Khamis, 25 Ogos 2011

10 Ramadan terakhir

Sepuluh Ramadan terakhir tahun ni banyak peristiwa terjadi pada aku.

  • 20-Ogos - Hari tu hari sabtu dan aku kena kerja hari tu. Dah lama aku tak kerja sepenuh hari pada hari sabtu. Kalau aku pergi kerja pun selalunya aku masuk pukul 9.00am dan balik pukul 12.00pm. Tapi hari tu aku kena kerja penuh sebab ganti cuti Raya nanti. Malam tu pulak ada majlis buka puasa kat surau yang dikelola oleh Lorong satu yakni Lorong aku tinggal. Balik kerja 5.30pm aku singgah ambik anak aku Munirah dan anak jiran aku Firdaus dari kelas tuisyen mereka. Pukul 6.00pm baru aku ke surau tengok-tengok apa yang aku boleh tolong. Tapi semuanya dah diuruskan oleh Mejar dan Cikgu Nan, aku pergi menyembang saja. Tapi bila time nak berbuka, aku ada la tolong cedokkan lauk. Seronok juga berbuka kat surau ni, semua anak-anak dan isteri aku ikut ke surau untuk berbuka. Hari tu kami makan nasi tomato berlaukkan ayam masak merah. Ramai yang datang untuk berbuka kat surau hari tu, syukur alhamdullilah.
  • 22-Ogos - Hari Isnin, masa aku pergi kerja aku tengok kat meter kereta aku sign teko minyak intermitten menyala. Dalam hati aku mula risau sebab kereta aku sepatutnya dah kena servis tukar minyak hitam tapi sengaja aku delay sikit tunggu lepas raya baru aku nak servis. Mereka kata bila minyak hitam kurang ataupun suis detector problem saja meter tu akan menyala. Hari tu aku mintak cuti half day sebab nak servis kereta, tu pun aku balik pukul 12.30pm. Sepatutnya aku boleh balik pukul 11.30am tapi aku settle kerja aku dulu baru aku balik. Aku pergi Tabung Haji kat Kepala Batas keluarkan duit dulu lepas tu baru aku ke workshop service kereta. Aku cuma tukar minyak hitam, oil filter dan adjust tunning saja. Malam tu pulak ada jemputan farewell dinner untuk Finance Director BA Khoo. Cadangnya aku tak nak pi sebab tak berapa selesa, tambah pula sepuluh malam Ramadan terakhir ni. Sepatutnya ada di surau berjemaah solat Terawih tapi pukul 4.00pm Zadi kawan aku call suruh aku join juga dinner tu, serba-salah aku dibuatnya. Aku sampai kat Sunway Hotel pukul 7.00pm, tempat aku dah Zaidi booking. Apa yang aku kesal majlis berbuka bersama farewell dinner dicemari dengan minuman keras untuk diminum oleh orang-orang bukan islam. Bagi aku minuman tu tak sesuai diadakan untuk majlis berbuka walaupun ada farewell dinner. Mereka harus hormati orang-orang islam atau aku sendiri sepatutnya tidak hadir untuk majlis tu. Itulah susahnya kalau kita dinaikkan pangkat sesesuatu level yang tinggi.
  • 23-Ogos - Petang tu aku kena balik awal sikit sebab kat surau ada majlis Ceramah, berbuka, solat hajat dan doa untuk calon-calon UPSR, PMR dan SPM. Dalam perjalanan pulang di simpang Kampung Teluk aku terlanggar kereta seseorang, memang silap aku walaupun kakak yang aku langgar tu teragak-agak untuk cross jalan tu. Bagi aku cuma minor accident saja, kereta kakak tu tak teruk pun tapi kereta aku teruk sikit. Grill depan patah dan bonnet depan kemek sikit. Nasib baik kejadian tu dekat workshop ketuk kereta. Setelah bertolak ansur dengan kakak tu dia setuju untuk repair dan betulkan benda yang bengkok tu. Kereta dia kena RM110.00 manakala kereta aku kena RM230.00. Aku tinggalkan kereta aku kat workshop tu dan aku call isteri aku untuk bawa aku pulang. Sampai rumah pukul 6.30pm, majlis kat surau dah bermula. Aku sampai surau dengar ceramah Ustaz Asri  kemudian baca Yaasin sampai waktu Maghrib berbuka terus Solat Maghrib dan solat Hajat. Aku berbuka dengan nasi bungkus yang disediakan.
  • 24-Ogos - Hari Rabu, aku ke tempat kerja tumpang kereta Fauzi jiran aku. Balik pula aku suruh Zaidi hantarkan aku pulang ke Workshop kereta aku repair kat Sungai Lokan. OK juga dia betulkan kereta aku. Aku terus ke tempat cuci kereta automatik sebab kereta aku nampak lusuh sangat kemudian baru aku ambik anak aku dari rumah pengasuh.
Peristiwa minggu ini membuat aku rasa insaf, mungkin sebab aku hadiri majlis yang penuh dengan para syaitan bukan dengan majlis yang penuh dengan para malaikat.

    Tiada ulasan: