Isnin, 19 Julai 2010

Pamiran perabut kat PISA

As salamualaikum... Sabtu 17-07-2010 adalah harijadi anak sulong aku, Munirah. Dah besar dah dia, terasa baru semalam aku sambut kelahirannya di Hospital bersalin Pulau Pinang. Semasa isteri aku melahirkan dia, aku begitu bersyukur pada Allah kerana memberi aku zuriat walaupun pada mulanya aku begitu gelisah kerana lambat dapat anak. Alhamdullilah akhirnya doa aku dikabulkan, aku begitu sayangkan dia. Hari Sabtu lalu adalah hari ulang tahunnya yang kesebelas, dah remaja pun dia. Kalau dilihatkan fizikalnya, dia seorang yang tinggi dan kurus mungkin ikut fizikal aku... entahlah??. Masa dia baru lahir pun aku lihat jari-jarinya panjang, runcing dan lonjong. Anak comel aku dulu tu sekarang dah makin cantik lebih-lebih lagi kalau dia pakai baju kebaya labuh yang Shirah sepupunya kasi tu. Baju tu adalah baju lama Shirah, dah tak padan pun dengan Shirah jadi diberinya pada Munirah. Dapatlah Munirah melaram dengan baju tu terutamanya bila pergi kenduri. Isteri pun aku ada belikan baju kebaya nyonya pada dia masa pergi Kamdar minggu lalu, memang sesuai dengan dia. Tapi baju tu untuk hari Raya nanti. Hari jadi dia kali ni aku belikan kek dan cornish di Secret recipe. Lepas tu aku beli minuman Coke sebelum aku ambik dia Tuisyen hari tu. Kami makan satu family saja hari tu.
Ahad 18-7-2010, aku dah buat appointment pukul 10.00am dengan budak servis air-cond yang kebetulan servis air-cond rumah Fauzi jiran aku hari Jumaat hari tu. Dah lama isteri aku merungut pasal air-cond yag dah tak berapa sejuk tu. Belum pun pukul 10.00am dia dah datang, katanya dia ambil masa 1 1/2 jam untuk servis air-cond tu. Eloklah, sebab pukul 11.30am Mejar Redzuan panggil makan kenduri kesyukuran di rumah dia. Lebih kurang pukul 11.30am memang habis dia servis air-cond tu dan aku dikenakan RM80.00 untuk servis tu. Memang itulah harga yang aku survey. Lepas tu baru aku pergi ke rumah Mejar, dah ramai orang kat rumah dia. Mejar cuma panggil jiran kebanyakkan dari Lorong 1 saja dan ada juga jiran dari Lorong lain yang rapat dengan dia. Ustaz Wan dari Lorong 5 jadi tekong hari tu, kami baca Yaasin dan Tahlil diikuti doa selamat oleh Ustaz. Makanan hari tu Mejar ambil dari abang Zaki, dia pernah masak untuk aku masa kenduri kekah dan doa selamat aku dulu. Sedap juga masakan kampung yang dia masak hari tu walaupun simple tapi memuaskan. Bimbang juga aku sebab aku yang introduce pada Mejar, manalah tau tiba-tiba tak sedap pulak dia masak. Habis makan cepat-cepat aku balik sebab kena bergilir dengan isteri aku untuk jaga Mirza. Pukul 2.30pm aku memang dah rancang dengan isteri aku untuk pergi Pisa tengok Furniture Exibhition. Tapi tak berapa best sangat, Sofa yang aku cari tak menepati cita rasa kami bersama. Ma suruh kami singgah rumah dia, sebab dia dah masak bubur kacang untuk kami makan petang. Kami balik pukul 6.30pm selapas solat Asar kat rumah dia.
Isnin 19-July-2010, hari ni kat tempat kerja kami kena clearkan laluan visitor sebab esok Top Management dari Panasonic Asia nak datang melawat. Hari Sabtu hari tu aku dah arrange dengan Mazlan untuk ubah mesin SMD11 selari sengan SMD10 supaya lorong  laluan visitor nampak lapang. Hari ni kami buat line kuning dan line biru je. Sampai ke petang kami arrange dan sebelum aku balik pun kawan-kawang aku masih sibuk uruskan. Aku macam biasa, pukul 5.30pm dah kena keluar untuk ambik Mirza kat rumah pengasuh. Ok lah cerita untuk kali ni, wassalam...

Tiada ulasan: