Jumaat, 9 Oktober 2009

Diari hidupku

Hari ni aku mulakan blog aku, tapi ini adalah untuk diary hidupku. Biasanya aku bangun pukul 5.20am bila hand phone aku berdering, tapi nadanya adalah zikrullah "Subhanallah... Walhamdulilah... Wala ila haillalah... Tubna.. ya Allah ...Wa rojak na ya Allah ... Wa nadim na ya Allah". Begitulah zikrullah yang aku setting dalam hand phone aku, bingkas aku bangun. Selepas ut aku akan keluar dari bilik terus capai botol Bio-Spray aku (suppliment) aku akan sembur sekali bawah lidah dan biarkan selama 2 minit. Sambil tu aku akan nonton TV apa-apa cerita pun tak kisah, tapi kalau hari Sabtu dan Ahad aku akan tonton cerita Nurkasih yang amat popular ketika ini. Lepas tu aku terus mandi tapi biasanya aku akan buang ... ...... dulu supaya aku tak sakit kepala nanti. Terus ambil Wuduk dan siap pakai uniform kerja yang telah aku seterika sehari sebelum. Aku tak suka kelam kabut pagi-pagi seterika uniform, rasa macam tak selesa. 5.50am aku dah dengar Azan Subuh, hari ni suara Zamri jiran baru Lorong 3. Mungkin dia tak kerja hari ni, dia mengajar di Pendang Kedah, hari ni cuti. 6.00am aku terus bagitau kat isteri aku yang aku dah nak keluar, dia dan anak-anak aku semuanya belum bangun. Biasanya 6.15am baru dia orang bangun. Aku terus ke Surau, hari ni hari Jumaat Imam (Ustaz Wan) mesti baca Surah Sajadah.. panjang lah sikit, tapi tak pa sebab dia pun akan pergi kerja smam waktu dengan aku. Selalunya aku akan bersain dengan dia, dia mengajar di Penang Free school. Hari ni mungkin awal sikit habis sembahyang 6.18am, habis je baca doa dan bersalaman aku teruk keluar dan pandu ke tempat kerja. Di dalam kereta pagi-pagi aku akan buka TV3 dulu dengar ceramah, hari Jumaat Ustaz Zawawi akan kisah & sifat Nabi Muhammad S.A.W., best jugak. 6.30am aku tukar ke Radio Ikim dengar Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan. Aku akan sampai pukul 6.45am dan akan keluar kereta setelah habis dengar Ustaz Zahazan. Sampai kat Guard hous aku akan ambil free news paper The Sun dan lepas tu terus punch card (barcode slide). Aku akan tukar ESD shoes dulu dan tepat 6.55am loceng akan berbunyi terus aku masuk dalam office. Sebelum tu aku akan check ESD shoes dulu, masuk saja dalam office Mr. Foo mesti dah sampai terus ucap Good morning pada dia dan salam pada kawan-kawan lain. Terus aku "On" kan komputer, sambil tu aku akan tengok-tengok news paper. Baca e-mail adalah rutin awal aku sebelum masuk morning meeting dengan Maintenance group. Hari ni tak banyak masalah tapi aku lebih concern dengan Bose model yang nak jalan sat lagi. MSL tak control lagi, bengang jugak aku terus aku call Zamri confirm dengan dia. Dia mintak tangguh jalan tapi semua dah set-up. Last-last jalan jugak.. entah lah aku tak confident sangat. Seharian aku follow up model Bose dengan semua AI group. Pukul 12.25pm terus aku keluar untuk sembahyang Jummat. Biasanya kami akan naik bas ke Masjid Seberang Jaya, makan kat cafe dia sedap sikit. O.k. lah cerita aku separuh hari, penat jugak rasanya nak cerita semua. Biasany rutin kehidupan aku sama je hari-hari kecuali kalau ada special event, audit, new model, problem yang besar-besar. Bye..

Tiada ulasan: