Jumaat, 12 Ogos 2011

Ramadan

Dah nak masuk pertengahan Ramadan, cepat betul rasa hari berlalu. Tahun ni kita start puasa pada 1-Ogos, jadi mudahlah perkiraan hari puasa kita. Hari ini dah 12-Ogos, ini bermakna dah 12 hari kita berpuasa.

Minggu lepas hari Ahad mak panggil aku ke kubur ayah, ini adalah first time mak ke kubur ayah. Mungkin mak terlalu rindukan ayah. Hari Sabtu minggu lalu sengaja aku call rumah mak sebab nak check mak ada tak di rumah dia, manalah tau dia balik rumah dia? Masa tu Omar adik aku angkat call aku, dia bagi tau yang bulan puasa ni mak balik duduk kat rumah dia, lagi pun Naemah ada untuk temankan dia. Selepas abang ipar aku abang Najib meninggal, mak kerap duduk dengan kak Nina sebab kak Nina masih dalam edah dan tinggal berdua saja dengan anak dia Lily.

Kubur ayah di atas dan kubur bapa di bawah
Kubur Abang Najib
Pagi Ahad tu selepas hantar Munirah ke kelas tuisyen, aku terus ke rumah mak. Mak dah pun janji dengan adik aku Omar dan abang Man untuk sama-sama ke kubur. Masa aku sampai rumah mak, abang Man dan Omar dah ada kat rumah mak. Kami terus ke kubur dengan kereta Omar. Kat kubur kami bersihkan kubur ayah, bapa(panggilan untuk datuk aku) dan abang Najib. Aku masih ingat lagi yang bapa meninggal tahun 1983, aku tinggal dengan bapa dan maktok hingga keakhir hayat mereka. masa tu aku baru lepas ambil peperiksaan SPMV. Bapa dan maktok meninggal selang sehari jarak waktunya. Aku lihat batu nisan kubur bapa dah tenggelam, jadi mulanya susah kami nak tengok tarikh dia meninggal. Abang Man cuba korek dan akhirnya nampak juga info yang tertera pada batu nisan bapa. Kubur ayah adalah di sebelah kubur bapa, masa ayah meninggal hari tu sememangnya kami nak tanam sebelah kubur bapa. Kubur abang Najib pula di barisan satu lagi dan tak jauh dari kubur ayah. Sewaktu hari kematian abang Najib sengaja tak nak tanam di sebelah ayah sebab hari tu hujan lebat, tanah berpasir kat kubur ayah rendah sikit susah nak korek.

Emak kemudiannya suruh Omar call abang ipar aku abang Radzi sebab mak dah janji dengan abang Radzi untuk pacakkan batu nisan abang Najib, tapi abang Radzi kata dia pi lambat sikit. Kami dah rasa letih, jadi ambil keputusan untuk kami balik dulu ke rumah mak.

Sampai rumah mak, kami gotong royong pula untuk bakar sampah dan daun kering. Cuaca hari tu memang panas terik sesuai untuk membakar sampah. Selepas selesai bakar sampah, abang Man dan Omar balik dulu sebab mereka ada kerja, aku pula kena tunggu abang Radzi dan kak Noni untuk pacakkan nisan abang Najib. Pukul 11.00am kak Noni call suruh aku tunggu kubur, dengan cuaca yang panas terik aku dan abang Radzi pacakkan nisan tu sehingga selesai.

Aku terus balik ke rumah aku dengan tekak yang kering dan perit disebabkan berjemur tengah panas, lagipun sebelum tu aku tolong bakar sampah juga. Sampai saja kat rumah aku terus tidur sampai petang.

"Ya Allah, aku hambaMu yang hina ini, yang banyak melakukan dosa memohon ampun pada Mu. Ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa bapaku(datuk) dan dosa-dosa abang iparku (abang Najib). Ya Allah, terimalah doa hambamu ini...amin...".



Tiada ulasan: