Tragedi di Sungai Klah resort minggu lepas masih menjadi igauan buruk bagi ku. Masih terbayang bagaimana aku terjatuh ke dalam longkang tu sehingga menyebabkan dua tulang rusuk kiri ku patah dan kaki kanan ku terseliuh. Ngeri sungguh rasanya... kenapalah pada masa tu aku tak berhati-hati untuk melangkah masuk ke dalam kereta, kenapalah aku "parking" rapat di tepi longkang sehingga tak banyak ruang untuk aku memijak tebing longkang tu, kenapalah pula aku "parking" sebelah pemandu betul-betul di tepi longkang dan tidak sebaliknya dan kenapalah pihak resort tidak mengadakan lampu jalan di situ bagi mencerahkan kawasan gelap tu. Begitu banyak persoalan yang aku terfikir di benak hati ku, sedangkan aku ni boleh dikatakan seorang yang sangat berhati-hati. Tapi itu semua adalah ketentuan Allah dan sudah ditakdirkan begitu. Ya Allah.. aku redha dengan Qada dan Qadar mu, ampunilah dosa-dosa ku.
Memang susah kalau tulang dah patah, sakit kalau badan bergoyang. Pergerakan juga amat terbatas, susah nak tunduk atau duduk terutamanya semasa Solat. Tambah lagi kaki kanan ku terseliuh, susah nak cari posisi yang betul semasa duduk, kalau tersilap sikit pasti sakit. Begitu juga kalau nak batuk dan bersin, aku akan cuba untuk menahannya supaya tidak batuk atau bersin.
Berita kemalangan ku cepat tersebar, kak Tipah dan abang Adin adalah orang pertama yang tahu kemudian kak Noni, kak Yah dan adik aku Omar dan Iza. Kebanyakan mereka sudah pun datang menziarahi aku, macam-macam cadangan yang mereka cadangkan untuk aku pergi berubat secara tradisional bagi memulihkan aku. Abang Adin mencadangkan aku untuk pergi ke pusat rawatan Maussyifa yang letaknya di Jarak dan kami menetapkan tarikh 20 Feb iaitu pada hari Selasa dan dia sendiri yang akan bawa aku ke pusat rawatan tu.
Pada pagi Selasa 20 Feb 9:00am abang Adin dan kak Tipah datang untuk membawa aku ke tempat rawatan tu. Mudah di cari dengan petunjuk yang diberikan oleh kawan-kawan iaitu depannya Sekolah, rumah berwarna oren di antara Petronas dan Masjid. Semasa aku sampai tidak ada orang lain, akulah orang pertama yang datang hari tu. Aku terus masuk ke dalam dan berjumpa dengan Tabib yang aku panggil Ustaz. Aku menceritakan segalanya apa yang terjadi pada diriku.
Setelah pulang ke rumah aku rasa lebih selesa walaupun diikat sementara pergerakan ku lebih baik dan tidak terlalu sakit. Moga-moga dengan izin Allah air penawar itu dapat menyembuhkan tulang ku yang patah. Aamiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan