Khamis, 8 September 2011

Permergian Bonda tercinta

Al-Fatihah untuk Bonda tercinta.
Permergian mu tidak ku duga, moga roh mu dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Memang tidak aku jangka yang demam emak tempoh hari adalah sakitnya yang terakhir dan membawanya pergi meninggalkan kami. Setiap tahun selepas hari Raya emak memang kepenatan dan kadang-kadang menyebabkan dia kurang sihat kerana keletihan, tapi tahun ini emak damam dan keadaannya nampak lebih teruk dari tahun-tahun yang lalu. 

"Mak tak pi klinik ka? tanya aku pada emak semasa melawatnya pada hari Sabtu.
"Pi dah, Dokter bagi ubat demam" jawab emak dengan suara terketar-ketar.
"Darah tinggi mak ok dak"? tanya aku lagi.
"Darah mak ok, cuma kencing manis mak naik 140" katanya lagi.
"Takkan 140, 14 saja kot" tambah aku lagi membetulkan level kencing manis yang dia jawab tadi.

Selama ni tekanan darah tinggi mak tak ada masalah dan kencing manis mak pun under control. Emak memang jaga dia punya level kencing manis, biasanya pada level 5 hingga 6 saja. Emak memang kuat berpantang. Seumur hidup aku belum pernah aku tengok dia demam seteruk ni, kalau batuk dia tak akan minum ais, dia tak makan ayam atau makanan yang menyebabkan gatal dan makanan yang menyebabkan angin. Dia sanggup tak makan makanan sebegitu untuk menjaga kesihatan dia.

"Mak kata dia muntah-muntah dan tak lalu makan" kata isteri aku pada ku.
"Kat sini rasa sakit macam angin dok tolak-tolak" jelas mak pada ku sambil menunjukkan pada perut.
"Abang Radzi suruh tidok atas katil, tapi aku tak mau jauh dari bilik air. Sat gi tak dan kalau nak termuntah jauh nak jalan pi bilik air" sambung mak lagi.

Sungguh aku tidak sangka itu diantara dialog terakhir diantara aku dan emak. Malam tu semasa jamuan hari Raya rumah Omar adik aku, emak memang tak datang. Kak Noni sekeluarga pun tak datang sebab nak jaga emak, cuma Aizat saja wakil dari keluarga kak Noni. Kat rumah Omar kami masih berbincang lagi tentang demam emak. Dah tiga hari emak demam tak kebah-kebah, tadi ramai anak-anak emak pergi tengok emak. Emak dah mula makan bila anak-anak dia suapkan tapi badan dia masih lemah dan dia masih mengadu perut dia sakit berangin.

Ahad 4-Sep-2011, pukul 12pm.
"Abang.. abang ni Omar telefon dia kata mak dah teruk ni" isteri aku kejutkan aku yang terlena atas sofa.
"Abang Abu mak ni tadi nafas dia berhenti..... ya Allah... mak menngucap mak..Laila Ha illallah.....makkkk...ya Allah...makkkk....Lailla Ha illallah...." adik aku meraung dalam telefon. Aku tergamam kaku. 
"Omar... suruh mak kata Allah...Omar, suruh mak kata Allah.." kata aku pada Omar, aku cuma dapat dengar adik aku menangis dan meraung. Aku terus letakkan telefon dan telefon rumah kak Noni untuk bertanyakan dimana Omar bawa emak pergi. Amirul kata yang Omar bawa emak ke Kilnik dan kemudian ke Hospital.
"Abang Abu, Omar bawa mak ke Bagan" call Omar balik pada aku.
"Bagan tu kat mana" tanya aku semula.
"Abang Abu kat mana?" Omar tanya aku.
"Tak kluar lagi, Bagan tu kat mana" balas aku kebingungan.
"Bagan Specialist" jawab Omar, kali ni keadaan Omar agak reda, mungkin mak dah ok kot. Berbagai kemungkinan bermain dalam kepala aku.
"Sat gi abang Abu pi Bagan Specialist" jawab aku pada Omar, aku masih tunggu anak isteri aku bersiap.

Dalam kereta perasaan aku gelisah, macam-macam bayangan dalam fikiran aku. Aku masih membayangkan kalau emak pergi meninggalkan aku, apa harus aku buat. Perasaan manja dan sayang pada emak masih ada dalam diri aku ini. Tangan aku masih mengeletar dan aku dapat rasakan yang darah aku tersirap. Kebas tangan dan kulit muka terasa tebal adalah petanda yang tekanan darah aku naik. Sampai di Mak Mandin tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi...

"Hello abang Abu.... abang Abu dah tau dah..." tanya Omar pada ku.
"Belum lagi... pasai apa?" balas aku.
"Mak dah tak dak dah" kata Omar pada ku.
"Hah!...ni abang Abu nak pi mana ni" aku terkejut, keliru tak tentu arah. Tangan aku rasa tak mampu memegang stereng kereta lagi.
"Mai Hospital Bagan Specialist" kata Omar pada ku lagi.
Isteri aku cuba menenangkan aku dan aku terus memandu ke Bagan Specialist.
Di Bagan Specialist aku ke Bahagian Emergancy dan lihat jasad emak terbujur di atas katil. Aku menghampiri emak dan membaca Fatihah. Jasad emak aku kucupi dan terasa teramat hiba.

Jenazah emak dibawa pulang dengan kereta jenazah pada pukul 2.50pm. Aku balik ke rumah emak, dah ramai anak buah aku, kakak aku dan jiran sebelah tolong mengemaskan rumah. Pengalaman menguruskan ayah enam bulan lepas dan abang Najib tiga bulan lepas kami gunakan untuk menguruskan emak. Aku membuat keputusan untuk kebumikan emak petang tu juga setelah didesak oleh Pakcik aku bang Mat jiran sebelah. Bang Mat sepupu emak adalah jiran emak dan juga seorang pengurus jenazah. Aku tak mau emak terseksa kalau di simpan sampai esok. Aku juga telefon abang Mat yang dalam perjalanan balik dari Cheras  untuk kebumikan emak dengan segera dan abang Mat setuju. Abang Mat tak ada masalah sebab dia faham, dia adalah pengikut Tabligh. 

Jenazah emak diuruskan dengan lancar. Emak dimandikan oleh dua orang wanita yang tahu selok belok mandi jenazah disamping anak-anak dan cucu-cucu juga turut sama mandikan emak. Emak kemudiannya di kafankan, kami buat kali terakhirnya melihat wajah emak tercinta. Emak kemudiannya dibawa naik kereta jenazah untuk dibawake masjid Alor Merah untuk disembahyangkan. Ramai juga rakan-rakan aku yang datang menziarahi emak aku. Kira-kira pukul 6.00pm emak disembahyangkan dengan diimami oleh Haji Razak imam masjid Permatang Tok Jaya. Habis disembahyang emak dibawa sekali lagi naik kereta jenazah ke tanah perkuburan masjid Permatang Tok Jaya. Sebelum itu kami dah tentukan tempat untuk emak disemadikan yakni bersebelahan kubur bapak(gelaran untuk atuk aku). Tapi disebabkan sempit penggali kubur telah mengorek di atas kubur bapak. Kubur ayah disebelah kubur bapak. Teringat aku semasa kami bersihkan kubur ayah dibulan puasa hari tu, emak tanya pada kami ada tempat lagikah di sekitar kubur ayah tu. Kami cuma berdiam tanpa mensyaki bahwa pertanyaan tu membawanya ketempat itu.
Jenazah emak kemudiannya terus dibawa masuk ke liang kubur dan ditanam di situ pada pukul 6.30pm. Talqin dibaca oleh imam masjid Alor Merah. Abang Mat sekeluarga, Dinah, Hafidzi tiba setelah selesai Talqin dan Doa. Selesailah pengurusan jenazah emak yang kami uruskan dengan lancar. Malam tu Solat Isyak kami ramai-ramai ke Masjid untuk bacakan Tahlil untuk emak selepas Solat. Kami pulang ke rumah emak dan kami harap kami adik-beradik masih dapat bersama mrngimarah rumah emak ni.
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa ku yang telah pergi menghadap Mu. Rahmatilah mereka dan tempatkanlah mereka di sisi orang-orang yang beramal soleh. 

Ahad, 4 September 2011

Idul Fitri 2011

Tahun ni cuti Raya seminggu dari 27 Ogos hinggalah ke 4 Sep. Kebetulan Raya tahun ni disambut sehari sebelum Ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia 31 Ogos. Jadi cuti Raya bersambung dengan cuti Merdeka. Tahun ni pun dah decide nak Raya kat rumah aku dulu dan biasanya petang hari Raya kami akan balik ke Perak.

Menjelang sehari sebelum Raya aku dah pesan kat isteri aku untuk tolong mak masak, lagi pun mak Raya tahun ni tanpa ayah. Malam tu bolehlah aku buka puasa rumah mak, bimbang tak ada siapa yang nak tolong mak masak. Tapi petang tu kak Yah dah ada kat rumah mak untuk tolong mak masak. Aizat pulak tolong mak kemaskan rumah. Masa aku anak beranak sampai kat rumah mak, mereka dah masak separuh jalan dah, isteri aku cuma tolong buatkan kuah kacang dan rebus nasi impit saja. Aku pula tolong sapu daun-daun kering kat laman rumah, susah juga sebab hujan masih gerimis dan rumput pula basah. Kak Nina dan Lily datang dan singgah kejap kat rumah mak, lepas tu Kak Yah balik ke rumah dia kat  S. P.  setelah selesai masak manakala abang Adin sekeluarga kecuali kak Tipah pulak sampai lewat sikit. Omar pulak sampai semasa kami sedang berbuka. Malam Raya buat aku teringat kat ayah, sebab biasanya malam Raya ayah akan ke Masjid solat Isyak kemudian Takbir Raya dan ayah akan bayar Zakat Fitrah pada malam tu. Masa aku bujang dulu aku sering ikut ayah ke Masjid dan pada tahun pertama aku kerja ayah ajar aku macam mana nak bayar Fitrah. Sekarang aku bayar Fitrah kat Kilang saja, tempat cari rezeki lebih afdal kata orang. Malam tu lepas Isyak baru aku balik rumah aku.

Pagi Hari Raya, aku bangun pukul 6.00am. Aku memang suka bangun awal lebih-lebih lagi hari besar sebegini, solat subuh, takbir Raya dan mandi sunat. Tahun ni tema warna kami sekeluarga adalah warna kuning air, tapi aku sorang saja lelaki. Anak isteri aku semua pakai baju kurung dan kain tudung seragam, takkan pula aku nak pakai baju melayu bumga-bunga. Cukuplah warnanya hampir sama walaupun nampak berbeza. Seperti tahun-tahun lalu, Solat Raya tahun ni aku balik solat kat kampung aku di masjid Alor Merah. Kalau solat kat masjid kariah aku Pongsu seribu, aku rasa kekok sebab tak berapa kenal dengan orang-orang kat situ. Masjid tu jauh dari Taman tempat aku tinggal. Lagi pun orang Taman aku ramai yang balik kampung, cuma tinggal  beberapa orang saja yang tak balik.

Habis solat aku terus ke rumah mak sebab semalam mak pesan suruh ziarah kubur ayah. Omar juga solat kat situ dan dia juga datang sorang-sorang rumah mak. Pagi tu cuma kak Nina, Lily, Dinah, Omar dan aku ada rumah mak. Lepas makan ketupat rendang aku, Omar, Lily dan Dinah pergi ziarah kubur, abang Man sekeluarga sampai ketika kami sedang baca Yaasin. Aku kemudiannya balik ke rumah untuk ambil anak isteri aku. Biasanya sebelum ke rumah mak aku anak beranak bermaafan dulu.

Tahun ni kak Yah dah tempah nasi Biryani untuk kami makan tengahari. Semua anak cucu mak balik kecuali kak Zan yang beraya kat Bahrain bersama suaminya abang Rakhim. Orang baru dalam keluarga mak adalah Ayuni isteri Hafidzi, cucu mak.

Lebih kurang pukul 5.00pm aku pun berangkat pulang ke Ayer Tawar, rumah keluarga sebelah isteri aku. Perjalanan ke sana agak lancar mungkin orang tak keluar dan masih berada di rumah. Kami ke rumah Yong dulu dan sampai kira-kira pukul 7.40pm. Yong dah sediakan spaghetti, Tiramisu dan macam-macam lagi hidangan. Malam tu semua keluarga sebelah isteri aku datang ke rumah Yong kecuali keluarga keluarga Azmi dan keluarga Ma. Azmi tak balik sebab kena bertugas pada hari Raya tu manakala Ma pula beraya di Kepala Batas keluarga sebelah suaminya Yazid.

Rumah mertua aku di Ayer Tawar agak sempit berbanding rumah di Chemor. Keluarga pula besar, sepuluh orang. Malam tu kami tidur longgok kat ruang tamu. Kaum ibu dan perempuan pula tidur dalam bilik.

Raya kedua, pagi tu tak ada apa-apa plan pun. Biasanya kalau tahun-tahun yang lalu mertua aku akan masak dan jemput semua keluarga sebelah mertua aku makan tengahari. Tapi tahun ni mertua aku tak buat pulak, entah kenapa aku kurang pasti. Mungkin sebab mertua aku ada dua rumah, satu di Ayer Tawar dan satu lagi di Chemor. Barangkali mertua aku nak join sekali dengan Pakcik Peni, adik dan merangkap jiran mertua aku di Chemor. Petang tu pula isteri aku dah plan nak ke Setiawan sebab ada perjumpaan rakan Facebook di rumah kawan dia Wan. Mereka adalah rakan-rakan Tingkatan 6 isteri aku semasa belajar di Sekolah dulu.

Malamnya pula Pakcik Mail buat BBQ di rumahnya di Sitiawan juga berhampiran dengan rumah Wan. Tapi isteri aku dan anak aku Munirah tak pergi sebab Mirza anak kecil aku meragam. Lagi pulak Munirah tak berapa ada mood kerana UPSR dah terlampau dekat. Aku cuma bawa anak kedua aku Mashitah saja dan kami tumpang kereta Yazid. Lagi pun Yazid tak tau jalan nak ke rumah Pakcik Mail di Sitiawan tu, jadi akulah yang akan tunjukkan jalan pada mereka. Rumah tu memang selalu aku pergi semasa arwah mertua Pakcik mail masih hidup lagi. Azahar adik ipar aku belikan kambing sekor untuk dipanggangkan malam nanti. Ramai juga adik-beradik mertua aku yang hadir. Selain kambing ada juga makanan lain seperti udang, ayam, cendawan, sosej dan ubi kentang yang di BBQ. Nasi goreng, bihun, ketupat dan rendang juga ada disediakan. Agak lewat juga kami balik rumah malam tu. Malam tu kami tidur longgok lagi dan di tambah dengan keluarga Ma dan Yazid.

Raya ketiga, pagi tu sarapan nasi lemak dan roti canai. Plan hari ni nak ke Teluk Intan beraya di rumah Wah dan suami dia Acik Lin. Isteri aku pun ada plan nak ke rumah kawan lama dia di Teluk Intan. Pukul 1.30pm baru kami bertolak ke sana. Aku ikut jalan melalui Kampung Gajah, manakala yang lain ikut jalan melalui Kayan atau Lekir. Aku kuatir jammed di Jambatan Teluk Intan sebab biasanya musim perayaan ni memang jammed di sana. Kami singgah di kedai Mr Cendol dulu sebab aku teringin sangat nak rasa cendol kat situ dan nak bandingkan dengan cendol Maklom tempat aku. Lepas aku makan cendol kat Mr Cendol bagi aku cendol Maklom lebih sedap walaupun aku tambah ais-kerim dalam cendol Mr Cendol. Harganya juga lebih mahal dari cendol Maklom. Dalam perjalanan ke Teluk Intan tiba-tiba isteri aku ternampak yang road-tax kereta Citra belum ditukar lagi walaupun dah ready kat rumah. Kami hanya Tawakal pada Allah saja sebab kalau nak tukar pun benda tu ada kat rumah aku di Kepala Batas. Kami teruskan juga harap-harap tak ada apa-apa kejadian buruk berlaku. Akhirnya sampai juga rumah Acik Lin dan kami adalah orang terakhir yang sampai. Kami terus makan dang duduk situ sampai waktu Asar. Sebelum balik ke rumah mertua aku, aku sekeluarga, Yazid sekeluarga bersama mertua sempat bergambar di Menara condong Teluk Intan.

Malam tu Pakcik Peni ubah plan, sepatutnya dia nak jemput makan pada raya keempat tapi disebabkan ramai yang dah nak balik ke rumah masing-masin dia jemput ke rumah dia pada malam tu juga. Sebagai jiran Pakcik Peni mertua aku juga mula gelisah untuk menyediakan makanan malam tu. Mertua aku cuma plan nak sediakan rojak buah saja.  Disebabkan terlalu letih isteri aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke Chemor lebih-lebih lagi kereta tu tak ada road-tax. Keluarga Ma, Jumat, Azreen dan Azahar bersama mertua aku saja yang pergi manakala aku sekeluarga bersama Azizi tinggal di rumah saja. Azizi tak pergi sebab dia ada janji dengan kawan dia malam tu.

Raya keempat, isteri aku pada mulanya nak kembali ke rumah kami pada hari Sabtu dah ubah plan dan kembali pada hari Jumaat pagi disebabkan dah tak ada sesiapa di runah mertua aku di Ayer Tawar. Kami bertolak pukul 9.30am dan sampai di rumah pukul 12.30pm, aku sempat Solat Jumaat di Masjid Pajak Song. Petang tu kami cuma rehat saja dan malam pula kami ke Tesco untuk belikan barang dapur.

Raya kelima, disebabkan letih sangat semuanya bangun lewat kecuali aku. Tengahari tu kami ke rumah Zurina adik kak Tipah di Sungai Dua Penang untuk ziarah bapa dan emak kak Tipah. Bapa kak Tipah kena stroke dan emak kak Tipah pula tak larat nak berjalan. Balik dari rumah Zurina aku sekeluarga singgah pula rumah kak Noni sebab Omar adik aku call suruh tengok emak aku di sana. Emak demam dah tiga hari tak kebah, muntah pula. Sampai rumah kak Noni aku tengok emak tengah tidur bilik depan ,badan dia lemah. Katanya dia tak lalu makan, angin dalam badan menyucuk. Ramai anak cucu dia pergi tengok dia, kak Yah dan Zaki sekeluarga, kak Nina dan Lily.

Malam tu pula Omar adik aku buat jamuan hari Raya sekeluarga, dia masak spaghetti, creame soup dan Salad.