As salamualaikum... Jumaat 6-Aug-2010, malam tu mertua datang ke rumah aku bersama ipar aku Azahar satu famili. Sebelum tu Yong dan Yeop sampai dulu bersama anak-anaknya, Ma dan Yazid pula sampai pukul 10.00pm. Memang mereka plan nak pergi Perlis temankan Jumat adik ipar aku Konvo kat Kangar esok hari. Malam tu memang ramailah kerabat isteri aku kat rumah aku sampai aku sendiri kena tidur kat depan TV. Yong anak beranak tidur kat bilik belakang, isteri Azahar, mertua & Shirah anak Yong tidur kat bilik tengah manakala isteri aku bersama anak-anak aku tidur bilik depan. Aku dan Azahar tidur kat hall, tu pun Ma dan Yazid tidur kat rumah mak Yazid tak jauh dari rumah aku. Malam tu isteri aku dah tempah ketupat kat Milah. Isteri aku juga masak rendang untuk makan bersama ketupat. Makan malam kami adalah ketupat, durian yang Azahar beli semasa dalam perjalanan kemari, mereka makan bersama pulut santan dan nasi. Malam tu lambat juga aku tidur sebab uruskan dia orang tidur dulu, tu pun Yazid balik pukul 12.00 malam.
Sabtu 7-Aug-2010, mertua dan Azahar bangun awal sebab mereka berdua nak pergi konvo Jumat, jadi kenalah sampai kat tempat Jumat ambil ijazah sebelum pukul 8.00am. Pukul 6.15am mereka dah bertolak. Kami pula bertolak lambat sikit sebab Jumat habis pukul 12.00pm, kami semua tak plan untuk masuk tengok. Cuma mertua saja yang masuk walaupun dapat 2 tiket. Sampai je di tempat Jumat ambil ijazah kami tunggu kat bangunan kesenian negeri Perlis.


Selesai saja Jumat keluar dewan, dia datang mendapatkan kami untuk bergambar. Sebenarnya tempat yang kami tunggu tu tak boleh masuk, kata security tempat tu ada function Nyasid nanti. Jadi selesai bergambar kami bergegas keluar dan plannya nak ke Padang Besar untuk shopping, Yong memang kaki shopping. Kami konvoi 4 kereta, Yeop yang leading kat depan. Yeop berhenti kat kedai makan untuk makan tengahari, mungkin mereka lapar sangat. Habis makan kami bertolak terus ke Padang Besar dan sampai kat sana pukul 3.00pm. Parking memang susah nak dapat, aku pusing sampai 3 kali baru dapat. Kami berpecah ikut famili masing-masing. Aku cuma beli pokok orkid hiasan je, tu pun harganya sampai Rm95.00 selepas tawar menawar.

Isteri aku pula beli asam jawa dan sedikit kacang. Pukul 4.30pm kami bertolak ke Homestay kat Kangar yang Jumat telah tempahkan. Homestaynya ok juga, sebuah bunglow dalam taman perumahan. Ada 3 bilik dan 2 bilik air tapi kat Perlis airnya memang perlahan. Aku tengok semua orang agak keletihan, ada yang tertidur tapi aku tak boleh tidur walaupun mengantuk. Malam tu selepas solat Maghrib kami ke Kodiang, rumah Nizom dan Yong Kema. Mereka semua belum pernah sampai kat rumah baru Yong Kema, jadi isteri aku call Yong Kema petang tadi untuk ke sana. Aku pula tak berapa ingat jalan ke sana, harapkan Jumat saja. Rupa-rupanya Jumat pun tak tau, dia call Nizom ambil kat simpang. Malam tu kami makan kat rumah Yong Kema saja, dia buat masak lemak ayam.

Lepas makan dan sembang-sembang kami balik semula ke homestay kami kat Kangar. Sampai kat sana lewat jugak. Semua orang dewasa lelaki tidur kat hall depan TV. Yong tidur kat bilik depan bersama anak-anaknya, isteri aku, mertua & Ma tidur kat bilik tengah. Manakala Ros isteri Azahar dan anak-anak tidur kat bilik belakang. Tak tau aku pukul berapa aku terlelap sebab letih sangat.
Ahad 8-Aug-2010, bangun solat subuh. Yang lain-lain terus mandi dan siap-siap untuk ke Wang Kelian pulak. Aku dah beritahu isteri aku yang aku tak nak ke sana. Mereka pergi sebab nak beli-belah. Aku dan isteri aku tinggal kat runah bersama kanak-kanak, yang lain semua pergi. Lepas semua pergi aku tidur sampai pukul 12.00pm. Itu pun sebab tayar kereta aku pancit, kebetulan Jumat baru sampai jadi dialah yang tolong tukarkan. Mereka yang pergi Wang Kelian sampai balik pukul 12.30pm, sekali dengan nasi bungkus. Lepas makan kami kemas-kemas dan bertolak balik pukul 3.00pm selepas solat Jamak Zohor & Asar. Aku sampai di rumah pukul 4.30pm, yang lainnya semua ikut haluan masing-masing kecuali Azahar singgah sebentar rumah aku untuk ambil barang-barangnya yang tertinggal. Oklah sampai sini dulu ..wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan