Rabu, 21 Julai 2010

Panasonic

As salamualaikum... Semalam 20-July-2010 hari Selasa factory kami dikunjungi oleh satu group pengurusan dari Panasonic SEA. Panasonic telah mengambil alih Sanyo Electric dengan majoriti Share, jadi ini bermakna mereka lebih berkuasa dan berada lebih atas dari pengurusan Sanyo. Sejak minggu lalu lagi kami bertungkus lumus untuk buat house keeping ataupun 5's, terutamanya laluan untuk visitors. Biasanya kalau ada local visitors, customers dari Ford Mazda ataupun quality auditors, aku akan ditugaskan membawa visitors mengikut route untuk menerangkan mengenai Department AI & SMT. Aku dah biasa dengan tugas tu walaupun agak berat untuk aku melakukannya. Dulu masa zaman boss lama aku Alvin atau Ide-san baik Nori-san merekalah yang akan menjalankan tugas tu. Entahlah mengapa boss kali ni suruh aku pulak, mungkin dia tak biasa. Untuk Panasonic dan visitors dari Japan, Directors aku Taniguchi-san yang akan bawa dan terangkan mengenai Department aku sebab mereka lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa mereka. Tapi untuk misi kali ini mengapa Panasonic datang aku kurang pasti, mesti ada tujuan besar. Ada yang mengatakan Panasonic ada memberi kata dua kepada Sanyo bahawa Panasonic headquarters cuma akan membenarkan satu dari dua Factory Audio di South East Asia beroperasi. Jadi antara Panasonic Thailand atau pun Sanyo Automedia Penang siapa yang jadi pilihan. Pada bulan depan 24-Aug ada satu lagi orang terpenting dari Panasonic headquaters akan datang melawat dan akan membuat Final decision untuk pekara ini. Bagi aku hanya pada Ilahi aku bertawakal, rezeki di bumi Allah ini masih ada kita hanya perlu berusaha.
Pandangan peribadi aku, Sanyo ada kelebihan tersendiri dari segi Politik semasa, keadaan alam sekitar, kedudukan strategik dan tenaga buruh lebih murah tapi masih report kepada Sanyo headquarters sebelum Panasonic. Manakala Panasonic Thailand mempunyai teknologi lebih bagus, quality produk mereka lebih baik dan mereka direct report kepada Panasonic headquarters. Sanyo dan Panasonic sama-sama membuat produk untuk Mazda tetapi Sanyo mempunyai Sijil Q1 yang membolehkan Sanyo membuat produk untuk Ford dan GM. Andai kata Panasonic Thailand tidak mempunyai sijil Q1 mereka perlu apply sekurang-kurang 1 atau 2 tahun kemudian mengambil masa 2 tahun untuk mula jalan produk prototype, pre-production dan audit untuk mendapat kelulusan Ford dan GM. Jadi Sanyo mungkin mengambil masa 3 hingga 4 tahun untuk tutup kemudian mungkin mereka akan menawarkan VSS. Pada masa tu aku dah berumur 48 tahun dan aku dah berkerja lebih 20 tahun, jadi mungkin nilai VSS aku mencecah RM100 ribu keatas. Pada kiraan aku itu simpanan aku sekarang dan VSS dah mencukupi untuk perbelanjaan harian aku tapi andai kata VSS ditawarkan dalam setahun dua ini susahlah sikit dan kenalah aku cari kerja lain dulu. Wallahua'lam....

Tiada ulasan: