As salamualaikum... kenangan yang teramat indah dalam hidup aku adalah tahun 2003 aku ke Mekah untuk menunaikan Haji bersama isteri aku. Ceritanya begini, tahun 1998 walaupun dah berkahwin empat tahun tapi aku masih belum dikurnikan anak. Dari segi kewangan aku mampu, jadi hanya pada Allah aku perlu meminta dan di hadapan Kaabah adalah yang paling dekat untuk aku berdoa padaNya. Aku & isteri pun mendaftar di Tabung Haji dan dijangka untuk menunaikan haji pada tahun 2005. Tapi Allah maha berkuasa, hasil usaha aku dan isteri dan juga kehendak Ilahi isteri aku mengandung pada hujung tahun 1998 dan selamat melahirkan anak sulung aku Munirah pada Julai 1999. Tabung haji mula menawarkan tahun 2000 tapi aku belum bersedia begitu juga tahun 2001 & 2002, dua tahun aku pergi kursus untuk lebih mendalami ibadat yang aku sendiri belum dapat membayanginya. Akhirnya tahun 2003 aku dah bersedia pada umur aku 37 tahun.
![]()
Aku pergi menunaikan haji pada bulan Mac 2003 dengan melalui pakej Sakinah Travel. Ustaz Mohammad yang lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Mat Teh "O" yang mengendalikan kursus haji berkerjasama dengan Ustaz TM Fouzy dari Singapura untuk membimbing kami ke sana. Hajjah Sakinah pemilik Sakinah Travel adalah isteri kepada Ustaz TM Fouzy. Seramai 12 kumpulan (12 bas) dan satu kumpulan mempunyai 44 orang. Aku bersama kumpulan ke 7 dan bermula di Masjid Seberang Jaya kami bersama 8 kumpulan yang lain bertolak ke Kelana Jaya dengan bas yang telah di sewa. Dari Kelana Jaya kami menaiki pesawat melalui KLIA ke Jeddah dan dari Jeddah kami ditempatkan di sebuah apertment di Shisha bersempadan dengan Mina. Di Shisha inilah aku mengalami kenangan yang paling tidak dapat dilupakan. Kami dibimbing dengan pengajian manasik haji, zikir munajat, solat berjemaah, ceramah, kuliah pengajian dan yang paling diingati sekali adalah menangis bersama-sama ketika berzikir. Kami ditekankan cara yang betul untuk menunaikan haji. Kami dikuarantin di Shisha dan tidak digalakkan keluar supaya tidak dijangkiti penyakit. Majoriti, kami berniat haji ifrad, jadi kenalah kami berpakaian ihram sehingga kami selesai bercukur. Terasa berihram ini serasi dengan kami. 9 zulhijjah kami berangkat ke Arafah, ternyata kami tidak tersalah memilih pakej ini kerana kami dilayan seperti VIP. Kami mendapat kemah berhawa dingin dan makan buffet tidak terhad tapi itu tak penting bagi aku, yang penting adalah kami hendaklah berada di padang Arafah pada hari itu. Mengalir air mata aku bila masuknya waktu zohor pada hari itu kerana ini menandakan haji aku dah hampir. Tanpa hari Arafah haji tak akan dapat. Malam tu kami bertolak ke Mudzalifah, apa yang aku ingat, kami hampir-hampir dikenakan dam kerana kami tiba di Mudzalifah hampir waktu subuh. Di Mudzalifah kami turun untuk solat Subuh dan kutip batu dan batu itu aku basuh dahulu ubtuk kesahihan. Ujian demi ujian kami terima kerana susah untuk mendapatkan bas ke Mina. Walaupun aku & isteri dapat naik bas pada pukul 9.30am tapi perjalanan kami ke Shisha hampir 7 jam sedangkan rakan kami yang lain berjalan kaki cuma 2 jam sahaja sejauh 7km. Leganya aku setelah selesai bercukur apabila aku selesai lontar jamrah Akabah. Dua keping kain ihram yang aku pakai 10hari boleh aku gantikan dengan seluar dan baju berjahit dan 10 pantang larang ihram terlah terhapus. Setelah selesai melakukan lontaran jamrah di Mina selama 3 hari kami berangkat ke Hotel berhampiran Masjidil Haram dan bolehlah aku tawaf untuk lepaskan 3 lagi pantang larang ihram, Alhamdullilah. Banyak program & ziarah selama kami berada di Mekah. Aku melakukan Umrah sebanyak 2 kali sahaja. Setelah hampir sebulan aku bersama jemaah lain di Mekah kami bertolak ke Madinah. Kami berada di Madinah selama 2 minggu, banyak kenangan indah di bumi Rasullulah S.A.W. Semua perjalanan haji aku boleh ditonton dalam slide aku atau pun di You Tube yang telah aku upload
Haji2003 bersama TM Fouzy Pt 1/13 hingga Pt 13/13. Ok lah untuk kali ini. Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan