Menjelang sehari sebelum Raya aku dah pesan kat isteri aku untuk tolong mak masak, lagi pun mak Raya tahun ni tanpa ayah. Malam tu bolehlah aku buka puasa rumah mak, bimbang tak ada siapa yang nak tolong mak masak. Tapi petang tu kak Yah dah ada kat rumah mak untuk tolong mak masak. Aizat pulak tolong mak kemaskan rumah. Masa aku anak beranak sampai kat rumah mak, mereka dah masak separuh jalan dah, isteri aku cuma tolong buatkan kuah kacang dan rebus nasi impit saja. Aku pula tolong sapu daun-daun kering kat laman rumah, susah juga sebab hujan masih gerimis dan rumput pula basah. Kak Nina dan Lily datang dan singgah kejap kat rumah mak, lepas tu Kak Yah balik ke rumah dia kat S. P. setelah selesai masak manakala abang Adin sekeluarga kecuali kak Tipah pulak sampai lewat sikit. Omar pulak sampai semasa kami sedang berbuka. Malam Raya buat aku teringat kat ayah, sebab biasanya malam Raya ayah akan ke Masjid solat Isyak kemudian Takbir Raya dan ayah akan bayar Zakat Fitrah pada malam tu. Masa aku bujang dulu aku sering ikut ayah ke Masjid dan pada tahun pertama aku kerja ayah ajar aku macam mana nak bayar Fitrah. Sekarang aku bayar Fitrah kat Kilang saja, tempat cari rezeki lebih afdal kata orang. Malam tu lepas Isyak baru aku balik rumah aku.
Pagi Hari Raya, aku bangun pukul 6.00am. Aku memang suka bangun awal lebih-lebih lagi hari besar sebegini, solat subuh, takbir Raya dan mandi sunat. Tahun ni tema warna kami sekeluarga adalah warna kuning air, tapi aku sorang saja lelaki. Anak isteri aku semua pakai baju kurung dan kain tudung seragam, takkan pula aku nak pakai baju melayu bumga-bunga. Cukuplah warnanya hampir sama walaupun nampak berbeza. Seperti tahun-tahun lalu, Solat Raya tahun ni aku balik solat kat kampung aku di masjid Alor Merah. Kalau solat kat masjid kariah aku Pongsu seribu, aku rasa kekok sebab tak berapa kenal dengan orang-orang kat situ. Masjid tu jauh dari Taman tempat aku tinggal. Lagi pun orang Taman aku ramai yang balik kampung, cuma tinggal beberapa orang saja yang tak balik.
Habis solat aku terus ke rumah mak sebab semalam mak pesan suruh ziarah kubur ayah. Omar juga solat kat situ dan dia juga datang sorang-sorang rumah mak. Pagi tu cuma kak Nina, Lily, Dinah, Omar dan aku ada rumah mak. Lepas makan ketupat rendang aku, Omar, Lily dan Dinah pergi ziarah kubur, abang Man sekeluarga sampai ketika kami sedang baca Yaasin. Aku kemudiannya balik ke rumah untuk ambil anak isteri aku. Biasanya sebelum ke rumah mak aku anak beranak bermaafan dulu.
Tahun ni kak Yah dah tempah nasi Biryani untuk kami makan tengahari. Semua anak cucu mak balik kecuali kak Zan yang beraya kat Bahrain bersama suaminya abang Rakhim. Orang baru dalam keluarga mak adalah Ayuni isteri Hafidzi, cucu mak.
Lebih kurang pukul 5.00pm aku pun berangkat pulang ke Ayer Tawar, rumah keluarga sebelah isteri aku. Perjalanan ke sana agak lancar mungkin orang tak keluar dan masih berada di rumah. Kami ke rumah Yong dulu dan sampai kira-kira pukul 7.40pm. Yong dah sediakan spaghetti, Tiramisu dan macam-macam lagi hidangan. Malam tu semua keluarga sebelah isteri aku datang ke rumah Yong kecuali keluarga keluarga Azmi dan keluarga Ma. Azmi tak balik sebab kena bertugas pada hari Raya tu manakala Ma pula beraya di Kepala Batas keluarga sebelah suaminya Yazid.
Rumah mertua aku di Ayer Tawar agak sempit berbanding rumah di Chemor. Keluarga pula besar, sepuluh orang. Malam tu kami tidur longgok kat ruang tamu. Kaum ibu dan perempuan pula tidur dalam bilik.
Raya kedua, pagi tu tak ada apa-apa plan pun. Biasanya kalau tahun-tahun yang lalu mertua aku akan masak dan jemput semua keluarga sebelah mertua aku makan tengahari. Tapi tahun ni mertua aku tak buat pulak, entah kenapa aku kurang pasti. Mungkin sebab mertua aku ada dua rumah, satu di Ayer Tawar dan satu lagi di Chemor. Barangkali mertua aku nak join sekali dengan Pakcik Peni, adik dan merangkap jiran mertua aku di Chemor. Petang tu pula isteri aku dah plan nak ke Setiawan sebab ada perjumpaan rakan Facebook di rumah kawan dia Wan. Mereka adalah rakan-rakan Tingkatan 6 isteri aku semasa belajar di Sekolah dulu.
Malam tu Pakcik Peni ubah plan, sepatutnya dia nak jemput makan pada raya keempat tapi disebabkan ramai yang dah nak balik ke rumah masing-masin dia jemput ke rumah dia pada malam tu juga. Sebagai jiran Pakcik Peni mertua aku juga mula gelisah untuk menyediakan makanan malam tu. Mertua aku cuma plan nak sediakan rojak buah saja. Disebabkan terlalu letih isteri aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke Chemor lebih-lebih lagi kereta tu tak ada road-tax. Keluarga Ma, Jumat, Azreen dan Azahar bersama mertua aku saja yang pergi manakala aku sekeluarga bersama Azizi tinggal di rumah saja. Azizi tak pergi sebab dia ada janji dengan kawan dia malam tu.
Raya keempat, isteri aku pada mulanya nak kembali ke rumah kami pada hari Sabtu dah ubah plan dan kembali pada hari Jumaat pagi disebabkan dah tak ada sesiapa di runah mertua aku di Ayer Tawar. Kami bertolak pukul 9.30am dan sampai di rumah pukul 12.30pm, aku sempat Solat Jumaat di Masjid Pajak Song. Petang tu kami cuma rehat saja dan malam pula kami ke Tesco untuk belikan barang dapur.
Raya kelima, disebabkan letih sangat semuanya bangun lewat kecuali aku. Tengahari tu kami ke rumah Zurina adik kak Tipah di Sungai Dua Penang untuk ziarah bapa dan emak kak Tipah. Bapa kak Tipah kena stroke dan emak kak Tipah pula tak larat nak berjalan. Balik dari rumah Zurina aku sekeluarga singgah pula rumah kak Noni sebab Omar adik aku call suruh tengok emak aku di sana. Emak demam dah tiga hari tak kebah, muntah pula. Sampai rumah kak Noni aku tengok emak tengah tidur bilik depan ,badan dia lemah. Katanya dia tak lalu makan, angin dalam badan menyucuk. Ramai anak cucu dia pergi tengok dia, kak Yah dan Zaki sekeluarga, kak Nina dan Lily.
Malam tu pula Omar adik aku buat jamuan hari Raya sekeluarga, dia masak spaghetti, creame soup dan Salad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan