Ahad, 23 Januari 2011

Ayah

Petang hari Selasa 18-Jan, masa tu aku tengah kelam kabut sebab Letrik tiba-tiba putus kat factory aku. Biasanya apabila letrik putus pekara yang pertama kena aku tengok adalah mesin oven aku sebab dalamnya masih ada PCB yang tersangkut. Kami ramai-ramai akan buka penutup oven yang agak berat kira-kira 50kg tu dan keluarkan PCB di dalam nya. Lepas tu satu per satu mesin kami akan shutdown switch. Tengah aku update Power failure checklist mesej handphone aku berbunyi ada miss call dari Omar adik aku. Jarang-jarang dia call aku kecuali ada hal penting. Bila aku call balik dia kata ayah ada kat hospital Bagan Speciallist kena minor stroke. Dia suruh aku pergi tengok lepas kerja. Ayah dah 85 tahun usianya, memang dah lanjut juga tapi minggu lalu bila aku lalu depan rumah dia nampak dia duduk kat luar ok je. Ayah memang kuat orangnya, dia masih mampu guna mesin rumput bermotor yang galas kat belakang tu dalam usia sebegitu.

Habis kerja kira-kira pukul 5.45pm aku terus ke Bagan Speciallist tengok dia. Aku sempat jumpa Omar tengah perbetulkan katilnya. Ayah baru habis buat City Scan, resultnya agak ok, cuma minor stroke ada block sedikit kat otak. Nampaknya dia susah nak telan air liur, susah nak control lidahnya. Masa aku pi dia tak boleh cakap tapi lepas Doktor bagi ubat pencair darah dah boleh bersembang sikit walaupun suaranya agak perlahan.

Hari Rabu Petang lepas habis kerja aku pergi tengok dia lagi. Masa tu ramai yang ada kat situ, Mak, abang Adin, abang Razi, Kak Yah, Kak Noni, Omar dan Amirul. Masa tu condition ayah masih sama, ayah tengah tidur. Pukul 6.00pm aku kena balik ambil anak aku Mirza. Malam tu isteri kau nak melawat ayah, lepas makan kat Aidy's Cafe Telok Ayer Tawar kami terus ke hospital. Ayah tengah duduk atas katil, ok pulak masa tu boleh bersembang sikit. Kami tak mau kacau dia sebab dah lewat malam mungkin dia nak tidur. Ayah memang tak suka orang teman dia kat situ. Selalu dia suruh aku balik kalau ada kerja dan jangan hiraukan dia. Pernah dia cakap sebelum ni kalau dia mati jangan kisahkan dia dan utamakan kerja dulu. Patut anak-anak dia rajin dan berjaya dalam kerja.

Hari Khamis cuti Thaipusam, hari tu aku tak pergi tengok dia dan hari Jumaat pun aku tak tengok dia. Tapi hari Sabtu aku pergi ke Tai Huat untuk beli sedikit alatan rumah seperti lampu rumah, arial kereta balik dari Tai Huat aku singgah rumah ayah. Kak Noni kata ayah makin teruk, dia jatuh pagi Jumaat tu kat hospital. Aku tengok tangan dia makin lemah, pertuturannya makin tak jelas dan nak bangun dan menapak pun dah kena pimpin. Tak seperti hari Selasa hari tu dia masih boleh menapak ke tandas tanpa aku pimpin dia. Omar, Kak Noni, Kak Yah, Kak Nina dan abang Najib ada kat rumah ayah. Aku balik sebab nak pergi makan kenduri abang Mie kak Zah kat Dewan MPSP Kepala Batas. Balik dari kenduri isteri aku ajak pergi tengok ayah lagi. Ramai yang datang melawat ayah masa tu, abang Mat baru balik dari KL untuk tengok ayah. Masa masuk waktu solat Asar abang Mat ajar ayah untuk bertayammum dan solat duduk. Al hamdullilah ramai anak-anak ayah yang ambil berat semasa ayah sakit.

Tiada ulasan: