Rabu, 28 Julai 2010

Sya'ban


As salamualaikum... Rabu, 27-July-2010... kejap je rasa hari berlalu dah nak habis bulan July. Bulan depan pula dah nak start puasa, hari ni dah lebih separuh bulan Sya'ban. Bulan puasa nanti lagi rasa cepat masa berlalu sebab asyik tunggu time Maghrib masuk tiap-tiap hari. Cerita pasal puasa ni teringat pula waktu aku kecik-kecik dulu yang lebih banyak duduk rumah maktok aku terutamanya hari Sabtu dan Ahad. Maklumlah masa start belajar puasa tu dahaga dan laparnya tak terkira. Aku memang suka perpuasa tapi bila dah tak tahan sangat, selalu aku curi-curi kumur untuk hilangkan letih dahaga dan tekak kering. Curi makan dan minum aku tak berani, aku sanggup tahan makan dan minum tapi berkumur tu kerap. Tak palah sebab aku nak belajar berpuasa lagi pun masa tu umur aku baru 7 atau 8 tahun. Masa tu jarang rumah ada peti ais tapi rumah maktok ada, rumah mak aku pun belum ada masa tu. Maktok hari-hari upah aku 20sen, masa tu 20sen besar nilainya. Aku boleh beli macam-macam, biasanya aku beli buah ataupun air botol untuk buka puasa. Aku akan pastikan aku buat air batu, buah dan minuman yang aku beli aku akan letakkan dalam peti ais. Kalau kat rumah mak aku, kenalah aku beli ketul ais kat kedai. Masa tu satu bata ais batu 10sen je, besar pulak tu. Lebih kurang 2 ketul bata buat rumah. Maktok boleh dikatogerikan sebagai orang berada sebab bapa (panggilan untuk datuk lelaki aku) seorang yang berniaga daging. Lauk pauk yang dihidangkan banyak dan mewah jugak. Rumah maktok lebih kurang 1/2 batu dari rumah mak aku. Biasanya aku akan berjalan kaki saja dari rumah mak aku ke rumah maktok. Waktu tu mak aku lepaskan saja aku berjalan ke rumah maktok tak macam waktu sekarang ni, mak bapa tak berapa percaya untuk lepaskan anak-anak yang masih sekolah rendah. Dari rumah mak aku ke rumah maktok aku akan tempoh pekan Sungai Puyu. Pekan yang bersimpang empat tu tak berapa besar sangat tapi ada panggung wayang dan banyak kedai-kedai lama yang bercirikan masyarakat cina atau pekan cina. Aku sering disuruh maktok untuk membeli barangan runcit di Pekan tu. Masa aku sekolah rendah dulu, hari-hari sekolah aku akan tinggal di rumah emak aku kat Maklom tapi hari sabtu dan Ahad aku akan temankan maktok di rumahnya. Aku sekolah di Sekolah St. Mark, Bagan Luar. Jarak sekolah dan rumah mak aku lebih kurang 7 Km, aku pergi naik van sekolah. Dekat rumah mak aku bukan tak ada sekolah tapi ayah aku sengaja hantar aku jauh dari rumah supaya aku lebih berani berdikari. Lagi pun ayah aku berniaga daging kat Bagan Luar, tak jauh dari sekolah aku. Jadi bolehlah dia jengok aku bila habis berniaga. Rumah Tok sebelah ayah aku pun tak jauh dari situ, di Sungai Nyiur. Ada juga abang dan kakak aku bersekolah di sekolah Sungai Puyu. Sampai sekarang aku tak ramai kawan di kawasan Sungai Puyu tak seperti abang aku, kawan-kawannya ramai yang kat situ. Rumah maktok aku pulak dikelilingi dengan rumah orang cina ,cuma sedikait saja jiran maktok aku berbangsa melayu tu pun aku dah tak jumpa lama sebab rumah maktok aku dah roboh. Sekarang ni ada lebuh raya besar BORR depan tanah maktok aku. Tanahnya pulak dah disewakan kepada orang letak lori perniagaan. Habis le kenangan aku dengan rumah maktok aku. Eh! banyak pulak aku story tentang maktok aku, sepatutnya nak cerita pasal puasa. Takpalah puasa lagi 2 minggu, kita perlu bersedia dan berbanyak amal nanti. Wassalam...

Sabtu, 24 Julai 2010

Furniture Arts Classic Sofa atau Modern Sofa.

As salamualaikum... Sabtu, 24-July-2010... Letih sangat semalam, bangun pagi pun masih terasa letihnya. Pukul 6.45am nak bangun pun tak larat tapi bangun tetap kena bangun kerana solat subuh belum selesai lagi. Semalam pukul 5.00pm aku dan beberapa rakan sekerja yang terlibat dengan presentation 8D kena panggil dengan Quality Director Cik Ahmad untuk buat presentation depan beberapa Directors. Sampai pukul 7.00pm baru selesai hingga aku terlewat solat Asar. Pagi tadi lepas solat aku tertidur balik, mujurlah pukul 8.00am aku terjaga balik sebab hari ni dah janji dengan Yati Zakaria untuk aku bawa anaknya bersama anak aku ke kelas smart reader kat Komplek Kailan. Kelas bermula pukul 9.00am, lepas aku bagi anak aku mandi dan sarapan Koko krunch pukul 8.45am terus aku keluar hantar mereka. Senanglah sikit aku nanti pukul 11.00am tak payah ambil anak aku sebab Yati Zakaria yang nak ambilkan. Hari ni aku dah janji dengan isteri aku untuk ke Furniture Arts kat Pacific untuk cari sofa yang sesuai kerana minggu lalu masa kat Funiture fair tak dapat cari. Pukul 12.30pm aku dan isteri aku ke rumah Sobri Cikgu Halina melawat kematian ibu cikgu Halina. Anak-anak aku, aku tinggalkan kat Farah anak saudara aku untuk mengasuh, mereka berjiran dengan Sobri. Habis saja melawat orang mati kami terus ke Furniture Arts kat Pacific kira-kira pukul 2.00pm, masa tu ramai jugak orang dan parking hampir penuh.
Jasmin Sofa
Susah juga nak pilih sofa tu, sebab pilihan isteri aku dan pilihan aku jauh berbeza. Isteri aku lebih suka kepada sofa jenis classic manakala aku pulak nak tukar kepada sofa jenis modern, tapi isteri aku yang nak bayarkan. Mula-mula aku nak ikut saja kemahuan isteri aku, tapi isteri aku suruh fikir habis-habis. Biasanya design, pilihan perabut dan aturan perabut dalam rumah aku, aku yang pilihkan dan aku yang tentukan, dia ikut je. Akhirnya kami buat keputusan ikut kemahuan aku tapi aku kena tambah duit dari lebihan harga sofa classic tu. Kalau dikira lebihannya adalah RM1 ribu jugak, tapi disebabkan benda ni nak pakai lama jadi aku korbankan juga duit aku. Hari ini juga aku belikan beberapa helai baju raya kebetulan ada sales kat Pacific. Makan tengahari kat Mac Donald, 1st time nak cuba GCB tapi biasa je rasa dia kalau nak bandingkan dengan chicken burger cuma ayamnya saja disalai. Aku lebih suka Big Mac sebab puas makan 2 ketul daging bersama special sosnya. Keluar dari Pacific pukul 3.30pm dan singgah kat Masjid Seberang Jaya solat Zohor. Lepas tu terus hantar Munirah ke kelas tuisyen, sepatutnya Munirah pergi dengan Fauzi jiran aku sekali dengan anak Fauzi, Firdaus. Petang tu pulak lepas ambil mereka dari kelas tuisyen aku basuh kereta kat Jalan 3 tu, rasanya dah 3 bulan aku tak basuh kereta. Waktu malam tak ada makanan apa yang aku beli, kenalah aku goreng french fries & Nuggets bagi anak isteri aku makan. Aku pula minum susu kacang soya yang isteri aku buat, 1st time dia buat pakai blender food processer yang baru dia beli minggu lalu kat funiture fair Pisa. Ok lah buat hari cuti yang memenatkan ni, wassalam....

Rabu, 21 Julai 2010

Panasonic

As salamualaikum... Semalam 20-July-2010 hari Selasa factory kami dikunjungi oleh satu group pengurusan dari Panasonic SEA. Panasonic telah mengambil alih Sanyo Electric dengan majoriti Share, jadi ini bermakna mereka lebih berkuasa dan berada lebih atas dari pengurusan Sanyo. Sejak minggu lalu lagi kami bertungkus lumus untuk buat house keeping ataupun 5's, terutamanya laluan untuk visitors. Biasanya kalau ada local visitors, customers dari Ford Mazda ataupun quality auditors, aku akan ditugaskan membawa visitors mengikut route untuk menerangkan mengenai Department AI & SMT. Aku dah biasa dengan tugas tu walaupun agak berat untuk aku melakukannya. Dulu masa zaman boss lama aku Alvin atau Ide-san baik Nori-san merekalah yang akan menjalankan tugas tu. Entahlah mengapa boss kali ni suruh aku pulak, mungkin dia tak biasa. Untuk Panasonic dan visitors dari Japan, Directors aku Taniguchi-san yang akan bawa dan terangkan mengenai Department aku sebab mereka lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa mereka. Tapi untuk misi kali ini mengapa Panasonic datang aku kurang pasti, mesti ada tujuan besar. Ada yang mengatakan Panasonic ada memberi kata dua kepada Sanyo bahawa Panasonic headquarters cuma akan membenarkan satu dari dua Factory Audio di South East Asia beroperasi. Jadi antara Panasonic Thailand atau pun Sanyo Automedia Penang siapa yang jadi pilihan. Pada bulan depan 24-Aug ada satu lagi orang terpenting dari Panasonic headquaters akan datang melawat dan akan membuat Final decision untuk pekara ini. Bagi aku hanya pada Ilahi aku bertawakal, rezeki di bumi Allah ini masih ada kita hanya perlu berusaha.
Pandangan peribadi aku, Sanyo ada kelebihan tersendiri dari segi Politik semasa, keadaan alam sekitar, kedudukan strategik dan tenaga buruh lebih murah tapi masih report kepada Sanyo headquarters sebelum Panasonic. Manakala Panasonic Thailand mempunyai teknologi lebih bagus, quality produk mereka lebih baik dan mereka direct report kepada Panasonic headquarters. Sanyo dan Panasonic sama-sama membuat produk untuk Mazda tetapi Sanyo mempunyai Sijil Q1 yang membolehkan Sanyo membuat produk untuk Ford dan GM. Andai kata Panasonic Thailand tidak mempunyai sijil Q1 mereka perlu apply sekurang-kurang 1 atau 2 tahun kemudian mengambil masa 2 tahun untuk mula jalan produk prototype, pre-production dan audit untuk mendapat kelulusan Ford dan GM. Jadi Sanyo mungkin mengambil masa 3 hingga 4 tahun untuk tutup kemudian mungkin mereka akan menawarkan VSS. Pada masa tu aku dah berumur 48 tahun dan aku dah berkerja lebih 20 tahun, jadi mungkin nilai VSS aku mencecah RM100 ribu keatas. Pada kiraan aku itu simpanan aku sekarang dan VSS dah mencukupi untuk perbelanjaan harian aku tapi andai kata VSS ditawarkan dalam setahun dua ini susahlah sikit dan kenalah aku cari kerja lain dulu. Wallahua'lam....

Isnin, 19 Julai 2010

Pamiran perabut kat PISA

As salamualaikum... Sabtu 17-07-2010 adalah harijadi anak sulong aku, Munirah. Dah besar dah dia, terasa baru semalam aku sambut kelahirannya di Hospital bersalin Pulau Pinang. Semasa isteri aku melahirkan dia, aku begitu bersyukur pada Allah kerana memberi aku zuriat walaupun pada mulanya aku begitu gelisah kerana lambat dapat anak. Alhamdullilah akhirnya doa aku dikabulkan, aku begitu sayangkan dia. Hari Sabtu lalu adalah hari ulang tahunnya yang kesebelas, dah remaja pun dia. Kalau dilihatkan fizikalnya, dia seorang yang tinggi dan kurus mungkin ikut fizikal aku... entahlah??. Masa dia baru lahir pun aku lihat jari-jarinya panjang, runcing dan lonjong. Anak comel aku dulu tu sekarang dah makin cantik lebih-lebih lagi kalau dia pakai baju kebaya labuh yang Shirah sepupunya kasi tu. Baju tu adalah baju lama Shirah, dah tak padan pun dengan Shirah jadi diberinya pada Munirah. Dapatlah Munirah melaram dengan baju tu terutamanya bila pergi kenduri. Isteri pun aku ada belikan baju kebaya nyonya pada dia masa pergi Kamdar minggu lalu, memang sesuai dengan dia. Tapi baju tu untuk hari Raya nanti. Hari jadi dia kali ni aku belikan kek dan cornish di Secret recipe. Lepas tu aku beli minuman Coke sebelum aku ambik dia Tuisyen hari tu. Kami makan satu family saja hari tu.
Ahad 18-7-2010, aku dah buat appointment pukul 10.00am dengan budak servis air-cond yang kebetulan servis air-cond rumah Fauzi jiran aku hari Jumaat hari tu. Dah lama isteri aku merungut pasal air-cond yag dah tak berapa sejuk tu. Belum pun pukul 10.00am dia dah datang, katanya dia ambil masa 1 1/2 jam untuk servis air-cond tu. Eloklah, sebab pukul 11.30am Mejar Redzuan panggil makan kenduri kesyukuran di rumah dia. Lebih kurang pukul 11.30am memang habis dia servis air-cond tu dan aku dikenakan RM80.00 untuk servis tu. Memang itulah harga yang aku survey. Lepas tu baru aku pergi ke rumah Mejar, dah ramai orang kat rumah dia. Mejar cuma panggil jiran kebanyakkan dari Lorong 1 saja dan ada juga jiran dari Lorong lain yang rapat dengan dia. Ustaz Wan dari Lorong 5 jadi tekong hari tu, kami baca Yaasin dan Tahlil diikuti doa selamat oleh Ustaz. Makanan hari tu Mejar ambil dari abang Zaki, dia pernah masak untuk aku masa kenduri kekah dan doa selamat aku dulu. Sedap juga masakan kampung yang dia masak hari tu walaupun simple tapi memuaskan. Bimbang juga aku sebab aku yang introduce pada Mejar, manalah tau tiba-tiba tak sedap pulak dia masak. Habis makan cepat-cepat aku balik sebab kena bergilir dengan isteri aku untuk jaga Mirza. Pukul 2.30pm aku memang dah rancang dengan isteri aku untuk pergi Pisa tengok Furniture Exibhition. Tapi tak berapa best sangat, Sofa yang aku cari tak menepati cita rasa kami bersama. Ma suruh kami singgah rumah dia, sebab dia dah masak bubur kacang untuk kami makan petang. Kami balik pukul 6.30pm selapas solat Asar kat rumah dia.
Isnin 19-July-2010, hari ni kat tempat kerja kami kena clearkan laluan visitor sebab esok Top Management dari Panasonic Asia nak datang melawat. Hari Sabtu hari tu aku dah arrange dengan Mazlan untuk ubah mesin SMD11 selari sengan SMD10 supaya lorong  laluan visitor nampak lapang. Hari ni kami buat line kuning dan line biru je. Sampai ke petang kami arrange dan sebelum aku balik pun kawan-kawang aku masih sibuk uruskan. Aku macam biasa, pukul 5.30pm dah kena keluar untuk ambik Mirza kat rumah pengasuh. Ok lah cerita untuk kali ni, wassalam...

Jumaat, 16 Julai 2010

Haji 2003

As salamualaikum... kenangan yang teramat indah dalam hidup aku adalah tahun 2003 aku ke Mekah untuk menunaikan Haji bersama isteri aku. Ceritanya begini, tahun 1998 walaupun dah berkahwin empat tahun tapi aku masih belum dikurnikan anak. Dari segi kewangan aku mampu, jadi hanya pada Allah aku perlu meminta dan di hadapan Kaabah adalah yang paling dekat untuk aku berdoa padaNya. Aku & isteri pun mendaftar di Tabung Haji dan dijangka untuk menunaikan haji pada tahun 2005. Tapi Allah maha berkuasa, hasil usaha aku dan isteri dan juga kehendak Ilahi isteri aku mengandung pada hujung tahun 1998 dan selamat melahirkan anak sulung aku Munirah pada Julai 1999. Tabung haji mula menawarkan tahun 2000 tapi aku belum bersedia begitu juga tahun 2001 & 2002, dua tahun aku pergi kursus untuk lebih mendalami ibadat yang aku sendiri belum dapat membayanginya. Akhirnya tahun 2003 aku dah bersedia pada umur aku 37 tahun.


Aku pergi menunaikan haji pada bulan Mac 2003 dengan melalui pakej Sakinah Travel. Ustaz Mohammad yang lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Mat Teh "O" yang mengendalikan kursus haji berkerjasama dengan Ustaz TM Fouzy dari Singapura untuk membimbing kami ke sana. Hajjah Sakinah pemilik Sakinah Travel adalah isteri kepada Ustaz TM Fouzy. Seramai 12 kumpulan (12 bas) dan satu kumpulan mempunyai 44 orang. Aku bersama kumpulan ke 7 dan bermula di Masjid Seberang Jaya kami bersama 8 kumpulan yang lain bertolak ke Kelana Jaya dengan bas yang telah di sewa. Dari Kelana Jaya kami menaiki pesawat melalui KLIA ke Jeddah dan dari Jeddah kami ditempatkan di sebuah apertment di Shisha bersempadan dengan Mina. Di Shisha inilah aku mengalami kenangan yang paling tidak dapat dilupakan. Kami dibimbing dengan pengajian manasik haji, zikir munajat, solat berjemaah, ceramah, kuliah pengajian dan yang paling diingati sekali adalah menangis bersama-sama ketika berzikir. Kami ditekankan cara yang betul untuk menunaikan haji. Kami dikuarantin di Shisha dan tidak digalakkan keluar supaya tidak dijangkiti penyakit. Majoriti, kami berniat haji ifrad, jadi kenalah kami berpakaian ihram sehingga kami selesai bercukur. Terasa berihram ini serasi dengan kami. 9 zulhijjah kami berangkat ke Arafah, ternyata kami tidak tersalah memilih pakej ini kerana kami dilayan seperti VIP. Kami mendapat kemah berhawa dingin dan makan buffet tidak terhad tapi itu tak penting bagi aku, yang penting adalah kami hendaklah berada di padang Arafah pada hari itu. Mengalir air mata aku bila masuknya waktu zohor pada hari itu kerana ini menandakan haji aku dah hampir. Tanpa hari Arafah haji tak akan dapat. Malam tu kami bertolak ke Mudzalifah, apa yang aku ingat, kami hampir-hampir dikenakan dam kerana kami tiba di Mudzalifah hampir waktu subuh. Di Mudzalifah kami turun untuk solat Subuh dan kutip batu dan batu itu aku basuh dahulu ubtuk kesahihan. Ujian demi ujian kami terima kerana susah untuk mendapatkan bas ke Mina. Walaupun aku & isteri dapat naik bas pada pukul 9.30am tapi perjalanan kami ke Shisha hampir 7 jam sedangkan rakan kami yang lain berjalan kaki cuma 2 jam sahaja sejauh 7km. Leganya aku setelah selesai bercukur apabila aku selesai lontar jamrah Akabah. Dua keping kain ihram yang aku pakai 10hari boleh aku gantikan dengan seluar dan baju berjahit dan 10 pantang larang ihram terlah terhapus. Setelah selesai melakukan lontaran jamrah di Mina selama 3 hari kami berangkat ke Hotel berhampiran Masjidil Haram dan bolehlah aku tawaf untuk lepaskan 3 lagi pantang larang ihram, Alhamdullilah. Banyak program & ziarah selama kami berada di Mekah. Aku melakukan Umrah sebanyak 2 kali sahaja. Setelah hampir sebulan aku bersama jemaah lain di Mekah kami bertolak ke Madinah. Kami berada di Madinah selama 2 minggu, banyak kenangan indah di bumi Rasullulah S.A.W.  Semua perjalanan haji aku boleh ditonton dalam slide aku atau pun di You Tube yang telah aku upload Haji2003 bersama TM Fouzy Pt 1/13 hingga Pt 13/13. Ok lah untuk kali ini. Wassalam...

Selasa, 13 Julai 2010

Renovation



As salamualaikum... Tahun 2004 adalah tahun kelahiran anak aku ke dua, Mashitah. Pada tahun itu juga rumah aku di"renovate" buat kali pertama. Aku terpaksa korbankan landscape kesayangan aku. Habis rumput carpet aku. Cost perbelanjaan untuk ubah suai rumah aku menelan belanja RM30 ribu kongsi antara aku dan isteri aku. Design untuk pengubahsuaian rumah ini aku yang ilhamkan dengan bantuan kontraktor Cik Ishak. Untuk pegola, aku ambil dari Mac Donald Seberang Jaya. Jenuh juga si Ishak tu nak buat dan dia terpaksa makan kat Mac Donald untuk nak dapatkan sentuhan dan idea pegola tu. Ruang tamu pula aku ambil idea rumah jiran yang dah ubah suai tapi aku extand lebih sikit supaya ianya nampak luas dan bolehlah aku letakkan down light depan pintu masuk rumah aku. Lantainya pula aku pasang laminating floor merah berkilat dan silingnya pula aku pasang siling papan lurah supaya sepadan. Dinding ruang tamu aku catkan dengan warna oren, ianya lebih kepada "tropical concept" matching dengan lantai dan siling. Dinding depan asal aku pecahkan dan sliding door aku buang. Bahagian bumbung anjung pakir aku biarkan terbuka agar nampak clasic dan luas. Aku boleh lihat atap genting dan alang kayu yang aku catkan dengan warna merah kayu.  Lantai luar aku susun tiles berwarna coklat & hijau. Pagar depan aku susun dengan kayu cengal batu dan pintu pagar aku buat pagar elektrik berlipat supaya apabila ianya buka tutup taklah besar sangat tapi bentuknya clasic tersusun dengan kayu cengal batu. Landscapenya pula aku gunakan yang sedia ada cuma aku susun dengan kemas agar nampak cantik dan sedap mata memandang. Pencahayaan untuk ruang tamu aku lebih kepada lampu meja, lampu loceng berkaki, downlight dan lampu dinding. Untuk Ruang luar aku letak banyak lampu seperti lampu dinding 2, lampu gantung 3 semuanya clasic. Memang berbaloi dan aku buat ini untuk kepuasan diri aku bersama keluarga. Ok lah untuk cerita lama aku kali ini..wassalam...

Isnin, 12 Julai 2010

Sepanyol Juara Worldcup 2010

As salamualaikum... 12-July-2010 akhirnya juara piala duania 2010 milik Spain mengalahkan Holland 1-0 diminit-minit akhir masa tambahan setelah kedudukan 0-0 dalam masa sebenar 90 minit. Gol dijaringkan oleh mid-filder Andrea Iniesta yang juga mewakili kelab Barcelona. Nampaknya tekaan aku salah sama sekali mengenai Holland pilihan pertama aku. Kecewa aku lihat Arjen Robben, pemain lincah dari kelab Baryen Munich lebih-lebih lagi cubaannya untuk menjaringkan gol terkena kaki penjaga gol Carsilas. Tak pa mungkin bukan masa untuk Holland menjulang Piala Dunia untuk kali ini walaupun ini adalah percubaan ke-tiga untuk Holland. Aku memang mahu Holland menang lebih-lebih lagi untuk menyangkal ramalan Sotong Kurita Paul yang  meramal Spain yang akan menang. Kalau Spain menang, maka tekaan sotong tu betul dan ini membuat orang memuja sotong tu. Ia boleh mendatangkan syirik dan orang yang mempersendakan atau joke dengan gelagat sotong tu boleh mengakibatkan 2 dosa kata Ustaz Zaharuddin dalam Facebook beliau. Aku meminta orang ramai janganlah percaya atau mempersendakan benda ni. Ini adalah kerja orang kafir yang sengaja mahu orang Islam terpesong? Entahlah!!.  Wassalam...

Sabtu, 10 Julai 2010

Kenangan Gambar Rumah Tahun 2004 sebelum Renovation



As salamualaikum... bukan apa, aku baru try nak guna option ni slide show. Benda ni aku tengok dalam Ustaz Hasrizal blogspot, dia letak gambar dia masa dia pergi Singapore baru-baru ni. Tengoklah rumah aku dulu-dulu sebelum renovation, memang hijau. Masa tu aku banyak masa untuk uruskan laman aku dan memang aku minat sangat tanam pokok-pokok hijau. Rumput carpet aku pun aku maintain kemas. Tapi lepas aku balik dari Mekah, aku dah tak banyak masa lagi. Lebih-lebih lagi bila aku dah beranak dua. Aku lebih tumpu kepada kerja dan anak-anak cuma kekadang saja aku jaga pokok-pokok aku. Gambar ni aku tangkap masa isteriaku dalam pantang beranak kat anak kedua aku Mashitah.
Cerita pasal hari ni pulak... semalam aku cadang kat isteri aku yang aku nak rehat kat tepi pantai, jadi pagi tadi kami semua pun bangunlah awal-awal. Pukul 8.15am aku dan keluarga aku bertolak keluar ke Penang. Mulanya sarapan kat Kassim Mustaffa Bayan Baru, kami cuma makan roti canai sardin je. Habis je sarapan kami bertolak ke Sungai Batu. Kat situ depa kata ada pantai cantik, kat situ jugak ada Tasik memang cantik kata Saza kawan aku. Dia dah pergi sana tahun lepas. Dengan menggunakan GPS aku aku pun search Sungai Batu Beach, memang ada. Tapi bila sampai kat sana jalan yang nak masuk pantai tu dah tutup dan ada perumahan baru. Kecewanya aku, dalam google maps tunjuk memang ada pantai tapi tutup pulak. Kami pun pusing balik, maka kami pun cancel untuk duduk tepi pantai. Isteri aku mintak untuk lalu kat Kampung Seronok, memang jalan untu balik melalui Kampung Seronok ke Batu Maung. Lepas tu aku cadang pulak nak duduk kat Pantai Seagate tapi lepas sampai je kat situ tak seronok pulak tengok suasana kat situ. Lepas tu aku terus melilau ke jalan ke Queensbay, saja lalu kat situ sebab banyak masa lagi. Isteri aku ajak ke Pasific nak tengok perabot Sofa, jadi kami terus balik ke tanah besar dan sampai ke Pasific kira-kira pukul 11.00am.
 Masa tu orang pun tak ada lagi cuma beberapa biji kereta mungkin milik pekedai dalam Pasific tu. Terus kami window shopping sambil survey sofa kat situ walaupun kami tak beli lagi. Kata pekerja furniture art, minggu depan ada furniture fair kat Pisa. Jadi minggu depa je kami ke situ. Lepas tu kami ke Kamdar kat Bukit Mertajam pulak, isteri aku banyak belikan baju untuk Hari Raya nanti. Dia beli awal-awal sebab nanti bila dah dekat-dekat nak raya nanti tak payahlah sibuk-sibuk lagi terutama bulan puasa. Lepas habis shopping kat Kamdar kami makan kat Faiz Restoran, aku memang suka makan kat situ sebab lauk dia sedap terutamanya bila dia masak kari ikan sembilang. Tapi hari ni tak ada pulak kari ikan sembilang, aku makan daging rendang dan ayam je. Lepas tu aku teringat yang aku belum bagi mak duit lagi untuk bulan ni, jadi aku singgah rumah mak sekejap. Farah dan Amirul anak saudara aku ada kat rumah mak aku, dia orang tidur situ sejak hari selasa sebab mak dia orang pergi KL dan Melaka. Semalam baru mak dia orang balik. Pukul 4.00pm aku bergegas balik untuk hantar Munirah ke kelas Tuisyen pulak. Selalunya Munirah tumapag Fauzi jiran aku tapi hari ni sebab tak sempat aku terus hantar dia ke sana. Balik je rumah aku rasa letih sangat, kebetulan aku dah solat zohor jadi terus aku terlelap smapai pukul 6.15pm. Aku bangun terus aku solat Asar lepas tu aku keluar untuk ambik Munirah dan Firdaus anak Fauzi jiran aku. Baru tadi aku masak Mee Cintan goreng, jadi malam ni kami makan mee segera pulak tapi taklah segera sangat. Aku kalau masak mesti aku nak tumis dulu dan kalau ada bahan seperti sayur sawi ke, daun bawang ke atau ayam atau udang mesti aku tumis dengan bahan-bahan tu untuk menyedapkan lagi. Tapi malam ni tak ada apa-apa dah, kosong je mee goreng aku cuma tumis dengan bawang putih dan bawang merah. Tu pu anak-anak aku kata sedap sangat. Oklah sampai di sini dulu cerita aku untuk hari ni.. Wassalam .....

Rabu, 7 Julai 2010

Noma-san

As salamualaikum Rabu, 7-July-2010 3.30am. Aku bangun pukul 2.30am tadi untuk menyaksikan perlawanan bolasepak piala dunia antara Holland dan Uruguay. Malam tadi aku tidur agak awal kira-kira pukul 9.30pm agar aku cukup tidur dan tak rasa mengantuk bila aku pergi kerja nanti. Aku tak mahu disebabkan demam bolasepak ini kerjaya aku terjejas. Cerita pasal Noma-san, Japaneese staff kat tempat kerja aku tu, dia sebelum ni kerja kat Sanshin Malaysia Sungai Petani dan sebelum tu dia dikatakan kerja kat Sony Mechatronic. Semalam adalah hari terakhir dia di Sanyo Automedia disebabkan dia dibuang kerja oleh pihak pengurusan. Sebab musabab kenapa dia dibuang kerja, aku kurang pasti. Tapi bagi pendirian dan pandangan aku mungkin dia kurang menyerlah sebagai seorang Jepun yang bekerja di SMT Department. Tak seperti Japeneese staff aku yang lain contohnya Ide-san ataupun Nori-san yang begitu agersif untuk memajukan SMT Department. Noma-san di ambil bekerja oleh Sanyo Automedia pada tahun 2008 pada ketika Nori-san dalam proses untuk berpindah ke China. Pada mula Noma-san di tempat aku, aku yakin yang Noma-san dapat menggantikan tempat Nori-san untuk mengembangkan lagi tempat kami. Dia begitu agerisif tetapi lebih kepada displin, bukan saja department kami tetapi dia mengacau department lain dan ini membuat staff dari department lain marah. Dia sering bergaduh dengan staff-staff dari department lain.
Sejak berita dia dikatakan akan dibuang kerja, aku lihat Noma-san lebih bersikap berdiam diri dan terus tak agresif seperti dulu. Semalam, aku tengok dia begitu murung semurung-murungnya. Sedih aku lihat muka dia, macam nak nangis. Minggu lalu kami dah mengadakan jamuan perpisahan untuk dia walaupun dia menafikan yang dia akan tamatkan kerja dia di sini. Dia memberi alasan yang dia akan membuat rayuan bila ditanya oleh Anuar. Pada waktu itu juga dia begitu murung dan tidak berkata apa-apa hanya mendiamkan diri. Semalam, selepas makan tengahari kami memberi cenderahati kepadanya. Cenderahati tu adalah sekeping pewter yang kami tanda tangan bersama disampaikan oleh Mr Foo. Kami bergambar bersama-sama. Pada waktu balik di luar Factory aku lihat sebuah kereta Pesona atau Gen2 datang untuk mengambil Noma-san dan aku lihat seorang wanita bertudung masuk ke dalam kereta itu. Adakah itu isteri atau anaknya? Apa yang aku diberitahu, Noma-san berkahwin dengan orang melayu semasa dia bekerja di Sony Mechatronic dan pada waktu itu juga Sony mengambil tindakkan untuk menghantar dia pulang ke Jepun, akan tetapi dia tidak pulang ke Jepun sebaliknya apabila sampai ke Singapore dia kembali ke Malaysia dan tinggal bersama-sama isterinya. Pada masa tu dia tak mempunyai pekerjaan dan dia diambil oleh Sanshin Malaysia selepas itu. Rasanya berbelas tahun juga dia bekerja untuk Sanshin Malaysia dan aku mula mengenalinya pada masa tu. Dia punyai seorang anak perempuan yang telah remaja. Aku rasa usianya juga agak tua mungkin telah pencen dan aku tak pernah melihat dia Solat walaupun Solat Jumaat. Jadi kalau isterinya bertudung agak kekok aku lihat antara sikapnya yang langsung tak mau belajar atau terlibat dengan ugama. Walau bagaimana pun aku ucapkan selamat berjaya kepadanya dari apa-apa segi pun dan ketika dia besara ini rasanya elok kalau isteri atau anak atau sapa-sapa yang rapat dengannya untuk mentarbiah dia kearah islam. Dah elok dia berugama islam tapi tak nampak macam orang islam. Oklah sampai disini dulu untuk kalini... Wasalam...

