Ahad, 30 Januari 2011

Kondisi Ayah


Hari Khamis 27-Jan-2011 petang Kak Noni call suruh aku datang rumah mak. Dia suruh aku hantar ayah ke hospital semula. Katanya kak Mahani suruh hantar semula ke hoaspital sebab keadaan ayah semakin teruk. Dia dah tak makan dan drip air yang kami bubuh tu tak habis 2 botol sedangkan sepatutnya habis pada hari tu. Aku tak segera pergi sana sebab isteri aku belum balik lagi, cuma tinggal aku dan Mirza saja kat rumah.

Selepas makan, solat Maghrib dan hantar Munirah ke kelas tuisyen baru aku ke rumah mak. Tu pun selepas aku confirm dengan Omar adik aku dulu. Kat rumah mak dah ramai orang termasuk kak Mahani yang sedang periksa ayah. Selain tu abang Adin, kak Yah, kak Noni dan Abang Razi dah ada kat situ. Aku dan Omar naik satu kereta bersama ayah manakala abang Adin dengan kereta sendiri, kak Noni bersama abang Razi naik bersama Rosnani.

Kak Mahani cadangkan ke hospital KPJ kat Bandar Perda, jadi kami pun bawa ayah ke KPJ. Kami disambut baik di KPJ tapi staff kat situ bagitau yang kati kat situ dah penuh. Walaupun begitu Doktor tetap memeriksa ayah. Mulanya Doktor cadangkan ayah dimasukkan ke HDU(unit rawatan rapi) tapi setelah diperiksa Doktor dapati ayah tak perlu masuk HDU sebab ayah tak ada penyakit apa-apa pun. Doktor suruh kami ke hospital lain. Abang Man sampai sampai ketika ayah sedang diperiksa. Sekali lagi kami angkat ayah ke kereta dan bergegas ke Hospital Bagan Specialist.

Di Bagan Specialist Omar masuk dulu untuk pastikan yang ada katil kosong untuk ayah. Alhamdullilah masih ada katil kosong. Ayah dimasukkan ke bilik HDU dulu untuk diperiksa dan di cuci lidah ayah yang keras tu. Abang Man, Abang Adin, Abang Razi, Kak Noni dan Rosnani juga ikut kami untuk masukkan ayah ke Bagan Specialist. Kami tunggu sampai pukul 12.30am, aku sampai di rumah dekat pukul 1.00am. Keesokkannya aku ambil 1/2day leave.

Hari Jumaat 28-Jan-2011, habis saja waktu kerja aku terus ke Bagan Specialist. Aku tengok kat hidung ayah dah dipasang tiub untuk memasukkan makanan ke perut ayah. Ayah di tempatkan dalam bilik seoramg.  Mak, abang Adin, Kak Yah dan Kak Noni pun ada masa tu. Omar, kak Tipah & anak-anak dia sampai selepas tu.  Malam tu aku ada Dinner jemputan Hotayi kat Equatorial Hotel pukul 7.30pm jadi pukul 6.50pm  aku dah kena bertolak dari situ. Malam tu aku tawarkan diri untuk menjaga ayah kat situ setelah tiada siapa yang boleh jaga ayah.

Malam tu aku tak tunggu sampai habis dinner Hotayi, pukul 10.30pm aku terus balik. Lepas Solat dan mandi aku terus ke Bagan Specialist. Aku sampai pukul 12.00am, abang Man, Kak Aya & anak-anak dia terlelap kat sofa. Selepas abang Man & famili dia balik tinggallah aku dengan ayah saja. Aku baring atas sofa panjang, boleh dikatakan setiap 1/2 jam ayah akan batuk dan aku akan terjaga sambil urut dada ayah. Aku juga sapukan kaki ayah minyak burung unta yang aku bawa sekali. Aircond aku perlahankan, aku pakai stokin & baju sejuk untuk elakkan kesejukkan. Nurse masuk pukul 5.30am untuk salinkan lampin ayah. Pukul 6.00am aku solat Subuh, aku baca kuat-kuat untuk ayah dengarkan aku, mudah-mudahan ayah solat sekali walaupun tubuhnya tak bermaya. Mungkin ayah boleh solat dengan mengerakkan matanya.

Hari Sabtu 29-Jan-2011, pukul 7.00am aku terus balik rumah. Aku bisikkan di telinga ayah untuk meminta izin untuk balik, ayah mengganguk saja. Aku tak sampai hati untuk tinggalkan ayag sorang-sorang, tapi apa boleh buat aku dah mengantuk sangat. Bila lalu depan meja Nurse aku pesan kat dia orang untuk tengok-tengokkan ayah. Aku belikan sarapan untuk isteri dan anak-anak aku. Hari tu mereka ada aktiviti kat sekolah, Mirza pula aku hantar ke rumah pengasuh.

Petang tu pulak aku ke Lam Wah Ee Hospital  untuk melawat Ma adik ipar aku. Dia dan suami dia kena demam denggi, suaminya ditahan di Pantai Hospital. Aku juga sempat cari pucuk betik ka rumah Azman adik ipar aku di Sungai Ara, pucuk betik adalah sebagai penawar denggi.

Hari Ahad 30-Jan-2011, masa aku keluar beli lauk makan tengahari aku pergi melawat ayah dulu. Aku tengok ayah semakin pulih, Omar kata ada jangkitan kuman kat paru-paru ayah dan Doktor dah bagi antibiotik kat ayah. Ayah dah mula berak, dah seminggu ayah tak berak. Nurse kata tahi ayah keras dan dia dah cuba keluarkan dengan jari tapi tak boleh. Nurse bagi ubat untuk lembikkan tahi ayah.

Ya Allah, ampunkan dosa ayah ku ini. Kau permudahkan hidupnya dan berilah dia kekuatan untuk dia berjalan dan pulih seperti sediakala, Amin.

Tiada ulasan: