As salamualaikum.... Hah! dah kena pun perangkap tikus yang aku pasang semalam. Semalam jam 4.30am semasa aku jaga untuk menonton perlawanan bolasepak antara Brazil & Korea Utara aku terdengar bunyi yang amat mengilukan dari dapur. Terhendap-hendap aku menjenguk kat dapur tu, rupa-rupanya tikus tu dah ada kat dalam dan tengah gigit besi perangkap tu. Saiz dia agak besar jugak macam anak kucing. Mula-mula aku biarkan saja dia kat atas cabinet tu tapi makin bising terus aku bawa dia keluar duduk atas pagar rumah aku. Kawan tikus yamg semalam meninggal tu pun duduk di tempat yang sama, di situ cuaca panas sikit. Jadi senanglah tikus tu keras kat situ je, kawan dia hidup seminggu dalam sangkar tu.
Hari ni aku balik awal sikit sebab nak pergi Agro Bank. Yang mushkilnya adakah Agro Bank ada Cash Deposit ATM macam bank-bank lain sebab bank tu biasa ada di kampung-kampung saja. Zaidi cadang aku pergi ke cawang Taman Selat tapi bila aku sampai kat Bank tu jam 4.50pm tak ada pula Cash Deposit ATM. Aku terus ketuk pintu bank yang dah tertutup jam 4.30pm. Kerani tu kata kat sini tak ada tapi kat Tasek Gelugur ada. Terus aku ke Tasik Gelugur ikut Highway BORR. Sampai kat Tasek Gelugur tercari-cari Agro Bank tu, tak nampak pun sampailah lepas landasan keretapi yang tengah construction tu pun tak nampak. Aku patah balik, alamak keretapi nak lalu pulak! Gate dah tutup, jadi kenalah aku tunggu. Agak lama jugak dia tutup, lebih kurang 20minit. Bila dah bukak, aku terus cari balik tempat yang aku lalu tadi. Rupa-rupanya sebelah Maybank Tasek Gelugur, Agro Bank mungkin baru buka sebab Nama Bank tu pun cuma tulis atas kain rentang. Ada pun Cash Deposit ATM, aku terus tekan nombor Akuan yang Cik Wan SMS semalam tapi naik nama Azlina bt Mohd Ra. Aku terus call Cik Wan untuk confirm dengan dia dan Cik Wan sahkan nama tu betul. Selesailah kerja aku hari ni. Sampai rumah aku jenguk kat sangkar tikus yang aku letak pagi tadi. Eh! hidup lagi engkau, panjang umur engkau. Mungkin spesis ni panjang umur sama macam kawan dia minggu lalu.
Bila dah masuk rumah terus aku makan dulu Burger yang aku beli tadi sambil nonton bolasepak ulangan semalam, lepas tu baru solat. Aku ke belakang rumah nak angkat kain, tapi tak kering-kering. Mungkin hujan tadi terus aku pindahkan kat dalam rumah takut esok hujan lagi dan tempias. Malam ni world cup Chilie lawan Honduras, tak berapa best. Tapi aku tetap layan jugak. Oklah untuk hari ni... Wasalam...
1 ulasan:
http://dewangebet77.com/ sebagai Agen Sbobet Terpercaya, Agen Judi Bola Online dan Sbobet Live Casino di Indonesia
Catat Ulasan