Isnin, 5 Julai 2010

Penghujung World Cup 2010 Afrika Selatan

As salamualaikum... Isnin,5-July-2010... nampaknya world cup 2010 dah hampir ke penghujung. Seperti ramalan dalam blog aku yang lalu sebelum bermulanya piala dunia ini nampaknya 3 dari 4 pasukan pilihan aku telah pun menempah tempat masuk ke separuh akhir. Holland yang masih menjadi pilihan utama aku dengan Wesley Shnaider bersama Arjen Robben di kiri kanan pasukan mereka, dengan penuh taktikal dan semangat berpasukan, aku tetap menyokong mereka. Walaupun begitu Jerman yang mengaibkan Argentina 4-0 seakan-akan mencabar keupayaan Holland. Jerman adalah pilihan ke-2 aku akan tetapi Itali yang menjadi pilihan ke-3 aku telah terkeluar diaibkan Slovakia pada pusingan pertama. Sepanyol pasukan pilihan ke-4 aku terus memberi cabaran kepada Jerman dalam perlawanan separuh akhir Khamis pagi nanti. Aku yakin perlawanan akhir adalah diantara pasukan pilihan pertama aku Holland dengan pilihan ke-2 aku Jerman. Semasa perlawanan antara Holland dan Brazil malam tu ia seolah-olah menjadi milik Brazil apabila Robhino menjaringkan gol pendahuluan seawal perlawanan. Namun sepakan Shnaider terkena kepala Melo dan kesilapan penjaga gol Brazil menyebabkan gol peryamaan buat Holland. Pasukan Holland kembali bersemangat dan bermain secara kawalan, hantaran tepat penuh taktikal walaupun agak perlahan. Gol ke-2 Holland mematikan semangat Brazil dan Brazil terus tewas 2-1 pada Holland. Sampai sekarang dah dekat sebulan aku mengikuti World cup ni sampai muka aku naik jerawat batu, bola punya pasal apa pun tak apa. Habis world cup nanti kenalah aku jumpa pakar kulit Dr. Khoo kat Sungai Petani tu.
  Perlawanan separuh akhir antara Holland dan Uraguay adalah pada hari rabu pukul 2.30am. Tapi hari tu cuma ada satu perlawanan sahaja. Biasanya perlawanan bermula pukul 10.00pm, semasa pusingan pertama dulu pukul 7.00pm dah start. Untuk perlawanan separuh akhir ke-2 pulak adalah pada hari Khamis, waktunya pulak adalah sama iaitu pukul 2.30am. Bagi aku walaupun ia bermula waktu awal pagi aku tetap layan sampai habis. Begitulah bertapa minatnya aku pada sukan bolasepak ini.
Mungkin 4 tahun akan datang aku akan langgan
beyond pulak untuk gambar yang lebih jelas. Walaupun harganya lebih RM20.00 mungkin ianya berbaloi atau mungkin pada masa tu aku dah miliki LED tv Full HD bersaiz 52inchi sekurang-kurangnya.  Wah! berangan sakan aku ni, tengoklah nanti... ha..ha..ha.. Oklah sampai di sini dulu dan sama-samalah kita tonton World Cup 2010 sampai akhir nanti.. Wassalam..

Sabtu, 3 Julai 2010

google account kena disable

As salamualaikum... Selasa 29-Jun-2010, aku cuba buka gmail aku tapi tak boleh. Sekali dengan blogspot aku tak boleh buka dan update new posts sampailah semalam aku terpaksa communicate dan minta tolong pada google mail untuk enable balik. Alhamdullilah, selepas aku ikut semua arahan google dan tukar password baru sekarang dah boleh sign in google account aku. Mungkin sebab aku jarang tutup gmail page aku dan buka di dua tempat yang sama, mungkin google ingat aku salah guna account gmail.
Rabu 30-Jun-2010, macam biasa Mr Lee datang untuk support department kami untuk improve productivity. Tapi hari ni ada kelainan sedikit, dia mula masuk campur urusan Zaidi dan mula menbuat Zaidi kurang senang dengan sikap Mr Lee. Aku dapat rasakan ada komplot yang sedang berlaku dalam Department tempat aku kerja. Ia lebih kepada Politik untuk menyelamatkan tempat atau kedudukkan seseorang. Aku berfirasat yang Sanyo ISP diarahkan untuk membuat sesuatu ataupun mereka diarahkan tutup ataupun bergabung dengan HQP? Mereka sekarang ni mencari tempat selamat, Mr Ang Director baru banyak memainkan peranan untuk melakukan semua ini. Entahlah, berjaya atau tidak terpulang kepada mereka sendiri dan orang-orang atasan di Sanyo HQP dan boss aku sendiri Mr Foo.
Khamis 1-July-2010, Sepatutnya CSV project bermula. Keadaan masih lagi kelam kabut, tak tau macam mana nak mula dan siapa yang sepatutnya bertanggung jawab. Banyak benda yang tak ready dan aku kurang yakin yang system ini dapat menaikkan productivity kami! Hari ni aku rasa kurang selesa sedikit sebab selema dan demam. Sepanjang hari aku pakai face mask, aku tak mau orang lain jangkit disebabkan aku. Hari ni aku dan famili aku makan ka Secret Recipe, aku makan Laksa Singapore, isteri aku pulak Laksa Sarawak, Munirah makan Tom Yam Kong & Mashitah pulak makan Kids burger. Tak palah sebulan sekali, hari gaji pulak tu.
Jumaat 2-July-2010, aku keluar untuk pergi kerja pukul 6.05am. Rasanya hari ni aku keluar awal sedikit, bukan apa project CVS tu kena buat demonstrate hari ni. Masa aku keluar hujan renyai-renyai dan keadaan aku masih demam dan selsema. Sampai je kat tengah-tengah laluan masuk ke rumah aku dari Pongsu Seribu ada pokok Jati tumbang merentang jalan. Memang aku tak boleh redah pokok tu, lagi pun pokok tu besar Jati pulak tu. Takkan aku nak kena balik ambik golok atau gergaji dan cantas semua dahan pokok tu, aku ni demam lagi nanti bertambah teruk jadinya. Aku cuba ikut laluan Jalan 3, tapi bila aku masuk je Jalan 3 tu sempit pulak rasanya, nak selisih dengan satu Van pun rasa susah tambah pulak air longkang kiri kanan mula naik sebab malam tadi hujan lebat. Tak jadilah aku teruskan perjalanan, maka berpatah baliklah aku ke rumah. Fauzi jiran aku kerja di tempat yang sama baru nak keluar, aku bagitau dia yang ada pokok tumbang. Dia kata dia nak pergi tengok dulu, tapi dia kena hantar mak dia. Lepas 10 minit aku telefon dia, dia kata dia dah keluar melalui Jalan 3 tu tapi lepas dia hantar mak dia, dia balik untuk ambik anak-anak dia untuk hantar ke sekolah pulak. Aku rasa aku dah lambat dan tak sanggup redah jalan 3 yang agak sempit dan dalam keadaan gelap, terus aku sms Mr Foo untuk bagitau dia yang aku akan datang lambat hari ni. Fauzi pun begitu juga kecuali Amir jiran aku yang lagi sorang tu teruskan melalui jalan 3. Isteri aku juga telefon Plus untuk mereka betulkan keadaan. Pukul 7.30am aku diberitahu jiran aku Salleh yang jalan dah clear, Mejer Redzuan bersama jiran-jiran yang lain yang clearkan. Tapi aku dah berniat untuk buat 1/2day leave, pukul 9.30am baru aku keluar dan sampai di tempat kerja pukul 10.00am. Hari tu keadaan masih kelam kabut, CVS system yang sepatutnya dah ready masih belum ready, part reel masih belum dilekatkan bar-code sepenuhnya. Aku terus uruskan walaupun Simah mengamuk kat aku sebab aku tegur dia sebab tak lekat bar-code sepenuhnya. Hari tu pulak solat Jumaat, aku tinggalkan pada Tan & Yeoh untuk bantu aku selain Jaganathan. Selepas solat Jumaat semua dah ready dan kami berjaya lakukannya disamping bantuan Mr Teh & Asri dari Sanyo ISP. Hari tu jugak aku balik lambat sebab ada meeting dan bantu Zaidi yang ada masalah alarm kereta dia. Malam tu pulak ada perlawanan bola sepak antara Holland dan Brazil, ternyata Holland lebih baik dari Brazil. Holland bermain secara taktikal manakala Brazil bermain individual skill dan terlampau emosional. Brazil tewas 2-1 pada Holland. Seperti artikal dalam blog aku yang lalu aku memang minat pada Holland tapi mula-mula aku ingat Brazil lebih handal sebab rangking 1. Ternyata ianya salah kerana bola itu bulat, sapa-sapa pun boleh menang atau kalah. Malam tu aku jaga lagi tuntuk menonton perlawanan antara Ghana & Uruguay, Ghana kalah ditentukan penalti walaupun minit akhir Ghana dapat penalti percuma tapi tak gol. Itulah bolasepak.
Sabtu 3-July-2010, hari ni Ma & Yazid ipar aku nak hantar anak-anaknya ke rumah aku sebab mereka nak pergi ke KL. Pukul 8.45am mereka sampai rumah aku, ister aku kebetulan hari ni ada aktiviti di sekolah.
 Dia dah keluar pukul 8.00am, masa keluar beli nasi lemak Pak Ya di Taman Serdang. Masa Ma & Yazid datang aku dah nak keluar hantar anak aku Mashitah ke kelas Tuisyen. Jadi mereka tinggalkan pada Munirah anak aku yang sulong. Bila aku balik ke rumah Ma & Yazid dah pergi dan anak-anak mereka dah siap mandi. Ma bekalkan roti pada anak-anaknya.
 Aku pasang kemah dalam rumah untuk anak-anak Ma dan anak aku bermain bersama. Pukul 11.00am aku keluar lagi untuk ambik Masitah dari kelas Tuisyennya dan pukul 12.00pm isteri aku balik dari sekolah. Hari ni kenduri kahwin abang Puat jiran aku Lorong 3. Tapi kendurinya buat kat Kelab Bandar Laguna Merbok. Pukul 1.00pm aku dan isteri bawa semua anak Ma dan juga anak-anak aku pergi Sungai Petani. Kendurinya nampak hebat sebab buat kat tepi kolam renang di Kelab Laguna Merbok.
 Habis makan kenduri aku terus cari Kepah sebab berdekatan dengan tempat tu ada jual kepah. Tapi hari ni kepah tak ada aku beli je siput entah apa untuk bawa balik. Pukul 3.30pm baru aku sampai rumah, Munirah tuisyen hari ni dan Fauzi hantar Munirah bersama Firdaus anaknya ke kelas tuisyen. Petang tu pukul 6.45pm aku ambik mereka dari kelas tuisyen. Ok la untuk hari ni dan malam ni juga perlawanan bolasepak masih lagi hebat antara German & Argentina. Wow! German pilihan aku walaupun firasat aku menyatakan Argentina akan menang perlawanan akhir piala duania tahun ini. Wassalam...