Sabtu, 5 Februari 2011

Happy Lunar New Year

Kalau sebut perkataan Happy Chinese New Year maka ramai yang tahu "Gong Xi Fa Chai" tapi kalau sebut Happy Lunar New Year ramai yang tak tahu. Untuk bangsa Cina mereka merayakan tahun baru mereka mengikut kalender bulan yang hampir sama macam bulan Islam tapi kiraannya lain sikit sebab ada campuran Lunar dan Solar ) tahun masihi). Orang Islam menggunakan sepenuhnya kiraan bulan (Lunar) jadi setiap tahun hari akan menjadi pendek sedikit dari tahun Masihi (Solar).

Tahun ni cuti Tahun Baru China aku bermula pada hari Rabu (2-Feb) tapi isteri dan anak-anak aku sekolah pada hari tu.  Pagi tu aku pergi tengok ayah, Mashitah ke kelas KAFA manakala Mirza aku hantar ke rumah pengasuh. Ayah masih tak bermaya lagi, abang Mat yang tunggu ayah. Dia ambil cuti sambung dengan cuti Wilayah dan Tahun Baru.

Malam tu selepas Solat Maghrib kami balik ke rumah mertua di Ayer Tawar. Lama kami tak ke Ayer Tawar, Ipar aku Munah dan Shakir pun balik juga. Azizi, Suhaila pun ada. Ma dan suaminya Yazid tak jadi balik selepas kena denggi, mungkin mereka nak rehat. Jalan lenggang mungkin orang cina tengah makan besar. Kami sampai pukul 11.15pm.

Keesokkan pagi kami berkelah di Teluk Batik, hari tu memang ramai orang kat Teluk Batik disebabkan cuti umum walaupun hujan renyai. Ramai famili sebelah isteri aku yang ikut, Munah, Yong, Azahar dan juga ipar aku Suhaila dan Azizi. Anak-anak aku Munirah dan Mashitah memang suka mandi laut, tambah pulak pantai kat Teluk Batik landai tak curam macam pantai Batu Ferringhi. Makan pulak mertua aku buat bihun goreng.



Hari Jumaat kami kena balik awal sebelum Solat Jumaat sebab Munirah ada 2 tuisyen pukul 4.00pm dan 8.00pm. Aku bertolak dari Ayer Tawar pukul 11.30am sampai kat Juru pukul 1.30pm dan sempat Solat kat Seberang Jaya. Kemudian aku singgah di Sunway Carnivall sebab isteri aku nak beli barang sikit. Munirah aku hantar terus ke tempat tuisyen selepas kami makan di Kiosk Kepala Batas.