Jumaat, 22 Januari 2010

New baby born.


Salam... Minggu ni aku sibuk sikit sebab isteri aku dijangka akan melahirkan anak aku yang ketiga. Doktor dah advise dia untuk masuk wad pada hari selasa 19 Jan disebabkan dia ada masalah diabetis. Aku dah apply leave untuk 3 hari bermula hari Rabu sampai Jumaat sambung dengan Sabtu & Ahad jadi 5 hari. So hari Selasa petang aku pun hantar isteri aku ke Hospital Seberang Jaya. Pada mulanya kami cadang nak settle kat Hospital Besar Penang je sebab kedua-dua kakak dia beranak kat sana tapi last minit kami ubah fikiran takut baby ada masalah kena ulang alik ke Penang pulak tak ke susah. Kami pun tawakal saja walaupun ramai yang bagi pandangan kat Seberang Jaya nurse dia cerewet sikit! Hari Selasa tu aku cuma hantar je lepas tu balik le sebab esoknya Munirah nak ke Sekolah.
Hari Rabu aku tunggu call dari isteri aku, pagi tak call pun, jam 11am aku keluar hantar Masitah rumah Mak Tok dia. Lepas tu pukul 1.00pm aku ambik Munirah pulak, petang baru aku pi jengok isteri aku, masa tu dia dah masuk ubat dah pagi tadi, masuk ubat tu maknanya nak meluaskan salur rahim  untuk anak keluar. Aku sampai jam 4.30pm tapi jam 5.00pm baru boleh masuk, masa tu isteri aku dah mula sakit tapi baru buka 2cm. Kalau nak beranak kena buka 10cm???. Kesian jugak aku tengok dia kekadang keluar air mata menahan sakit sebab nak beranakkan anak aku tu. Jam 6.45pm Azahar dah sampai kat Hospital bawa mertua aku, sempat juga dia jengok isteri aku. 7.30pm aku pun balik berama mereka sebab tak ada tanda nak beranak lagi. Azahar malam tu balik Ipoh sebab isteri dia nak kerja.
Hari Khamis 21 Jan, aku bangun awal, lepas solat Subuh aku keluar beli roti canai & nasi lemak untuk semua sarapan. Jam 9.00am baru aku keluar untuk ke Hospital tapi tak boleh masuk, aku duduk kat luar je. Isteri aku telefon suruh aku balik, jam 2.00pm call Hospital tanya dah beranak ke belum. Aku tak balik sebaliknya aku pergi rumah mak aku, sembang-sembang. Jam 11.00am aku pergi tempat yang dekat dengan Hospital senang kalau-kalau emergency cepat aku sampai aku pun lepak kat Carrefour & Sunway Carnival. Dekat jam 2.00pm aku sampai Hospital, masa tu Ma ada kat Hospital kebetulan kawan dia Nora pun masuk Wad sam dengan isteri aku. Aku terus pergi tanya kat counter tapi belum beranak lagi. Aku tunggu sampai jam 5.00pm Doktor panggil aku, dia kata isteri aku kena operate & aku kena sain lagi. Ma sempat jumpa isteri aku masa nak masuk dewan bedah lepas tu Ma terus balik sebab dah lama tunggu. Aku terus tunggu, lama jugak. Jam 6.02pm anak aku pun keluar, isteri aku keluar dewan bedah jam 7.45pm. Alhamdulillah aku dapat anak perempuan lagi, comel macam kakak dia Mashitah. Tapi beratnya cuma 2.9kg, Mashitah dulu 4.06kg dan beranak normal. Jam 8.00pm baru aku dapat pegang anak aku dan aku Azan bersama Iqamah...Alhamdullilah sujud syukur aku kepada Allah Subhanawata'ala. Balik tu aku singgah rumah mak aku dulu, lepas tu perut aku keroncong apa lagi makan dulu le. Malam tu aku prosses uri pulak, 1st time aku cuci uri & tanam malam tu jugak. Sekali lagi Alhamdullilah... Wa salam.

Tiada ulasan: