Ahad, 21 Februari 2010

Mak Long datang melawat

Salam... Cerita minggu ni tak la berapa banyak sangat, hujung minggu lalu Tahun baru Cina. Jadi Factory bagi cuti sampai hari Rabu, tapi hari Rabu tu kena tolak annual leave. Sapa-sapa yang tak mau tolak Annual Leave tu kenalah datang kerja. Aku cuti sebab ada appointment dengan Hospital untuk check darah Mirza. Hari Khamis baru aku masuk balik, tapi hari Jumaat ada appointment dengan Doktor pulak untuk keputusan check darah. Sedap juga aku bila Doktor bagitahu yang Hati, Lung Mirza tak ada apa-apa cuma Kuning dia saja berpanjangan, mungkin kencing dia kotor disebabkan jangkitan kuman atau lain-lain. Dia suruh buat appointment lain (8 Mar & 12 Mar) untuk pemeriksaan selanjutnya. Huh.. mungkin kena cuti lagi terutamanya 12 Mar sebab nak jumpa Doktor, 8 Mar mungkin aku minta tolong sapa-sapa sebab cuma nak ambik air kencing saja. Lagi pun banyak sangat cuti yang aku ambik rasa tak selesa pulak.
Mak Long dia orang datang hari Khamis tu untuk melawat Mirza. Dia kirim anak dia Helmi & Shirah hari Rabu masa Jumat adik ipar aku nak balik Unimap hari tu. Lega jugak hati aku ni sebab ada orang boleh tolong tengok-tengokkan isteri aku tu dan juga Mashitah nak pergi Sekolah tengahari sebab hari Khamis tu aku kerja. Tengahari Khamis tu jugak Mak aku, Kak Nina, Lily & Dinah anak saudara aku datang lawat Mirza. Dinah & Lily dah nak balik UITM hari Jumaat esok tu. Dia orang mai sekejap saja sebab lepas tu  Dinah & Lili nak shopping kat Penang. Mak Long sampai pukul 5 petang, katanya dia pergi beli barang kat Tesco dulu. Aku pun hari tu balik kerja singgah kat Tesco beli barang jugak. Tapi lauk malam tu dah isteri aku tempah kat Gerai makan Kak Yah. Esok paginya Mak Long bangun awal dan buat nasi goreng, aku pulak keluar beli roti canai & Munirah pun dah pergi Sekolah. Pukul 9.00am dia orang nak pergi Padang Besar, Azrin adik ipar aku pun ikut jugak sebab dia tengah cuti lagi. Pukul 9.30am aku bawa isteri aku bersama anak aku pergi Hospital untuk check darah Mirza. Mashitah pun ikut sekali sebab tak ada sapa kat rumah. Petang selepas Solat Jumaat aku kena hantar Mashitah ke Sekolah lepas tu terus aku ke kedai gunting rambut. Habis je gunting rambut aku ke Carefour sebab malam nanti aku cadang nak masak nasi Pilaf lemon, jadi aku beli Lamb shoulder marinade 2 ketul, 4 ketul frozen Solmon & bahan-bahan untuk masak nadi pilaf. Mak Long dia orang memang nak tengok aku masak nasi pilaf tu. Biasanya aku masak cukup lemak dan berasa tapi kali ni kurang lemak & kurang masin sebab aku kurangkan mentega, garam & tak masukan kuib ayam. Marinade Lamb dan Solmon aku wrap dalam aluminum foil & grillkan dia, aku tengok selera jugak dia orang makan. Biasanya nasi pilaf ni aku masak tiap-tiap hari Raya & juga awal bulan bila dapat gaji, tapi cost dia tinggi sikit. Mak Long balik pagi hari Sabtu, hari tu pulak Munirah ada kelas Koko dan Mashitah pulah ada kelas Solat bestari. Pukul 7.50am Yati Zek datang ambil untuk hantar dia orang ke Sekolah bersama anak dia. Pagi tu aku buat roti sendwich saja untuk Munirah bawa bekal ke sekolah dan untuk sarapan. Mak Long & family pun dah nak balik hari tu. Nasi Pilaf semalam ada lagi, jadi pagi tu kami sarapan roti sendwich, nasi pilaf bersama lauk sardin saja. Dia orang bertolak balik pukul 10.00am. Tengahari tu giliran aku ambik Munirah, Masitah & anak Yati Zek, lepas makan nasi hantar pulak Masitah ke Smart Reader. Hari tu dia masuk jam 2.30pm sampai 4.30pm, biasanya 11.15am sampai 1.15pm tapi disebabkan ada aktiviti kat Sekolah jadi dia masuk petang saja. Senang jugak kelas Smart Reader tu flexible. Dalam beberapa minggu ni macam ni le kerja aku. fuh...!!! O.k. lah cerita untuk minggu ni.. Wasalam...

Isnin, 15 Februari 2010

Cukur Rambut

Salam... Hari Sabtu 13-Feb-2010 aku sendiri cukur rambut Mirza, mula-mula takut jugak aku nak buat. Tapi Yati clerk kat office aku tu kata suami dia Saza buat sendiri jugak, tambah pulak ni anak aku yang last. Jadi, hari tu aku nekad nak buat jugak, Mak aku pun dah sound kat aku masa dia datang rumah aku hari tu, buat apa taruh lama-lama nanti naik kudis susah nak cukur katanya. Susah jugak nak cukur rambut Mirza sebab rambut dia halus sangat, kalau aku cukur janggut dan misai aku, aku akan bagi basah dulu baru senang nak cukur. Tapi mengikut Yati dan pengalaman yang aku pernah tengok Misi cukur rambut Mashitah dulu dia cukur dalam keadaan kering. Tapi susah jugak, aku ambik masa satu jam lebih untuk nak botakkan kepala dia dan rambut dia habis terbang dan hilang. Jadi tak dapatlah aku timbang rambut dia, benda tu Sunah Nabi dan kalau aku timbang pun aku agak skill penimbang dia tak akan bergerak langsung. Akhirnya botak juga kepala anak aku tu.
Cerita pasal mertua aku pulak, mereka dah pun balik kampung dan sekarang tinggallah kami anak beranak. Akulah yang kena uruskan semuanya terutamanya bakar tungku, benda tu nak kena alas dengan daun-daun kayu dulu seperti daun kunyit atau daun bunga kantan juga daun mengkudu atau daun pandan. Lepas tu dibungkus dan diikat rapi dengan kain semasa tengah panas-panas. Lepas tu benda panas seberat 2 kg tu di tuam pada kaki, tangan dan belakang isteri aku tu tapi oleh kerana isteri aku tu di operate jadi tak bolehlah dituam pada perut. Pada hujung minggu sebelum tu, mertua aku dan Suhaila(adik ipar bongsu) dibawa Azrin(adik ipar kerja kat Ptg Pauh) ke rumah sewa baru dia. Malam tu habis kerja Azrin bawa mereka ke rumah Ma(adik ipar kat Penang) dan tidur sana. Duduk rumah aku pun boring jugak, jadi dia orang keluarlah jalan-jalan. Hari Khamis 11-Feb Jumat(adik ipar belajar kat Unimap) datang rumah dengan kereta Charade dia dan mertua aku cadang nak balik kampung dengan Jumat saja pada hari Jumaat tu. Isteri aku suruh dia orang balik hari Sabtu saja lepas Azrin habis kerja sebab kereta Jumat tu tak ada Air-cond tapi mertua aku dah tak sabar nak balik jadi dia orang cadang ambil kereta Kancil Azrin saja. Hari Jumaat tu lebih kurang pukul 11 pagi dia orang bertolak balik dengan kereta Kancil setelah Azrin setuju pinjamkan kereta dia. Lebih kurang 20 hari jugak dia orang duduk rumah aku ni, segala kerja dan bantuan dia orang amat kami hargai.
Cerita pasal tetamu yang datang rumah aku untuk melawat isteri aku dan Mirza memang ramai, banyak jugak hadiah yang Mirza dapat kalau dibandingkan dengan kakak-kakak dia. Mak Tok dia dah dua kali datang tengok cucu dia. Aku dah sediakan Teko dan cawan untuk air panas dan juga Jag bersama gelas putih untuk air sirap senang bila tetamu datang. Biskut kering pun aku dah prepare awal-awal, itulah benda yang senang dibuat bila ada tetamu. Terbaru semalam Afifi(anak saudara) dan isterinya Rosnah datang melawat, waktu tu ada orang kesihatan sedang sembur asap nyamuk. Ikut kata Mejar anak orang hujung tu Cik Yusup suspect denggi. Berminyak jugak lantai aku, memang aku sendiri yang suruh orang kesihatan tu sembur dalam rumah aku sebab nak halau nyamuk dalam rumah aku. Cuma bilik utama saja aku tutup rapat supaya asap tak masuk dakam bilik sebab Mirza dan isteri aku ada kat dalam. Afifi datang jam 6.45pm sampai selesai solat Maghrib kat rumah aku jam 8.15pm.
Oh.. satu lagi cerita anak sulung aku Munirah jatuh basikal, habis tangan dia luka. Kejadian tu berlaku pada hari Selasa 8-Feb, bercalar jugak tangan dia. Mula-mula aku sapu ubat gamat saja tapi esok tu aku tengok makin melarat jadi aku beli iodin untuk cuci luka dia. Dua hari dia tak ke Sekolah sebab jalan terhencot-hencot, hari Jumaat tu aku paksa dia pi Sekolah jugak sebab lepas Raya cina ada ujian. O.k.lah sampai sini cerita aku dan keluargaku untuk kali ini. Wassalam....

Isnin, 1 Februari 2010

Kerja Sekolah Mashitah.

Salam.... Cerita pasal anak aku yang ke dua Mashitah pergi ke Sekolah. Umur dia baru enam tahun, tapi disebabkan emak dia nak beranak dan kena mengajar sesi petang kami tak banyak pilihan. Isteri aku minta kebenaran pada Cikgu Zakaria Penyelia petang untuk tumpangkan Mashitah masuk darjah satu, dia o.k.je. Tapi sejak akhir-akhir ni susah jugak aku rasa sebab kerja sekolah yang Cikgu dia bagi tak berapa sesuai dengan umur dia enam tahun. Banyak benda yang dia belum belajar lagi yang sepatutnya dia belajar untuk Tadika enam tahun. Aku rasa banyak kerja-kerja sekolah dia kawan dia yang tolong buatkan. Dia punya sifat yang periang, peramah dan disukai oleh semua orang dengan rupanya yang comel dan manja. Sampaikan begnya pun kawannya yang tolong bawakan sebab berat dan kelasnya di tingkat dua. Tulisannya tak berapa kemas lagi, banyak huruf yang masih terbalik contohnya huruf "a", "J", "d". Disebabkan dia sekolah petang, dia selalu bangun lewat dan kerja sekolah dia kena siapkan pada waktu malam tu juga takut tak sempat.
Sekarang ni aku sering ambil cuti sebab nak uruskan isteri dan Mirza baby baru ke Klinik ataupun ke Hospital. Jadi sempat juga aku tengok Mashitah pergi Sekolah dengan Van Pak Mail. Biasanya Pak Mail masuk ke Taman aku pukul 11.45am, dia ambik Mashitah sorang je dalam Taman ni sebulan aku bayar RM20.00. Waktu pergi sekolah kasutnya putih tapi balik je dari sekolah hitam jadinya, tak taulah kenapa. Moga-moga tahun depan bila dia masuk darjah satu betul-betul dia akan berubah dan pandai berdikari. Masa aku cuti ni juga aku sempat tengok Munirah anak aku yang sulung pergi sekolah dengan Cikgu Timah. Pukul 7.00am Cikgu Timah akan ambil dia dekat hujung simpang rumah aku. Waktu balik pula masa aku cuti  aku tunggu dia kat sekolah, tapi waktu dia balik tak menentu. Kadang-kadang pukul 1.00pm atau 1.30pm atau 2.00pm kalau dia ada Tasmik. Hari biasa, kalau balik dengan Cikgu Timah, dia kena tunggu sampai 2.30pm atau 3.00pm kadang-kadang 3.30pm. Kesian jugak kat dia tapi nak buat macam mana dah tumpang orang. Masa emak dia mengajar pun dia akan duduk di sekolah, Sekolah tu macam rumah dia dah.
Cerita pasal Mirza baby baru aku tu, dah masuk sebelas hari kuningnya masih ada pada level 220 pagi tadi. Doktor kata level 150 baru tak payah check, tapi tadi aku tengok tahinya dah mula kuning kalau tidak tahinya bercampur hitam. Biasaya kuning tu akan keluar melalui tahi, dari hitam akan bertukar kuning. Doakanlah pada Allah yang Maha berkuasa supaya dia cepat sembuh dan hilang kuningnya tu.  Wassalam.