As salamualaikum... Hari ni Ahad 27-Jun-2010... Malam semalam aku memang tak berapa tidur sebab tengok bola, tambah pulak masa USA lawan Ghana perlawanan berkesudahan seri 1-1 tambahan masa pulak setengah jam terus buat aku tak tidur. Aku tidur atas sofa depan TV je, senang nak bangun bila terlelap. Setiap kali alarm bunyi aku jaga dan aku akan setkan selepas sejam pulak. Jam bunyi pukul 6.30am aku terus bangun untuk Solat Subuh, kali ni aku tak lena dah sebab pukul 8.00am nanti aku kena hantar Munirah ke kelas Tuisyen. Hari ni aku beli roti canai saja untuk sarapan pagi. Balik rumah aku terlelap lagi mungkin aku tak cukup tidur atau sebab aku makan ubat selsema, ubat tu rasanya memang mengantukkan. Aku terjaga lagi bila telefon berbunyi, kali ni Omar adik aku yang telefon. Omar sedang berada di Hospital Pantai Mutiara di Bayan Baru kerana melawat Bibik yang sedang koma. Dia suruh aku melawat Bibik cepat sebab katanya Bibik semakin tenat sekarang. Aku kata padanya mungkin petang nanti selepas Munirah balik dari kelas tuisyen baru aku pergi. Pukul 1.30pm Ana dan Sobri datang untuk hantar kueh bakar yang isteri aku pesan pada Ana semalam. Ana adalah kawan sekampung isteri aku di Bota dan baru balik dari kursus di Ipoh Perak. Kebetulan dia balik ke kampungnya di Bota, lalu isteri aku pesan kueh bakar yang orang kampung tu buat. Selepas Solat Zohor pukul 2.00pm kami sekeluarga pun keluar untuk melawat Bibik, sebelum tu isteri aku dah telefon Ma adik dia yang tinggal di Bayan Baru untuk tumpangkan akan-anak aku semasa melawat Bibik. Sampai di rumah Ma, dia dah sediakan makan tengahari, kami makan tengahari dulu di rumah Ma. Yazid suami Ma keluar katanya mencari durian untuk jamukan pada kami. Yazid balik dengan membawa 2 biji durian dan 2 tupperware durian yang telah di buka. Tapi tak nak makan lagi, kami nak tengok Bibik dulu.
Sampai di Hospital pantai yang jaraknya 1km dari rumah Ma, kami nampak Kak Nina kakak aku, Lily dan Abang Najib baru sampai. Kami naik sama-sama ke tingkat 1, Kak Yah, Abang Jamil, Abang Razi & Kak Noni dah ada dan sedang tunggu kat luar bilik ICU. Kata mereka waktu melawat adalah pukul 5.00pm, tak siapa dibenarkan masuk sekarang. Kenalah kami tunggu 1 jam kat luar sambil nonton TV cerita Senario 1. Bila jam dah pukul 5.00pm kami minta nak masuk melawat. Kami dibenarkan masuk sorang demi sorang saja. Bila time aku masuk aku tengok Bibik terbaring atas katil, mulutnya disumbat dengan pipe mungkin masuk air. Bibik tak sedarkan diri masa tu, sebak aku rasa kat hati ni. Aku tak sedar air mataku mengalir keluar. Aku sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar dia sembuh atau sedar kembali. Aku terbayang sewaktu aku kecil dia membela aku pada musim cuti sekolah. Aku tahu dia sayangkan aku, dia suka kalau aku ke rumah dia dan bermain dengan anak-anak dia. Ya Allah, ampunkan dosa Bibikku ini...
Habis je melawat Bibik aku an ister terus balik ke rumah Ma, bimbang jugak baby aku Mirza meragam. Sampai je rumah Ma, isteri aku terus sambut Mirza tapi di tak nangis. Ma mula menjamu kami makan durian, kek harijadi dan snek. Kebetulan semalam harijadi Ma, Yazid belikan kek Aiskrim dan kek coklat.
Cerita pasal DURIAN, aku memang tak suka makan durian, malah baunya yang menyengit pun aku tak suka. Dulu masa aku kecil aku memang makan durian, tapi aku tak tahan. Setiap kali aku makan walaupun seulas aku pasti demam, dah macam-macam petua orang tua aku buat untuk hilangkan rasa panas badan bila makan durian tapi semua tak menjadi. Ia membuat aku serik dan tak suka durian. Jadi bila sapa-sapa bawa masuk durian ke dalam rumah aku, aku tak akan makan. Keluarga aku sendiri pun memang kurang makan durian, taklah gila makan durian macam orang lain. Mak aku kalau beli durian cuma sebiji dua, selalunya dia akan buat kuah durian pencicah roti sorai. Isteri aku orang Perak Tengah memang gila makan durian, lauk mereka pun dicampur Tempoyak (durian masam yang di simpan dalam botol). Sambal pencicah ulaman pun campur tempoyak, berbeza dengan aku yang tak sukakan durian. Bila mereka makan aku cuma tengok saja, bila pergi kebun kutip durian luruh aku tolang kutipkan tapi tetap tak makan. Tadi Yazid belikan durian Balik Pulau, katanya yang dalam tupperware durian Udang Merah harganya agak mahal dan isinya agak lembab. 2 biji yang belum kopek tu satu durian D18 dan satu lagi D24, isinya agak kering. D18 agak keras sedikit berbanding dengan D24. Entahlah aku aku bukan pakar dalam bab ini. Oklah sampai sini dulu untuk hari ni ... wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan