Salam... Hari Sabtu 13-Feb-2010 aku sendiri cukur rambut Mirza, mula-mula takut jugak aku nak buat. Tapi Yati clerk kat office aku tu kata suami dia Saza buat sendiri jugak, tambah pulak ni anak aku yang last. Jadi, hari tu aku nekad nak buat jugak, Mak aku pun dah sound kat aku masa dia datang rumah aku hari tu, buat apa taruh lama-lama nanti naik kudis susah nak cukur katanya. Susah jugak nak cukur rambut Mirza sebab rambut dia halus sangat, kalau aku cukur janggut dan misai aku, aku akan bagi basah dulu baru senang nak cukur. Tapi mengikut Yati dan pengalaman yang aku pernah tengok Misi cukur rambut Mashitah dulu dia cukur dalam keadaan kering. Tapi susah jugak, aku ambik masa satu jam lebih untuk nak botakkan kepala dia dan rambut dia habis terbang dan hilang. Jadi tak dapatlah aku timbang rambut dia, benda tu Sunah Nabi dan kalau aku timbang pun aku agak skill penimbang dia tak akan bergerak langsung. Akhirnya botak juga kepala anak aku tu.
Cerita pasal mertua aku pulak, mereka dah pun balik kampung dan sekarang tinggallah kami anak beranak. Akulah yang kena uruskan semuanya terutamanya bakar tungku, benda tu nak kena alas dengan daun-daun kayu dulu seperti daun kunyit atau daun bunga kantan juga daun mengkudu atau daun pandan. Lepas tu dibungkus dan diikat rapi dengan kain semasa tengah panas-panas. Lepas tu benda panas seberat 2 kg tu di tuam pada kaki, tangan dan belakang isteri aku tu tapi oleh kerana isteri aku tu di operate jadi tak bolehlah dituam pada perut. Pada hujung minggu sebelum tu, mertua aku dan Suhaila(adik ipar bongsu) dibawa Azrin(adik ipar kerja kat Ptg Pauh) ke rumah sewa baru dia. Malam tu habis kerja Azrin bawa mereka ke rumah Ma(adik ipar kat Penang) dan tidur sana. Duduk rumah aku pun boring jugak, jadi dia orang keluarlah jalan-jalan. Hari Khamis 11-Feb Jumat(adik ipar belajar kat Unimap) datang rumah dengan kereta Charade dia dan mertua aku cadang nak balik kampung dengan Jumat saja pada hari Jumaat tu. Isteri aku suruh dia orang balik hari Sabtu saja lepas Azrin habis kerja sebab kereta Jumat tu tak ada Air-cond tapi mertua aku dah tak sabar nak balik jadi dia orang cadang ambil kereta Kancil Azrin saja. Hari Jumaat tu lebih kurang pukul 11 pagi dia orang bertolak balik dengan kereta Kancil setelah Azrin setuju pinjamkan kereta dia. Lebih kurang 20 hari jugak dia orang duduk rumah aku ni, segala kerja dan bantuan dia orang amat kami hargai.
Cerita pasal tetamu yang datang rumah aku untuk melawat isteri aku dan Mirza memang ramai, banyak jugak hadiah yang Mirza dapat kalau dibandingkan dengan kakak-kakak dia. Mak Tok dia dah dua kali datang tengok cucu dia. Aku dah sediakan Teko dan cawan untuk air panas dan juga Jag bersama gelas putih untuk air sirap senang bila tetamu datang. Biskut kering pun aku dah prepare awal-awal, itulah benda yang senang dibuat bila ada tetamu. Terbaru semalam Afifi(anak saudara) dan isterinya Rosnah datang melawat, waktu tu ada orang kesihatan sedang sembur asap nyamuk. Ikut kata Mejar anak orang hujung tu Cik Yusup suspect denggi. Berminyak jugak lantai aku, memang aku sendiri yang suruh orang kesihatan tu sembur dalam rumah aku sebab nak halau nyamuk dalam rumah aku. Cuma bilik utama saja aku tutup rapat supaya asap tak masuk dakam bilik sebab Mirza dan isteri aku ada kat dalam. Afifi datang jam 6.45pm sampai selesai solat Maghrib kat rumah aku jam 8.15pm.
Oh.. satu lagi cerita anak sulung aku Munirah jatuh basikal, habis tangan dia luka. Kejadian tu berlaku pada hari Selasa 8-Feb, bercalar jugak tangan dia. Mula-mula aku sapu ubat gamat saja tapi esok tu aku tengok makin melarat jadi aku beli iodin untuk cuci luka dia. Dua hari dia tak ke Sekolah sebab jalan terhencot-hencot, hari Jumaat tu aku paksa dia pi Sekolah jugak sebab lepas Raya cina ada ujian. O.k.lah sampai sini cerita aku dan keluargaku untuk kali ini. Wassalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan