Salam,
Tahun baru 2010 bermula, bagi diri aku azam tahun baru sama saja dengan tahun terdahulu. Tahun ni kedua-dua anak aku akan masuk Sekolah, yang sulung Munirah dah masuk darjah 5 manakala Mashitah masih berumur 6 tahun tapi desebabkan emak dia kena mengajar seesi petang terpaksalah ditumpangkan darjah 1 di Sekolah emak dia. Hari Isnin tu aku ambik cuti sebab nak hantar dia ke Sekolah, maklumlah hari pertama kenalah tengok2. Lagi pun dia baru umur 6 tahun, mak dia hari ni pulak cuti m.c.
Seronok jugak hantar anak ke Sekolah, suasana hari pertama buat aku terkenang masa aku masuk Sekolah dulu. Sekolah aku dengan rumah aku 8 Km jauhnya, ayah aku tingal aku sorang2 kat sana. Habis tu balik pulak pandai2lah cari van sekolah sendiri, tapi aku tak panik. Kakak aku naik van yang sama tapi sekolah lain, tak sesat pun. Sekarang ni budak2 semuah dah matang sebab dia orang dah pernah masuk Tadika tak macam aku dulu. Aku tengok anak aku tu selamba saja dan dah ada ramai kawan yang dia kenal masa Tadika dulu. Jadi tak kekoklah, tak ada sorang budak pun yang menangis. Masa time aku dulu ramai budak yang menangis siap dengan kencing dan berak dalam seluar kerana takut atau malu dengan Cikgu.
Cikgu dulu garang pulak tu, siap rotan lagi. Aku dulu sering kena rotan, aku ingat lagi Cikgu Zainab siap cubit pipi aku. Tapi itu dulu tapi sekarang tak boleh rotan suka-suka, jentik pun kena hati-hati. Hari pertama anak aku dah kena buat ujian untuk streaming kelas mana yang dia patut masuk. Akhirnya dia masuk kelas nombor 3. Kelas mana pun aku tak kisah, janji dia tak kekok bila masuk Darjah satu betul-betul tahun depan.
Pada hari yang sama aku bawa isteri aku ke Hospital untuk periksa kandungannya yang hampir 9 bulan. Doktor kata dua minggu lagi kena masuk Wad untuk bersalin, rasa berdebar pulak aku kali ni. Aku masih berharap dan berdoa untuk dapat anak lelaki. Petang tu aku ambik anak aku kat sekolah. Aku tengok dia letih sangat sampai terlena...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan