetamu penting dan tetamu tak di undang


As salamualaikum... Khamis 19-Aug-2010, nampaknya demam Mirza dah kebah. Tapi ada banyak ruam pulak, pengasuh kata mungkin champak!!?? Ala... kalau champak susahlah sikit, sapa nak jaga? Malam semalam dah nampak sikit-sikit ruam tu kat muka tapi pagi ni makin melarat. Tadi pukul 11.00am isteri aku call, dia baru balik dari klinik bawa Mirza check Doktor. Doktor kata memang champak dia bagi ubat sapu dan ubat demam lagi. Isteri aku minta MC 2 hari pun dia bagi, lega sikit aku tak payah ambil cuti. Tapi minggu depan tak taulah pulak, minta-minta mertua aku dapat datang. Isteri aku dah call dan minta dia datang hari Isnin pagi, kalau tak hari Isnin aku kena ambil 1/2 day leave petang. Hari juga anak kedua aku Mashitah pun demam jugak, maka tak puasalah dia hari ni. Tak palah tahun pertama belajar puasa.
Hari Selasa lalu kat tempat kerja aku ada 2 tetamu, satu sekumpulan orang penting dan satu lagi tetamu tak di undang seekor ular. Ular tu merayap masuk menuju ke dalam Lab kami 1/2 jam selepas tetamu penting lalu kat situ. Mujur mereka tak terserempak antara satu sama lain. Kalau tidak, kecoh jadinya. Si Ular tu entah dari mana dia datang kemudian lalu atas alas kaki bila dia nampak manusia terus lalu atas sticky map dan melekat atas tu. Lama juga kami nak tangkap dia sebab bergerak. Rakan sekerja aku terus lipat stiky map sekali gus dengan ular tu sebab badan dia dah melekat. Ada yang kata ular tu ular kapak, aku tak berapa kenal ular ni kecuali ular tedung. Wal lahua'lam....

Isnin, 16 Ogos 2010

Mirza Demam

As salamualaikum... Isnin 16-Aug-2010, kesian tengok Mirza demem. Badannya agak panas, semalam isteri aku dah bawa dia pergi Klinik Bersatu kat Teluk Ayer Tawar. Masa tu aku pergi kerja jap, dia dah ambik ubat untuk semua kecuali aku. Tadi masa aku ambik Mirza kat rumah pengasuh pun Mama dia kata suhu badannya belum kebah. Hari ni pulak aku rasa lutu aku sakit sangat, umur makin meningkat ni buat badan aku semakin lemah dan tak sekuat dulu. Malam semalam pun aku ke Surau untuk solat Isya saja, tak tunggu sampai solat Terawih. Hari ni rasa makin teruk malah badan pun rasa sengal. Doakan jangan demam dah sebab kalau aku demam teruk jadinya. Pagi tadi pun aku yang bangun pukul 4.40am buat sandiwh sardin sebab Mirza merap mak dia. Nanti berbuka dengan lauk yang beli kat kedai Kak Yah, entah lauk apa isteri aku belikan. Oklah wassalam....

Khamis, 12 Ogos 2010

Puasa


As salamualaikum... Selasa 10-Aug-2010, Tengahari tadi aku dapat call dari Furniture Art, menyatakan Sofa aku dah ready hari ni untuk dihantar ke rumah. Petang tu aku balik pukul 5.00pm terus singgah kat furniture art Jalan Baru untuk bayar duit sofa tu. Sambil tu aku claim rewards point 3500 dan dapat le sarung tilam yang warnanya plain saja macam tilam asrama. Lepas tu terus aku ambil Mirza. Sampai je kat rumah, aku clear kan karpet mak simpan siap-siap dalam bonet kereta. Nanti bila aku free, boleh hantar kat rumah mak dan memang cadang esok tu aku nak ambil 1/2 day leave. Malam tu penyimpan mohor besar Raja-raja istiharkan esok puasa maka malam ni dah start solat terawih. Pukul 8.20pm baru sofa baru aku tu sampai. Sofa tu memang nampak grand sikit maklumlah size XL, penuh ruang tamu aku. Lepas tu aku pergi Surau, malam tu surau agak penuh orang maklumlah hari pertama solat terawih. Ustaz Wan jadi Imam, Asraf anak bujang jiran aku jadi tukang baca selawat. Habis solat pukul 10.15pm sebab buat 8 rekaat witir 3 rekaat tu pun ada tazkirah sikit.
Rabu 11-Aug-2010, isteri aku kejutkan aku Sahur pukul 5.10am, aku tengok anak-anak aku dok tengah makan. Mashitah anak aku tu makan sambil pejam mata mungkin ngantuk sangat. First time dia puasa sebab cikgu dia suruh. Cikgu dia juga sediakan time solat check list. Lepas makan sahur aku terus mandi,begitu jugak Munirah yang lain terus tidur balik sebab sekolah petang. Kat kilang mula-mula cadang nak mintak cuti tapi bila tengok muka boss semacam je terus cancel, tak pe lah lain kali je. Aku balik pukul 5.00pm terus aku ku carrefour beli barang. Isteri aku pesan ikan siakap tapi tak ada, jadi aku beli frozen solmon je. Lepas tu aku beli sayur-sayuran dan air soya. Hari ni aku tak ambil Mirza sebab takut lambat shopping pulak, sampai je kat simpang rumah aku selisih dengan isteri aku ambil Mirza. Malam tu kami berbuka dengan nasi dan lauk rendang ayam yang isteri aku masak pagi tadi. Sayur baru dia masak tadi. Hari pertama tak berapa letih.
Khamis 12-Aug-2010, Pagi-pagi kat tempat kerja dah ada problem besar. Kali ni memang teruk aku kena. Sampai kepetang aku prepare report. Management kacau pasal repair banyak, line kacau pasal reject banyak. Selva pulak tak mai hari ni, Mr Lee dok kacau pasal fase 2. Petang tu aku mengadap Mr YL Ang report pasal mising banyak tu. Lepas tu baru aku balik. Malam ni kami berbuka dengan Soto ayam, kenyang juga rasanya. Ketupat hari tu pun ada lagi, aku perangat makan dengan rendang semalam. oklah sampai sini dulu. Wassalam...