Isnin, 8 Mac 2010

Lepas Pantang 44 hari

Salam.... Ahad 7-Mar-2010 hari ke 45 Mirza dilahirkan bermakna lepaslah pantang 44 hari isteri aku. Tapi aku masih ragu-ragu tentang pantang 44 hari tu untuk orang lepas beranak, apakah yang dipantangnya? Yang aku lalui sekarang ni salah satu pantangnya tak boleh makan benda gatal takut nanti mengaru pulak, jadi bila aku ke pasar aku pun cari ikan-ikan yang tak gatal!!! Tapi kebanyakkan ikan tak gatal mahal harganya, contohnya ikan Siakap, tenggiri, seludu, senangin dsbnya. Ikan Mat saleh pulak aku boleh beli kat Carrefour ikan Solmon & Cod tapi punyalah mahal. Selalu jugak aku beli ikan solmon tu dan aku suka grillkan ia dalam aluminum foil supaya minyaknya tak keluar. kalau ikan fresh biasanya RM30 hingga RM35 tapi aku beli yang frozen je sekilo RM25 ke RM28. Lain-lain pantang ialah tak boleh keluar rumah?? tapi isteri aku selalu ulang alik ke Hospital semasa Mirza masih lagi kuning hari tu dan kekadang dia bawa kereta sendiri sebab aku kerja. Orang tua bising jugak, tapi selamba je... Hari Ahad tu kami mula keluar ke rumah Kak Kama penjaga Munirah & Mashitah sebab nak tanya dia untuk jaga Mirza pulak, kelmarin berita tak berapa baik sebab dah ada baby untuk dia jaga. Tapi hari ini dia dah call balik dan setuju nak jaga Mirza, aku setuju je walaupun dinaikkan harga RM170. Kak Kama bagi aku seorang yang baik, jujur, penyayang, cermat dan suaminya abang Zainal pulak baik walaupun banyak cakap serta peramah. Rumah mereka sentiasa kemas dan budak-budak diajarnya berdisplin. kali ni isteri aku mengajar petang, kira-kira jam 11am ke 12am baru dia boleh hantar dan aku pulak balik jam 5.30pm ke 6pm untuk ambil Mirza balik. Apa-apa pun hati aku lega sebab dia sudi jaga anak aku.