Selasa, 13 Oktober 2009

Majlis Jamuan Raya


Salam, hujung minggu ni banyak sungguh januan hari raya, sedangkan kita berada dipenghujung shawal. Hari Sabtu lepas, Lorong yang aku tinggal Lorong Satu Taman Rupawan kami bersepakat untuk me-raikan jamuan hari raya. Kemah dah kami sewakan dan dirikan sehari sebelum jamuan. Laksa kami rancang untuk masak kuahnya tapi laksa Lai-fan kami tempah dari Tasek Gelugur sama seperti tahun lepas. Satay kami tempah pakej sekali dengan alat pembakar dan orang untuk membakarnya tak seperti tahun lalu aku buat BBQ kepak ayam gaya Texas. Letih aku seharian perap ayam dan malam membakarnya. Mee rebus Tahir yang popular dahulu di Kepala Batas pun salah satu menu yang kami sediakan. Selain itu ketupat nasi himpit disamping minuman dan cendol. Petang hari Sabtu Mejar (B) Ridzuan SMS untuk gotong royong atur meja dan tempat hidangan, aku Fauzi, Hisyam, Zek masing-masing menjalankan tugas untuk atur semua meja. Lepas tu Dr Hakimi & anak-anak jiran turun sama membantu. Masuk maghrib & Isyak, aku pi sembahyang berjemaah sambil menjemput Rakan surau ke majlis kami. Majlis kami bermula selepas Isyak, seronok jugak sekali-sekala kami berkumpul sebegini. sambil jiran-jiran lain berkumpul sekali dan makan bersama-sama. Malam tu kami bersembang sampai pukul 1 pagi.
Hari Ahad pulak aku dah kena bangun awal sebab hari ni Ayah Alang dan famili nak datang singgah rumah aku. Pukul 9 am aku ke pasar beli daging dan tulang. Nasib aku tak berapa baik sebab tulang ekor yang aku target tak ada cuma daging batang pinang masih ada. Kat pasar aku bertembung dengan adik kepada abang mie, Dell & Razak. Kebetulan Abang Mie, Dell dan Razak adalah teman aku masa mengerjakan Haji dulu. balik saja ke rumah aku dan isteri aku terus masak, daging batang pinang tu nak masak Pesamah manakala tulang tu buat supsebab ayah alang memang suka sup tulang. tadi ada jugak beli udang dan ulam-ulam, aku goreng tempura cicah sos kicap campur halia. Pukul 12.30pm dio orang dah sampai tapi kami belum siap masak lagi. jadi kami suruh dia orang rehat-rehat dulu. ayah alang pulak pergi ke rumah kawan dia kat Permatang Buluh. Pukul 2.30pm baru selesai masak, hari ni semua yang kami masak menjadi. Selera betul tengok tetamu makan, tambah-tambah pulak tu. Petang tu pulak kami pergi ke rumah yazid & Ma, dia orang pun buat rumah terbuka, makan laksa pulak. Hari tu kenyang dan sendat perut aku. Dekat Maghrib baru sampai rumah. Lepas Isyak aku dah lena sampai kepagi.
Kelmarin hari Isnin selepas Isyak, Kapten Wan Lorong 2 pulak buat rumah terbuka, makan lagi. Sedap pulak tu nasi biryani, satay, laksa pun ada tapi aku dah muak dengan laksa jadi aku tak makan laksa. Sebelum tu habis saja sembahyang Maghrib kami baca Yasin & Tahlil dulu.
Hari ni Selasa, Isteri aku telefon kata dia tak sihat untuk memasak. jadi dia ajak makan luar kat Secret Resipi. Aku dan dia order Laksa Sarawak, Munirah anak aku order Tom Yam Kung manakala Mashitah anak aku yang kecil isteri aku order kan dia Currypuff. Kembung perut aku dibuatnya, habis diet aku lepas raya ni. macam tu kalau dah over raya, over makan pulak tu. Lemah badan aku asyik makan pulak, kenalah aku sambung diet aku balik... Wasalam.

Tiada ulasan: