Isnin, 12 Julai 2010
Sepanyol Juara Worldcup 2010
As salamualaikum... 12-July-2010 akhirnya juara piala duania 2010 milik Spain mengalahkan Holland 1-0 diminit-minit akhir masa tambahan setelah kedudukan 0-0 dalam masa sebenar 90 minit. Gol dijaringkan oleh mid-filder Andrea Iniesta yang juga mewakili kelab Barcelona. Nampaknya tekaan aku salah sama sekali mengenai Holland pilihan pertama aku. Kecewa aku lihat Arjen Robben, pemain lincah dari kelab Baryen Munich lebih-lebih lagi cubaannya untuk menjaringkan gol terkena kaki penjaga gol Carsilas. Tak pa mungkin bukan masa untuk Holland menjulang Piala Dunia untuk kali ini walaupun ini adalah percubaan ke-tiga untuk Holland. Aku memang mahu Holland menang lebih-lebih lagi untuk menyangkal ramalan Sotong Kurita Paul yang meramal Spain yang akan menang. Kalau Spain menang, maka tekaan sotong tu betul dan ini membuat orang memuja sotong tu. Ia boleh mendatangkan syirik dan orang yang mempersendakan atau joke dengan gelagat sotong tu boleh mengakibatkan 2 dosa kata Ustaz Zaharuddin dalam Facebook beliau. Aku meminta orang ramai janganlah percaya atau mempersendakan benda ni. Ini adalah kerja orang kafir yang sengaja mahu orang Islam terpesong? Entahlah!!. Wassalam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan