Isnin, 28 Jun 2010

Boss lama

As salamualaikum... Isnin, 28-Jun-2010... Lepas hujung minggu, hari ni kena kerja pulak! Bukan apa, rasa ngantuk semalam tak habis lagi...  maklumlah tak cukup tidur. Tapi 5.30am aku dah terjaga, hari ni masuk je kerja aku terus ke Program Centerlize Area tempat untuk control mesin programme. Hari Jumaat lalu tempat tu memang kena teruk sebab housekeeping dalam kabinet tu memang teruk dengan botol mineral, kertas, sampah, radio, spare part terpakai dan macam-macam lagi. Aku dan Yeoh kenalah buat housekeeping, lagi pun CVS system yang bakal di install tak lama lagi akan di pasang di situ. Sambil tu Mazlan menegur semua Technician untuk tidak meletakkan apa-apa barang dalam kabinet tu lagi. Hari ni jugak aku kena bagi action plan untuk kejadian hari Jumaat lalu, Mr Foo mula kejan aku sejak pagi lagi sebab dia kena present semasa Manager meeting pukul 10.00am nanti.
Mr. Lee Eng Huat hari ni mula datang untuk support Sanyo Headquarters (HQP), Mr Lee adalah Department Manager untuk Sanyo Island Plant (ISP) dan dia juga adalah Boss lama aku masa aku mula-mula kerja di Toyo Audio dulu. Aku graduate pada akhir tahun 1986, masa tu memang susah nak dapat kerja. Aku masih ingat lagi yang aku beli akhbar IDS akhbar iklan pekerjaan dan aku tengok ada iklan untuk Jawatan Technician. Itulah permohonan yang pertama aku apply untuk mendapatkan pekerjaan. Tapi selepas 2 bulan baru aku dipanggil untuk ditemuduga. Kilang itu adalah kilang Toyo Audio anak syarikat Sony Japan. Alhamdullilah aku diterima kerja selepas 2 minggu aku menunggu dan Supervisor aku adalah Mr Lee. Aku bekerja dengan Mr Lee dari tahun 1987 hingga 2002 hinggalah Mr Lee berhenti dan bekerja di Ukari. Hari ni Mr Lee datang lagi, aku dengar Mr Lee akan menjadi Boss kami dan akan menjaga kedua-dua belah Sanyo HQP dan ISP. Aku memang dah biasa bekerja dengan Mr Lee dan dah tahu perangai dia. Macam mana pun dia aku tak kisah aku akan tetap beberja sampai aku tak tahan. Dulu masa Nori-san, boss Jepun aku yang memang aggressive giler aku tetap tahan walaupun dah tak tahan sangat dengan perangai dia. Aku hampir-hampir nak berhenti tapi aku nekad untuk terus mencari rezeki di Sanyo. Oklah sampai sini dulu... Wassalam...

Ahad, 27 Jun 2010

Durian

As salamualaikum... Hari ni Ahad 27-Jun-2010... Malam semalam aku memang tak berapa tidur sebab tengok bola, tambah pulak masa USA lawan Ghana perlawanan berkesudahan seri 1-1 tambahan masa pulak setengah jam terus buat aku tak tidur. Aku tidur atas sofa depan TV je, senang nak bangun bila terlelap. Setiap kali alarm bunyi aku jaga dan aku akan setkan selepas sejam pulak. Jam bunyi pukul 6.30am aku terus bangun untuk Solat Subuh, kali ni aku tak lena dah sebab pukul 8.00am nanti aku kena hantar Munirah ke kelas Tuisyen. Hari ni aku beli roti canai saja untuk sarapan pagi. Balik rumah aku terlelap lagi mungkin aku tak cukup tidur atau sebab aku makan ubat selsema, ubat tu rasanya memang mengantukkan. Aku terjaga lagi bila telefon berbunyi, kali ni Omar adik aku yang telefon. Omar sedang berada di Hospital Pantai Mutiara di Bayan Baru kerana melawat Bibik yang sedang koma. Dia suruh aku melawat Bibik cepat sebab katanya Bibik semakin tenat sekarang. Aku kata padanya mungkin petang nanti selepas Munirah balik dari kelas tuisyen baru aku pergi. Pukul 1.30pm Ana dan Sobri datang untuk hantar kueh bakar yang isteri aku pesan pada Ana semalam. Ana adalah kawan sekampung isteri aku di Bota dan baru balik dari kursus di Ipoh Perak. Kebetulan dia balik ke kampungnya di Bota, lalu isteri aku pesan kueh bakar yang orang kampung tu buat. Selepas Solat Zohor pukul 2.00pm kami sekeluarga pun keluar untuk melawat Bibik, sebelum tu isteri aku dah telefon Ma adik dia yang tinggal di Bayan Baru untuk tumpangkan akan-anak aku semasa melawat Bibik. Sampai di rumah Ma, dia dah sediakan makan tengahari, kami makan tengahari dulu di rumah Ma. Yazid suami Ma keluar katanya mencari durian untuk jamukan pada kami. Yazid balik dengan membawa 2 biji durian dan 2 tupperware durian yang telah di buka. Tapi tak nak makan lagi, kami nak tengok Bibik dulu.
Sampai di Hospital pantai yang jaraknya 1km dari rumah Ma, kami nampak Kak Nina kakak aku, Lily dan Abang Najib baru sampai. Kami naik sama-sama ke tingkat 1, Kak Yah, Abang Jamil, Abang Razi & Kak Noni dah ada dan sedang tunggu kat luar bilik ICU. Kata mereka waktu melawat adalah pukul 5.00pm, tak siapa dibenarkan masuk sekarang. Kenalah kami tunggu 1 jam kat luar sambil nonton TV cerita Senario 1. Bila jam dah pukul 5.00pm kami minta nak masuk melawat. Kami dibenarkan masuk sorang demi sorang saja. Bila time aku masuk aku tengok Bibik terbaring atas katil, mulutnya disumbat dengan pipe mungkin masuk air. Bibik tak sedarkan diri masa tu, sebak aku rasa kat hati ni. Aku tak sedar air mataku mengalir keluar. Aku sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar dia sembuh atau sedar kembali. Aku terbayang sewaktu aku kecil dia membela aku pada musim cuti sekolah. Aku tahu dia sayangkan aku, dia suka kalau aku ke rumah dia dan bermain dengan anak-anak dia. Ya Allah, ampunkan dosa Bibikku ini...
Habis je melawat Bibik aku an ister terus balik ke rumah Ma, bimbang jugak baby aku Mirza meragam. Sampai je rumah Ma, isteri aku terus sambut Mirza tapi di tak nangis. Ma mula menjamu kami makan durian, kek harijadi dan snek. Kebetulan semalam harijadi Ma, Yazid belikan kek Aiskrim dan kek coklat.
Cerita pasal DURIAN, aku memang tak suka makan durian, malah baunya yang menyengit pun aku tak suka. Dulu masa aku kecil aku memang makan durian, tapi aku tak tahan. Setiap kali aku makan walaupun seulas aku pasti demam, dah macam-macam petua orang tua aku buat untuk hilangkan rasa panas badan bila makan durian tapi semua tak menjadi. Ia membuat aku serik dan tak suka durian. Jadi bila sapa-sapa bawa masuk durian ke dalam rumah aku, aku tak akan makan. Keluarga aku sendiri pun memang kurang makan durian, taklah gila makan durian macam orang lain. Mak aku kalau beli durian cuma sebiji dua, selalunya dia akan buat kuah durian pencicah roti sorai. Isteri aku orang Perak Tengah memang gila makan durian, lauk mereka pun dicampur Tempoyak (durian masam yang di simpan dalam botol). Sambal pencicah ulaman pun campur tempoyak, berbeza dengan aku yang tak sukakan durian. Bila mereka makan aku cuma tengok saja, bila pergi kebun kutip durian luruh aku tolang kutipkan tapi tetap tak makan. Tadi Yazid belikan durian Balik Pulau, katanya yang dalam tupperware durian Udang Merah harganya agak mahal dan isinya agak lembab. 2 biji yang belum kopek tu satu durian D18 dan satu lagi D24, isinya agak kering. D18 agak keras sedikit berbanding dengan D24. Entahlah aku aku bukan pakar dalam bab ini. Oklah sampai sini dulu untuk hari ni ... wassalam...

Sabtu, 26 Jun 2010

Bibik

As salamualaikum.... hari Sabtu, 26-Jun-2010... selepas Solat Subuh aku terlelap balik, cadang tadi nak bangun awal hantar Mashitah anak aku ke kelas Smart reader mula pukul 9.00am. Tapi mengantuk sangat sebab malam tadi tidut lewat sikit. Malam tadi kawan sekolah isteri aku datang bertandang, memang mereka suami isteri dah rancang nak datang rumah aku. Petang tu aku masak krim sup dan spaghetti, isteri aku selalunya sampai rumag pukul 7.00pm mungkin dia tak sempat masak untuk kawan dia, jadi aku tolong masakkan untuk dia. Aku siap masak pukul 8.00pm tapi kawan dia datang pukul 10.00pm semasa perlawanan bolasepak Brazil & Portugal nak mula. Masa itu jugak kat kilang aku struggle dengan machine breakdown 8 biji, aku dah tak senang duduk rasa nak pergi tengok tapi kesian pulak kat isteri aku sebab dah janji nak temankan dia lagi kawan dia tu lelaki. Mereka start contact balik dalam facebook, dah lama tak jumpa. Pukul 11.00pm Zaidi telefon untuk bagitau yang problem dah jumpa, lega hati aku. Aku memang berniat nak pergi tengok bila kawan isteri aku balik nanti. Berbalik pada bangun tidur, aku bangun pukul 9.45am. Aku siapkan makan pagi, krim sup semalam masih banyak lagi, jadi kami makan krim sup dengan roti saja. Mashitah masuk kelas pukul 11.15am dan aku beritahu Cikgu dia hari ni dia akan masuk 2 kelas hari ni sebab minggu lepas kami pergi KL. Aku akan ambik dia pukul 1.15pm dan terus pergi makan kenduri rumah Fahmi kat Taman Bertam Indah. Hari juga aku dah bayar yuran untuk bulan ni sekaili dangan duit buku Smart reader semuanya berjumlah RM102.00. Habis je hantar Mashitah ke Smart reader, sampai je di rumah aku rasa mengantuk sangat. Oh ya! tadi aku makan ubat selsema dengan sakit tekak. Aku terlelap sampai pukul 12.30pm, bila dah jaga aku terus suruh isteri dan Munirah siap untuk ambik Mashitah sekali gus pergi kenduri Fahmi. Tapi sampai pukul 1.05pm isteri aku masih seterika baju aku rasa lambat sangat jadi aku terus keluar untuk ambik Mashitah sebab aku tak mau Masitah tertunggu aku pulak. Sampai je rumah semua dah siap, terus kami semua ke rumah Fahmi. Kat rumah Fahmi tak ramai sangat orang, Fahmi sambut kami. Aku terus tanya mana abah Fahmi iaitu Abang Dee sepupu aku. Cerita pasal Abang Dee, dia adalah cucu sulung kepada keluarga arwah Maktok Nab dan arwah Bapak Haji Din dan tinggal di Paya Terbakar iaitu 1km dari rumah Mak Ayah aku. Abang Dee di bela oleh arwah Maktok dan arwah Bapak (gelaran kepada Datuk aku) sejak dari lahir lagi. Aku pulak sering tinggal dengan arwah Maktok masa aku kecil hinggalah aku sekolah Menangah dan hingglah mereka meninggal masa aku tingkatan 5. Abang Dee adalah anak Bibik aku, Bibik adalah gelaran untuk emak saudara kami. Sekarang ni gelaran Bibik lebih popular untuk pembantu rumah Indonesia. Anak arwah Maktok cuma 3 orang, Bibik yang sulong dan emak aku anak kedua. Anak ketiga arwah Maktok (lelaki) meninggal waktu kecil. Jadi Abang Dee, selepas dilahirkan Bibik terus tinggal dengan arwah Maktok dan dianggap sebagai anak lelaki arwah Maktok. Arwah Bapak (datuk) menggasuh Abang Dee dan diajarnya Abang Dee berniaga daging, warisan arwah Bapak diturunkan kepada Abang Dee hingga kini. Tapi Abang Dee tahu yang Bibik adalah emak dia. Tadi Fahmi bagitau yang Abang Dee tak ada, dia pergi tengok Bibik masuk Hospital apabila diberitahu yang Bibik dalam keadaan kritikal. Bibik sering masuk Hospital kebelakangan ni, dia dah tak larat lagi dan buah pinggangnya pun tinggal satu saja.
Waktu aku kecil Bibik sering datang ke rumah Maktok, anak bibik 6 orang semuanya. Abang Dee yang sulong, Kak Nini yang kedua, Abang Dan ketiga, Rohela keempat, Roslina kelima dan yang bongsu adalah. Rozipah. Antara semua anak Bibik Roslinalah yang paling rapat dengan aku sebab sebaya aku. Aku sering bermain dengan Roslina waktu kecil walaupun dia perempuan. Roslina kini telah berkahwin dengan Shaharuddin dan pada umur 37 kebetulan kami sama-sama pergi menunaikan Haji dengan menggunakan pakej yang sama. Shaharuddin kini adalah rakan karib aku kini terutamanya apabila ada kuliah agama dia sering mengajak aku bersama. Waktu aku kecil jugak bibik sering bawa aku duduk rumah dia terutamanya cuti sekolah. Aku kini terbayang wajah Bibik dan masih keliru dengan keadaan dia sekarang. Oklah untuk kali ini... Wassalam....

Rabu, 23 Jun 2010

Mengadap Managing Director

As Salamualaikum.... Semalam aku nonton bola sampai pukul 12.00am, lepas tu aku bangun pukul 3.25am sebelum alarm telefon aku berbunyi. Sudah jadi kebiasaan aku bangun sebelum alarm berbunyi. Aku terlelap depan tv bila game dah tamat, nak bangun masuk bilik terasa malas aku terus terlelap sampai pukul 5.30am. Kali ni aku terjaga setelah alarm berbunyi, mungkin terlalu mengantuk agaknya.
Hari ni aku keluar rumah awal sikit pukul 6.05am, biasanya pukul 6.10am dan paling lewat pukul 6.15am tapi kalau time Subuh masuk lewat aku akan solat dulu sebelum pergi kerja. Kalau keluar pukul 6.30am pun masih sempat lagi, tapi aku tak suka pergi kerja dalam keadaan tergopoh-gapah. Seelok-eloknya sampai kat tempat parking tempat kerja pukul 6.40am. Lepas tu aku masuk ikut pintu depan, ambik surat khabar The Sun free version, scan badge, tukar kasut kerja, masuk office terus baca surat khabar dulu sambil tunggu computer aku re-boots. Semalam Mr. Foo, boss aku call aku tanya banyak soalan sebab hari ni dia kena buat presentation. A part of presentation adalah project change over aku. Material presentation untuk change over dah aku sediakan, tapi mungkin dia tak faham jadi kenalah aku explain kat dia. Ada benda yang dia suruh aku update dan add dalam presentation aku tu, jadi sampai je tempat kerja hari terus aku update presentation tu untuk dia. Report 8D yang sepatutnya aku siapkan hari ni aku suruh Anuar colouge aku buat, kesian kat dia. Pukul 9.30am Mr. Lee dan group Sanyo Island plant dah tiba untuk support Mr. Foo buat presentation depan Managing Director tentang SMT capasity improvement project yang sedang kami buat. Aku rasa Mr Foo ada masalah sikit dalam skill presentation, banyak perkara yang sangkut dan MD kurang jelas. Mr Lee dan Zaidi terpaksa mencelah untuk explaination yang lebih jelas. Habis presentation lebih kurang pukul 11.30am, aku balik office tengok Anuar masih tungkus lumus menyiapkan 8D tadi. Aku sambung kerja aku tengok kerja Selva sorang lagi colouge aku sedang external Training,  sebab petang ni ada New model meeting. Aku memang assign Selva pergi New model meeting, Anuar pulah lebih kepada Process dan procedure.
Hari ni aku balik pikul 5.20pm, aku kena sampai rumah pengasuh anak aku Mirza di Taman Abdullah Fahim pukul 6.00pm. Aku singgah kat Petronas Kampung Paya untuk draw duit isteri aku. Sampai rumah pengasuh anak aku tepat pukul 6.00pm, Mama Kama pengasuh Mirza keluar untuk deliver anak aku kat luar. Sampai rumah pukul 6.15pm, Munirah ada kat rumah. Aku letak Mirza depan Munirah dan terus buka komputer, layan Facebook dulu lepas tu baru aku solat Asar. Bila Mirza dak mula meragam baru aku ambil dari Munirah terus masuk buaian. Susah jugak dia nak tidur hari ni mungkin nak menyusu. Maklumlah 2 minggu cuti sekolah dia perap dengan mak dia, baru hari ni duduk dengan pengasuh. Bila mak dia sampai baru dia nak lena. Ok lah sampai sini dulu untuk kali ni... Wassalam...

Selasa, 22 Jun 2010

Cerita Lawak: Bapa pukul anak kerana pakai tudung

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat
sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman 
yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia
lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau ! bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain 
lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar
bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg.

Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

"sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah 
ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa!

Hang jangan nak buat pasai!

Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI 
TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup 
lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab 
adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Hehehehhe...
Cerita ni aku ambik dari Hidayah.net

Isnin, 21 Jun 2010

Cuti Kat KL

As salamualaikum.... Khamis 17-June-2010, kat tempat kerja hari tu Internal TS Audit. Sememangnya tugas aku melayan Audit dari mana-mana tambah pulak TS Audit. TS 16949 kalau tak silap adalah kelulusan piawaian Kualiti untuk Automotif yakni Kenderaan terutamanya dari US & Eropah. Kalau untuk Factory aku kerja adalah untuk Ford, Mazda & GM motors. Hari tu seharian aku melayan Internal Auditors Zamri Ibrahim, Azizi & Afidz dari pukul 9.30am hingga ke pukul 6.00pm. Kalau nak diikutkan sampai pukul 7.30pm tapi sessi terakhir adalah untuk pertukaran Shift jadi aku serahkan pada Zaidi yang handle Production. Pukul 6.30pm aku keluar factory, hari tu kalau tak salah aku tak beli makan apa-apa walaupun tengahari aku tak makan nasi. Malam tu sambil nonton bolasepak piala dunia aku cuma kunyah keropok je. Masa sampai rumah tu aku jengok juga sang tikus dalam sangkar tu tapi tak mati-mati, susah jugak hati aku ni sebab esok dah nak tinggalkan rumah 3 hari. Aku biarkan aja, takkan aku nak ketuk dia sampai mati.
Jumaat 18-June-2010, aku bangun awal dan semua barang yang nak aku bawa semuanya dah ready. Aku dah buat check list, aku keluar dari rumah pukul 6.30am selepas solat Subuh. Ini bermakna aku tak layak untuk Solat Jamak Qasar dan aku kena Solat Jumaat kerana kalau nak Jamak Qasar aku kena Musafir sebelum waktu Subuh. Aku sampai di Bukit Merah untuk sarapan pukul 8.30am dan teruskan perjalanan ke Chemor untuk ambil Mertua dan anak aku Munirah. Sampai di Chemor pukul 9.30am mereka semua dah ready kami teruskan perjalanan ke Salak Tinggi rumah Azmi adik ipar aku. Aku ikut jalan biasa aku pergi KLIA walaupun GPS aku suruh aku shortcut ikut Highway Guthrie dan kalau ikut Azmi jalan tu lagi dekat. Takpalah next trip aku ikut situ. Sampai rumah Azmi dekat pukul 12.00pm. Azmi hari tu kerja malam, dia bangun untuk sambut kami. Rumah dia rumah pangsa tingkat bawah, walaupun kecil tapi muatlah untuk kami tidur kat situ 2 hari. Kami makan tengahari dulu sebelum keluar Solat Jumaat kat Dengkil. Azmi tak suka Solat kat Surau rmah dia, katanya Khutbah Jumaat berbaur Politik terlampau. Dia sanggup ke Dengkil lagi dari mendengar Khutbah Jumaat kat situ, aku OK je walaupun aku juga penyokong PAS. Balik Solat lebih kurang pukul 3.30pm aku bawa mertua dan Munirah ke Cheras rumah abang Mat. Isteri dan anak-anak aku masih kat sana kecuali Munirah. Aku ke sana guna GPS Garmin, masa ke sana tak ada masalah terus je sampai tanpa kena sebarang Tol. Aku sengaja set Avoid Tol. Sampai rumah abang Mat pukul 4.15pm cuma tinggal isteri dan anak-anak aku saja, abang Mat kerja dan Kak ida isteri abang Mat pergi ke Metrikulasi Negeri Sembilan ambil anak dia si Afiq. Pukul 5.00pm baru mereka balik kecuali abang Mat, aku memang tak berjumpa abang Mat hari tu. Lepas minum petang kira-kira pukul 6.00pm kami dah rancang ke rumah Pak cik Main kat Puchong, kalau tak ke rumah dia bising pulak nanti. Aku set GPS aku, aku masih guna Garmin sebab GPS aku ada 4 software yakni Garmin, Papago, Mapking & I go. Selalunya kat highway aku guna Papago sebab grafiknya cantik dan berbahasa melayu. Dia arahkan kami ikut jalan biasa tanpa Tol. Lambat pulak rasanya jadi aku tukar ke Papago patah balik ikut highway. Tapi masa time puncak susah jugak guna GPS ni sebab bumper ke bumper silap sikit dah ke Jalan lain dan jauh pulak nak U turn kadang-kadang masuk tol. Aku memang dah bengang, mana taknya asyik silap jalan je 2 jam atas jalan. Last-last kami call Pak cik Main, masa tu kami betul-betul kat Tesco Puchong. Dia hantar Haziq anak dia, Haziq datang naik Kancil. Haziq suruh kami ikut dia, tapi kami tersalah arah lagi sebab dia bawa laju. Last sekali aku terpaksa gunakan GPS Garmin jugak dan confirm dengan seorang Cina kat situ. Sambil tu isteri aku call Haziq yang tunggu kat tepi jalan berhampiran rumah dia dan sampai jugak kat rumah mereka pukul 8.00pm. Hari tu aku memang give up kat KL ni, isteriaku yang dah rancang bergambar satu famili dengan Jubahnya dah cancel. Kami balik dari rumah Pak cik Main pukul 10.00pm tapi jalan dari rumah dia ke rumah Azmi senang sebab terus tanpa belok-belok. Sampai rumah Azmi aku mandi dan solat terus tidur.
Sabtu 19-June-2010, hari bersejarah yang ditunggu-tunggu isteri aku. Hari ini plannya nak bergambar setelah semalam gagal untuk bergambar sekeluarga dengan memakai jubah. Selesai makan pagi pukul 10.30am Azmi membawa kami sekeluarga ke kedai gambar berhampiran dengan rumahnya di Bandar baru Salak Tinggi kira-kira 3km jaraknya. Kacau juga Mirza semasa bergambar mungkin lapar nak menyusu. Setelah selesai bergambar aku hantar Azmi dan anak-anak aku ke rumah Azmi. Aku bersama isteri & mertua aku sahaja keluar untuk ke Dewan di PWTC. Anak-anak aku dijaga oleh Suhaila & Sabariah isteri Azmi. Perjalanan ke PWTC tak susah macam ke Puchong, kali ini aku nekad menggunakan GPS Papago dan memang tak ada masalah langsung. Kereta nak dikatakan tak banyak tak juga tapi kali ni aku berhati-hati sikit dengan simpang-simpang di KL dan ikut GPS Papago sepenuhnya. Sampai di PWTC jam 1.00pm lalu aku lepaskan isteri & mertua aku di depan PWTC.
Aku bernasib baik kerana dapat parking di stesyen Putera LRT depan PWTC walaupun banyak sangat kereta pad masa tu. Di dalam dewan penuh sesak dengan graduan yang segak dan cantik berjubah. Pukul 1.30 semua graduan diarah masuk ke dewan dan aku bersama mertua masuk sekali setelah menunjukkan kad jemputan. Setiap graduan cuma dibenarkan masuk 2 ahli keluarga saja. Tiga setengah jam kami di dalam dewan & tak boleh keluar, berdiri nak ambil gambar pun tak dibenarkan. Semua diminta patuhi arahan dan agenda majlis. Naib Chanslor adalah Pengerusi AM Bank Tan Sri Azman. Lama juga ucapan yang diberi seterusnya penyampaian Ijazah.
Penyapaian Ijazah disampaikan menikut abjad dan isteri aku giliran yang ke 600. Selesai majlis pukul 5.00pm semua orang berpusu-pusu keluar jadi sesak dewan tu. Sempat aku jumpa Kak Gee dan Kak Shimah sekeluarga. Kak Gee & Kak Shimah sama-sama mengajar di SK Sg Dua dan juga rakan sekelas isteri aku di OUM. Kami balik ke rumah Azmi ikut arah jalan yang sama dan sampai rumah pukul 6.45pm sempat Solat jamak Zohor & Asar. Mirza tak meragam dan sedang tidur dalam buai. Malam tu aku tidur nenyak sebab terlalu letih dan esok plan nak hantar jubah ke PWTC awal pagi kerana takut ramai orang.
Ahad 20-June-2010, Semua dah siap awal pagi tapi pukul 9.20am baru bertolak keluar dari rumah Azmi. Munirah dan Suhaila aku tinggalkan sebab kereta tak muat mereka balik dengan bas express dari KLIA bertolak pukul 2.30pm. Sampai di PWTC jam 10.00am isteri aku turun sorang hantar jubah dia aku pulak pusing ikut OUM tunggu kat situ. Bila dah selesai aku pergi ambik isteri aku dan kami ke Chow Kit saja jalan-jalan kat pasar Chow Kit. Dah lama aku tak ke pasar yang baunya agak menyengit, sempit, lecah dan sesak tapi kat situ serba serbi ada. Isteri aku cuma beli buah kat situ. Kami bertolak dari situ pukul 12.30pm terus ke Chemor tanpa henti. Sampai di Tambun singgah beli nasi & lauk dan sampai rumah mertua pukul 3.00pm. Rehat sekejap lepas tu makan nasi lepas tu solat terus tidur, tak sampai setengah jam dengar suara kuat Pak cik Peni terus terjaga. Nak tidur balik susah la. Pukul 5.20pm keluar ke Bercam ambik Munirah & Suhaila, sampai je rumah dah siap-siap nak balik. Semua orang dah mandi tapi aku cadang nak mandi kat rumah je. Pukul 6.45pm aku sekeluarga bertolak dari rumah mertua aku ikut Jelapang. Lepas je pekan Chemor Azahar adik Ipar aku call katanya kat Sungai Perak sesak jangan ikut Jelapang, aku patah balik ikut jalan kampung. Nasib baik jalan lama tak banyak kereta, laju jugak aku pandu average 100km/h. Keluar K. Kangsar laju je aku bawak average 120km/h, kali ni aku teruskan perjalanan dan memang cadang nak solat jamak Maghrib/Isyak kat Sbg Jaya. Lepas tu cari makan malam untuk anak-anak aku pulak, aku cuma beli burger dan Char Kueh Teow. Sampai rumah dah letih sangat, aku mandi tengok bola jap dan terus tidur. OK lah, panjang pulak cerita aku kali ni.... Cover 3 hari.... Wassalam...

Rabu, 16 Jun 2010

Tikus masuk perangkap

As salamualaikum.... Hah! dah kena pun perangkap tikus yang aku pasang semalam. Semalam jam 4.30am semasa aku jaga untuk menonton perlawanan bolasepak antara Brazil & Korea Utara aku terdengar bunyi yang amat mengilukan dari dapur. Terhendap-hendap aku menjenguk kat dapur tu, rupa-rupanya tikus tu dah ada kat dalam dan tengah gigit besi perangkap tu. Saiz dia agak besar jugak macam anak kucing. Mula-mula aku biarkan saja dia kat atas cabinet tu tapi makin bising terus aku bawa dia keluar duduk atas pagar rumah aku. Kawan tikus yamg semalam meninggal tu pun duduk di tempat yang sama, di situ cuaca panas sikit. Jadi senanglah tikus tu keras kat situ je, kawan dia hidup seminggu dalam sangkar tu.
Hari ni aku balik awal sikit sebab nak pergi Agro Bank. Yang mushkilnya adakah Agro Bank ada Cash Deposit ATM macam bank-bank lain sebab bank tu biasa ada di kampung-kampung saja. Zaidi cadang aku pergi ke cawang Taman Selat tapi bila aku sampai kat Bank tu jam 4.50pm tak ada pula Cash Deposit ATM. Aku terus ketuk pintu bank yang dah tertutup jam 4.30pm. Kerani tu kata kat sini tak ada tapi kat Tasek Gelugur ada. Terus aku ke Tasik Gelugur ikut Highway BORR. Sampai kat Tasek Gelugur tercari-cari Agro Bank tu, tak nampak pun sampailah lepas landasan keretapi yang tengah construction tu pun tak nampak. Aku patah balik, alamak keretapi nak lalu pulak! Gate dah tutup, jadi kenalah aku tunggu. Agak lama jugak dia tutup, lebih kurang 20minit. Bila dah bukak, aku terus cari balik tempat yang aku lalu tadi. Rupa-rupanya sebelah Maybank Tasek Gelugur, Agro Bank mungkin baru buka sebab Nama Bank tu pun cuma tulis atas kain rentang. Ada pun Cash Deposit ATM, aku terus tekan nombor Akuan yang Cik Wan SMS semalam tapi naik nama Azlina bt Mohd Ra. Aku terus call Cik Wan untuk confirm dengan dia dan Cik Wan sahkan nama tu betul. Selesailah kerja aku hari ni. Sampai rumah aku jenguk kat sangkar tikus yang aku letak pagi tadi. Eh! hidup lagi engkau, panjang umur engkau. Mungkin spesis ni panjang umur sama macam kawan dia minggu lalu.
Bila dah masuk rumah terus aku makan dulu Burger yang aku beli tadi sambil nonton bolasepak ulangan semalam, lepas tu baru solat. Aku ke belakang rumah nak angkat kain, tapi tak kering-kering. Mungkin hujan tadi terus aku pindahkan kat dalam rumah takut esok hujan lagi dan tempias. Malam ni world cup Chilie lawan Honduras, tak berapa best. Tapi aku tetap layan jugak. Oklah untuk hari ni... Wasalam...

Selasa, 15 Jun 2010

Boring duduk sorang

As salamualaikum... boring jugak bila duduk rumah sorang-sorang, jadi ada la masa aku nak main komputer ni sambil isikan Blog ni. Sekarang ni football world cup tengah rancak perlawanan antara Ivory Coast & Portugal. Portugal bukan favorite aku meski pun ada Cristiana Ronaldo, Ivory Coast pulak walaupun ada Didier Drogba yang tengah cedera tu tak berapa mengancam. Aku tak kira sapa lawan, layan aje.. Kejap tadi aku baru call Cik Wan, si penyembelih Kambing Akikah anak aku sekali dengan masak. Aku call untuk tanya harga kambing tu. Katanya RM650 - sekali masak, tapi Kambing dia kira RM550, masak pulak RM100. Dia bagi Account Bank untuk aku masukkan duit dia sebab Azahar adik ipar aku yang uruskan kambing tu sibuk sikit minggu ni takut lambat kalau nak kirim pada Azahar. Pagi tadi pulak aku call abang Mat aku yang duduk kat Cheras tu, sebab esok isteri aku nak ke sana. Dia OK je. Aku pulak rancang nak ke KL hari Jumaat, aku nak tolak awal pagi. Lepas tu singgah kat Chemor ambik Mertua & adik ipar aku lepas tu terus ke rumah Azmi adik ipar aku kat Salak Tinggi untuk hantar Mertua aku ke sana. Isteri aku pergi awal ke KL sebab dia nak ambik Jubah untuk hari Konvokesyen dia. Jadi dia suruh aku mintak tolong Kak Ida abang Mat temankan dia ambik Jubah tu hari Khamis pagi. Aku dah apply cuti hari Jumaat & Isnin untuk ke sana. Minggu ni pulak kat Kilang aku serabut sikit sebab ada banyak issue. Semalam jam 7.00pm baru aku keluar kilang, kebetulan isteri aku tak ada. Hari ni aku keluar jam 6.00pm, lepas tu aku terus pergi gunting rambut. Malam ni aku makan nasik Kandar Shubaidah, kena RM8.20. Sambil makan aku tengak bola New Zealand lawan Slovakia. Oh! lupa pulak nak cerita pasal tikus yang aku tangkap minggu lalu, hari ni baru dia KO. Puasa seminggu, kalau ada anak aku bolehlah dia orang bagi makan. Tapi tadi aku jemur kat tempat panas matahari sebab dia lambat KO. Kat atas siling tu ada kawan dia, selalu berlari-lari kat atas. Geramnya aku!!! hari ni aku dah basuh perangkap tu dan letakkan lauk sotong nasi kandar, saja aku simpan sikit. Harap-harap dapatlah dia masuk perangkap aku hari ni, kita tunggu hari esok. OKlah untuk kali ni salam....

Isnin, 14 Jun 2010

Mertua Pindah Rumah

As salamualaikum.... Hari Jumaat hari tu 11-Jun-2010 aku dah plan nak balik Ayer Tawar Perak rumah mertua aku sebab anak beranak aku semua ada kat sana. Mula-mula aku tak tau dengan sapalah aku nak tumpang balik sana selepas Azrin adik ipar aku kata dia tak boleh cuti sebab baru kerja kat tempat baru. Lepas tu isteri aku call kata ok pulak. So malam hari Jumaat tu aku tunggu dia pukul lapan sebab janji pukul lapan nak sampai rumah aku, dia datang jam 8.15pm lewat sikit. Katanya lepas kerja balik rumah mandi dulu, tak palah janji jangan lewat sangat. Sampai Sungai Dua dia berhenti untuk isi minyak, aku hulur RM50.00, mula-mula dia tak mau tapi lepas tu ambik jugak.Lepas isi RM30.00 dia pulangkan RM20.00. Sampai Tol Juru aku hulurkan Touch & Go pulak, hari tu dia untung RM40.00. Kat Highway laju jugak dia bawak, lama tak naik kereta kancil rasa macam naik Roller Coster pulak. Kecut jugak perut aku, tambah ada lori tu tetiba je masuk lorong. Bila sampai Bukit Merah hujan pulak, dia pun bawak slow mungkin tak berani? Keluar Cangkat Jering dia ikut Beruas, mungkin dia biasa dengan jalan tu. Memang tak banyak kereta jalan tu tapi bahaya sikit sebab bengkang bengkok dan banyak lembu. Kekadang aku terlelap jugak, sampai sana jam 10.50pm masa tu bola Afrika Selatan lawan Mexico dah Start. Sampai sana ada Azmi & anak dia, isteri aku & anak-anak aku dan Suhaila, Munah dan Shakir pun ada baru sampai jam 9.30pm. Mertua aku gi Bota tengok Dayah anak Ayah Alang nikah, dia pergi dengan Jumat adik ipar aku. Habis tengok bola aku ngantuk sangat, terus masuk tidur hingga tak sedar mertua aku balik.
Esok tu dah kena pergi kenduri kahwin Dayah pulak dan rumah baru mertua aku kat Chemor. Habis sarapan Mertua aku pergi dulu dengan Jumat, pas tu Munah & Shakir. Ma & Yazid yang tiba pagi tadi keluar dengan aku. Ramai jugak rumah Ayah Alang, mula2 aku cadang nak tengok sembelih kambing untuk akikah Mirza. Aku sebagai bapa nak akad akikah kambing tu, tapi hujan turun lebat dan aku cuma SMS kat si tukang sembelih tu Cik Wan untuk wakil akadkan. Dalam perjalanan ke rumah baru mertua aku hujan renyai2, kami singgah di beberapa tempat. Sampai sana agak petang letih rasanya. Rumah baru mertua sama pattern dgn rumah Pak cik peni, sebelah je. Tapi dalam rumah mertua lantai Marble, plaster cyling lagi, cantik jugak. Pagar Pak Cik Peni dah buka, jadi nampak luas sangat, best betul. Bilik ada 4, bilik air 2.
Hari Ahad 13 jun kenduri naik rumah, Doa selamat & akikah Mirza. Pagi tu kami cuci rumah serta buat persiapan untuk kenduri nanti. Pukul 12.30pm start baca Yasin & Doa selamat, lepas tu baru makan. Ramai jiran, kawan & keluarga datang. Malam pulak buat barberque. Aku tunggu kejap je sebab aku nak balik Penang, esok tu kerja. Pukul 8.15pm aku tilak balik Peneng melalui Jelapang. Dia orang masih ber barberque sampai pukul berapa aku pun tak atu. Aku sampai rumah jam 10.15pm, lepas tu aku mandi. Isteri aku ada bekalkan aku nasi dan lauk kenduri tadi, mula-mula tak nak makan tapi sayang jugak kat nasi tu. Takut terbuang pulak, makan le sikit. Malam tu ada bola, aku tidur jam12.00am & bangun jam 2.30am Jerman lawan Australia. Tapi TV lebih banyak tengok aku dari aku tengok TV. OKlah untuk kali ini Wasalam....

Rabu, 9 Jun 2010

World cup 2010

As salamualaikum.... World cup dah hampir, lagi 2 hari saja. Tiap2 empat tahun sekali sukan inilah yang paling aku suka tengok. Walaupun aku ni kaki bangku, tak pandai main bola, tapi aku minat menonton bola. Kalau ikut sejarah aku pun aku jarang2 turun padang untuk main bola, mungkin sebab aku tak kuat lari atau pun kat rumah aku tak dak padang bola. Teringat aku masa aku sekolah rendah darjah 6, aku memang suka kat sorang cikgu tu, namanya Cikgu Aziz Burhan. Dia adalah guru kelas aku dan dia sayang kat aku. Dalam kelas aku duduk depan meja dia. Dia pulak jurulatih bolasepak Sekolah aku masa tu. Aku sering pergi tengok dia melatih pasukan sekolah aku main bola walaupun aku tak main. Dia pulak sering puji aku sebab jarang ponteng tengok dia melatih pasukan sekolah, aku jadi contoh kawan2 pemain bolasepak sekolah aku tu. Katanya orang macam aku ni boleh jadi pemain yang baik suatu hari nanti sebab displin aku. Tapi kenyataanya tidak, selepas aku naik sekolah menengah aku lebih tumpu kepada pelajaran. Last sekali aku jumpa dia di Dewan Sri Pinang selepas aku balik dari Mekah tahun 2003. Aku duduk sebelah dia tapi aku tak tahu yang dia adalah Cikgu Burhan yang aku sayang dulu sehingga selepas beberapa minggu kemudian aku diberitahu sepupu aku yang orang yang disebelah aku adalah Cikgu Burhan. Kalau aku tahu aku akan peluk dia puas-puas.
Berbalik pada cerita  world cup, pasukan pilihan aku adalah Belanda atau Holland atau Netherland atau The Orange. Sebabnya ramai pemain pilihan aku dalam pasukan Belanda terutamanya Arjen Robben,Wesley Sneijder & Robin Van Persie. Malah ramai lagi player dia yang handal-handal seperti Van Dar Vaart, Babel, Kuyt & Bronckhorst. Selain dari Belanda aku juga pilih Jerman, Itali dan Sepanyol. Itu semua hanyalah pilihan peribadi aku, kerana bagi aku skill pasukan Eropah lebih kepada Tektikal berpasukan berbanding dengan permain Amerika Latin yang tertumpu kepada skill peribadi. Argentina begitu ramai pemain yang berskill tinggi seperti Malito, Merssi, Terves. Brazil pula bagi aku kali ni kurang popular tapi masih berpeluang. O.klah untuk hari ini Wassalam....

Selasa, 8 Jun 2010

Masuk kerja

As salamualaikum.... Selasa, start kerja untuk minggu ni sebab semalam cuti ganti. Dari minggu lepas aku asyik dengar rumor yang Noma-san Manager Jepun aku tu nak kena buang kerja. Sejak Tateno-san masuk jadi Managing Director baru ganti Yonei-san, macam2 perubahan yang dia buat. Ramai Japaneese foreigner kena hantar balik dan tamatkan kontrak mereka di Malaysia. Orang yang pertama kena hantar balik adalah Hirayama-san, lepas tu Yoshida-san dan sekarang Noma-san. Kesian jugak aku kat dia sebab dia dah kahwin dengan orang melayu, hampir 20 tahun tinggal kat Malaysia dan dah ada anak sorang 14 tahun. Dia pulak belum apply jadi Malaysian residence, so kalau tak ada kerja kenalah balik Jepun. Takkan foreigner tak dak kerja dibenarkan tinggal di Malaysia tanpa permit pekerjaan? Entah lah! Aku rasa Tateno-san Mission adalah untuk cut cost atau pun reduce manpower atau tutup kilang???? Tak mungkin... sebab kami baru launch new Model C520 untuk Ford dan Model tu akan start end of 2012 sampai 2014. Banyak projek improvement yang new MD suruh buat dan banyak tekanan yang dia bagi terutamanya apabila Sanyo ISP (Island Plant) masuk campur. Apa yang boleh aku buat adalah untuk teruskan usaha dan tenggok apa nak jadi lepas ni pulak (bak kata Ismet Ulam Raja).
Cerita pasal Noma-san, dulu aku dengar dia terror sangat semasa kat Sanshin, banyak experience. dengar namanya saja semua orang2 yang tahu SMT process, vendor2 respect kat dia dan dengar nasihat dia. Tapi bila dah kerja dengan dia baru tahu yang dia memang banyak guna experience daripada fact!! dan bagi aku, banyak jugak kelentong dan decision yang kurang tepat yang dia dah buat. Kekadang aku biarkan saja, maklumlah orang tua, selalu jugak aku bangkang dan marah balik kat dia. Dia rajin kacau orang dan marah orang kalau ada masalah. Itulah yang buat ramai orang tak suka kat dia. Dia banyak juga tolong aku dan selesaikan masalah kerja aku. Tapi kalau dia kena buang kerja kesian jugak aku kat dia. Dahlah baru dapat pangkat Senior Manager, tak sampai 2 bulan dah kena terminate. So... good luck Noma-san, apa boleh buat dah arahan Top Management. Dengar kata dia kerja sampai hujung bulan ni sahaja... O.klah sampai sini dulu wasalam...

Isnin, 7 Jun 2010

Mirza mula meniarap





As salamualaikum... Hari ini Mirza dah mula nak meniarap. Kalau diikutkan saiz badan dia yang berketul-ketul padat tu, memang susah dan lambat dia nak meniarap. Hari ni dia dah 4 1/2 bulan maknanya lambat jugak dia boleh meniarap, tu pun kekadang boleh kekadang tidak. Bagi aku tak kisahlah sangat cepat ke lambat ke janji dia sihat wal afiat. Tapi beberapa hari ni dia selsema, kesian jugak aku tengok dia bernafas sebab ada hingus yang tersangkur-sangkut. Kalau orang dewasa bolehlah dia keluarkan hingus tu, tapi bagi bayi yang tak understand ni susah jugak. Minggu lepas isteri aku bawak dia ke Klinik, Doktor bagi ubat masuk ikut hidung. Tapi sampai sekarang masih belum baik lagi.
Minggu ni dah start cuti sekolah 2 minggu, kebetulan hari ni juga aku cuti sebab ganti hari Sabtu Agong Birthday. Hari ini pulak isteri aku kena pergi ke Sekolah, jadi Mirza kenalah aku jaga. Nasib baik dia bangun lewat hari ni, sempat isteri aku balik intuk mandikan dia semasa time rehat. Hari Rabu ni Isteri dan anak-anak aku bercadang nak balik kampung. Adik ipar aku datang semalam untuk teman dia balik kampung Rabu ni sebab baby aku tu kecil lagi, bimbang pulak aku kalau dia balik tanpa teman. Hari Ahad nanti kami nak buat kenduri Akikah untuk Mirza sekali gus kenduri naik rumah mertua aku kat Tanah Hitam Chemor. Rumah baru tu adik ipar aku yang belikan dan dia nak mertua aku tinggal kat situ. Isteri aku juga ada belikan tapak tanah dekat situ juga dan rumah mertua aku tu pun bersebelahan dengan rumah bapa saudara aku Pakcik Peni. Esok aku dah start kerja balik dan aku cadang nak tumpang ipar aku balik kampung hari jumaat nanti. Hari Sabtu ada kenduri kahwin anak Ayah Alang kat Bota Kiri. O.k. lah sampai sini dulu buat hari ni. Wassalam....