Rabu, 28 Julai 2010

Sya'ban


As salamualaikum... Rabu, 27-July-2010... kejap je rasa hari berlalu dah nak habis bulan July. Bulan depan pula dah nak start puasa, hari ni dah lebih separuh bulan Sya'ban. Bulan puasa nanti lagi rasa cepat masa berlalu sebab asyik tunggu time Maghrib masuk tiap-tiap hari. Cerita pasal puasa ni teringat pula waktu aku kecik-kecik dulu yang lebih banyak duduk rumah maktok aku terutamanya hari Sabtu dan Ahad. Maklumlah masa start belajar puasa tu dahaga dan laparnya tak terkira. Aku memang suka perpuasa tapi bila dah tak tahan sangat, selalu aku curi-curi kumur untuk hilangkan letih dahaga dan tekak kering. Curi makan dan minum aku tak berani, aku sanggup tahan makan dan minum tapi berkumur tu kerap. Tak palah sebab aku nak belajar berpuasa lagi pun masa tu umur aku baru 7 atau 8 tahun. Masa tu jarang rumah ada peti ais tapi rumah maktok ada, rumah mak aku pun belum ada masa tu. Maktok hari-hari upah aku 20sen, masa tu 20sen besar nilainya. Aku boleh beli macam-macam, biasanya aku beli buah ataupun air botol untuk buka puasa. Aku akan pastikan aku buat air batu, buah dan minuman yang aku beli aku akan letakkan dalam peti ais. Kalau kat rumah mak aku, kenalah aku beli ketul ais kat kedai. Masa tu satu bata ais batu 10sen je, besar pulak tu. Lebih kurang 2 ketul bata buat rumah. Maktok boleh dikatogerikan sebagai orang berada sebab bapa (panggilan untuk datuk lelaki aku) seorang yang berniaga daging. Lauk pauk yang dihidangkan banyak dan mewah jugak. Rumah maktok lebih kurang 1/2 batu dari rumah mak aku. Biasanya aku akan berjalan kaki saja dari rumah mak aku ke rumah maktok. Waktu tu mak aku lepaskan saja aku berjalan ke rumah maktok tak macam waktu sekarang ni, mak bapa tak berapa percaya untuk lepaskan anak-anak yang masih sekolah rendah. Dari rumah mak aku ke rumah maktok aku akan tempoh pekan Sungai Puyu. Pekan yang bersimpang empat tu tak berapa besar sangat tapi ada panggung wayang dan banyak kedai-kedai lama yang bercirikan masyarakat cina atau pekan cina. Aku sering disuruh maktok untuk membeli barangan runcit di Pekan tu. Masa aku sekolah rendah dulu, hari-hari sekolah aku akan tinggal di rumah emak aku kat Maklom tapi hari sabtu dan Ahad aku akan temankan maktok di rumahnya. Aku sekolah di Sekolah St. Mark, Bagan Luar. Jarak sekolah dan rumah mak aku lebih kurang 7 Km, aku pergi naik van sekolah. Dekat rumah mak aku bukan tak ada sekolah tapi ayah aku sengaja hantar aku jauh dari rumah supaya aku lebih berani berdikari. Lagi pun ayah aku berniaga daging kat Bagan Luar, tak jauh dari sekolah aku. Jadi bolehlah dia jengok aku bila habis berniaga. Rumah Tok sebelah ayah aku pun tak jauh dari situ, di Sungai Nyiur. Ada juga abang dan kakak aku bersekolah di sekolah Sungai Puyu. Sampai sekarang aku tak ramai kawan di kawasan Sungai Puyu tak seperti abang aku, kawan-kawannya ramai yang kat situ. Rumah maktok aku pulak dikelilingi dengan rumah orang cina ,cuma sedikait saja jiran maktok aku berbangsa melayu tu pun aku dah tak jumpa lama sebab rumah maktok aku dah roboh. Sekarang ni ada lebuh raya besar BORR depan tanah maktok aku. Tanahnya pulak dah disewakan kepada orang letak lori perniagaan. Habis le kenangan aku dengan rumah maktok aku. Eh! banyak pulak aku story tentang maktok aku, sepatutnya nak cerita pasal puasa. Takpalah puasa lagi 2 minggu, kita perlu bersedia dan berbanyak amal nanti. Wassalam...

Tiada ulasan: