As salamualaikum.... Khamis 17-June-2010, kat tempat kerja hari tu Internal TS Audit. Sememangnya tugas aku melayan Audit dari mana-mana tambah pulak TS Audit. TS 16949 kalau tak silap adalah kelulusan piawaian Kualiti untuk Automotif yakni Kenderaan terutamanya dari US & Eropah. Kalau untuk Factory aku kerja adalah untuk Ford, Mazda & GM motors. Hari tu seharian aku melayan Internal Auditors Zamri Ibrahim, Azizi & Afidz dari pukul 9.30am hingga ke pukul 6.00pm. Kalau nak diikutkan sampai pukul 7.30pm tapi sessi terakhir adalah untuk pertukaran Shift jadi aku serahkan pada Zaidi yang handle Production. Pukul 6.30pm aku keluar factory, hari tu kalau tak salah aku tak beli makan apa-apa walaupun tengahari aku tak makan nasi. Malam tu sambil nonton bolasepak piala dunia aku cuma kunyah keropok je. Masa sampai rumah tu aku jengok juga sang tikus dalam sangkar tu tapi tak mati-mati, susah jugak hati aku ni sebab esok dah nak tinggalkan rumah 3 hari. Aku biarkan aja, takkan aku nak ketuk dia sampai mati.
Jumaat 18-June-2010, aku bangun awal dan semua barang yang nak aku bawa semuanya dah ready. Aku dah buat check list, aku keluar dari rumah pukul 6.30am selepas solat Subuh. Ini bermakna aku tak layak untuk Solat Jamak Qasar dan aku kena Solat Jumaat kerana kalau nak Jamak Qasar aku kena Musafir sebelum waktu Subuh. Aku sampai di Bukit Merah untuk sarapan pukul 8.30am dan teruskan perjalanan ke Chemor untuk ambil Mertua dan anak aku Munirah. Sampai di Chemor pukul 9.30am mereka semua dah ready kami teruskan perjalanan ke Salak Tinggi rumah Azmi adik ipar aku. Aku ikut jalan biasa aku pergi KLIA walaupun GPS aku suruh aku shortcut ikut Highway Guthrie dan kalau ikut Azmi jalan tu lagi dekat. Takpalah next trip aku ikut situ. Sampai rumah Azmi dekat pukul 12.00pm. Azmi hari tu kerja malam, dia bangun untuk sambut kami. Rumah dia rumah pangsa tingkat bawah, walaupun kecil tapi muatlah untuk kami tidur kat situ 2 hari. Kami makan tengahari dulu sebelum keluar Solat Jumaat kat Dengkil. Azmi tak suka Solat kat Surau rmah dia, katanya Khutbah Jumaat berbaur Politik terlampau. Dia sanggup ke Dengkil lagi dari mendengar Khutbah Jumaat kat situ, aku OK je walaupun aku juga penyokong PAS. Balik Solat lebih kurang pukul 3.30pm aku bawa mertua dan Munirah ke Cheras rumah abang Mat. Isteri dan anak-anak aku masih kat sana kecuali Munirah. Aku ke sana guna GPS Garmin, masa ke sana tak ada masalah terus je sampai tanpa kena sebarang Tol. Aku sengaja set Avoid Tol. Sampai rumah abang Mat pukul 4.15pm cuma tinggal isteri dan anak-anak aku saja, abang Mat kerja dan Kak ida isteri abang Mat pergi ke Metrikulasi Negeri Sembilan ambil anak dia si Afiq. Pukul 5.00pm baru mereka balik kecuali abang Mat, aku memang tak berjumpa abang Mat hari tu. Lepas minum petang kira-kira pukul 6.00pm kami dah rancang ke rumah Pak cik Main kat Puchong, kalau tak ke rumah dia bising pulak nanti. Aku set GPS aku, aku masih guna Garmin sebab GPS aku ada 4 software yakni Garmin, Papago, Mapking & I go. Selalunya kat highway aku guna Papago sebab grafiknya cantik dan berbahasa melayu. Dia arahkan kami ikut jalan biasa tanpa Tol. Lambat pulak rasanya jadi aku tukar ke Papago patah balik ikut highway. Tapi masa time puncak susah jugak guna GPS ni sebab bumper ke bumper silap sikit dah ke Jalan lain dan jauh pulak nak U turn kadang-kadang masuk tol. Aku memang dah bengang, mana taknya asyik silap jalan je 2 jam atas jalan. Last-last kami call Pak cik Main, masa tu kami betul-betul kat Tesco Puchong. Dia hantar Haziq anak dia, Haziq datang naik Kancil. Haziq suruh kami ikut dia, tapi kami tersalah arah lagi sebab dia bawa laju. Last sekali aku terpaksa gunakan GPS Garmin jugak dan confirm dengan seorang Cina kat situ. Sambil tu isteri aku call Haziq yang tunggu kat tepi jalan berhampiran rumah dia dan sampai jugak kat rumah mereka pukul 8.00pm. Hari tu aku memang give up kat KL ni, isteriaku yang dah rancang bergambar satu famili dengan Jubahnya dah cancel. Kami balik dari rumah Pak cik Main pukul 10.00pm tapi jalan dari rumah dia ke rumah Azmi senang sebab terus tanpa belok-belok. Sampai rumah Azmi aku mandi dan solat terus tidur.
Sabtu 19-June-2010, hari bersejarah yang ditunggu-tunggu isteri aku. Hari ini plannya nak bergambar setelah semalam gagal untuk bergambar sekeluarga dengan memakai jubah. Selesai makan pagi pukul 10.30am Azmi membawa kami sekeluarga ke kedai gambar berhampiran dengan rumahnya di Bandar baru Salak Tinggi kira-kira 3km jaraknya. Kacau juga Mirza semasa bergambar mungkin lapar nak menyusu. Setelah selesai bergambar aku hantar Azmi dan anak-anak aku ke rumah Azmi. Aku bersama isteri & mertua aku sahaja keluar untuk ke Dewan di PWTC. Anak-anak aku dijaga oleh Suhaila & Sabariah isteri Azmi. Perjalanan ke PWTC tak susah macam ke Puchong, kali ini aku nekad menggunakan GPS Papago dan memang tak ada masalah langsung. Kereta nak dikatakan tak banyak tak juga tapi kali ni aku berhati-hati sikit dengan simpang-simpang di KL dan ikut GPS Papago sepenuhnya. Sampai di PWTC jam 1.00pm lalu aku lepaskan isteri & mertua aku di depan PWTC.
Aku bernasib baik kerana dapat parking di stesyen Putera LRT depan PWTC walaupun banyak sangat kereta pad masa tu. Di dalam dewan penuh sesak dengan graduan yang segak dan cantik berjubah. Pukul 1.30 semua graduan diarah masuk ke dewan dan aku bersama mertua masuk sekali setelah menunjukkan kad jemputan. Setiap graduan cuma dibenarkan masuk 2 ahli keluarga saja. Tiga setengah jam kami di dalam dewan & tak boleh keluar, berdiri nak ambil gambar pun tak dibenarkan. Semua diminta patuhi arahan dan agenda majlis. Naib Chanslor adalah Pengerusi AM Bank Tan Sri Azman. Lama juga ucapan yang diberi seterusnya penyampaian Ijazah.
Penyapaian Ijazah disampaikan menikut abjad dan isteri aku giliran yang ke 600. Selesai majlis pukul 5.00pm semua orang berpusu-pusu keluar jadi sesak dewan tu. Sempat aku jumpa Kak Gee dan Kak Shimah sekeluarga. Kak Gee & Kak Shimah sama-sama mengajar di SK Sg Dua dan juga rakan sekelas isteri aku di OUM. Kami balik ke rumah Azmi ikut arah jalan yang sama dan sampai rumah pukul 6.45pm sempat Solat jamak Zohor & Asar. Mirza tak meragam dan sedang tidur dalam buai. Malam tu aku tidur nenyak sebab terlalu letih dan esok plan nak hantar jubah ke PWTC awal pagi kerana takut ramai orang.
Ahad 20-June-2010, Semua dah siap awal pagi tapi pukul 9.20am baru bertolak keluar dari rumah Azmi. Munirah dan Suhaila aku tinggalkan sebab kereta tak muat mereka balik dengan bas express dari KLIA bertolak pukul 2.30pm. Sampai di PWTC jam 10.00am isteri aku turun sorang hantar jubah dia aku pulak pusing ikut OUM tunggu kat situ. Bila dah selesai aku pergi ambik isteri aku dan kami ke Chow Kit saja jalan-jalan kat pasar Chow Kit. Dah lama aku tak ke pasar yang baunya agak menyengit, sempit, lecah dan sesak tapi kat situ serba serbi ada. Isteri aku cuma beli buah kat situ. Kami bertolak dari situ pukul 12.30pm terus ke Chemor tanpa henti. Sampai di Tambun singgah beli nasi & lauk dan sampai rumah mertua pukul 3.00pm. Rehat sekejap lepas tu makan nasi lepas tu solat terus tidur, tak sampai setengah jam dengar suara kuat Pak cik Peni terus terjaga. Nak tidur balik susah la. Pukul 5.20pm keluar ke Bercam ambik Munirah & Suhaila, sampai je rumah dah siap-siap nak balik. Semua orang dah mandi tapi aku cadang nak mandi kat rumah je. Pukul 6.45pm aku sekeluarga bertolak dari rumah mertua aku ikut Jelapang. Lepas je pekan Chemor Azahar adik Ipar aku call katanya kat Sungai Perak sesak jangan ikut Jelapang, aku patah balik ikut jalan kampung. Nasib baik jalan lama tak banyak kereta, laju jugak aku pandu average 100km/h. Keluar K. Kangsar laju je aku bawak average 120km/h, kali ni aku teruskan perjalanan dan memang cadang nak solat jamak Maghrib/Isyak kat Sbg Jaya. Lepas tu cari makan malam untuk anak-anak aku pulak, aku cuma beli burger dan Char Kueh Teow. Sampai rumah dah letih sangat, aku mandi tengok bola jap dan terus tidur. OK lah, panjang pulak cerita aku kali ni.... Cover 3 hari.... Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan