Jumaat 29-April-2011, 7.15am aku dan famili aku bertolak dari rumah untuk ke Kota Bharu Kelantan. Aku ambil jalan pintas melalui Padang Serai ke Padang Meha Kulim. Meter minyak aku lihat ada pada level bawah sedikit dari separuh. Kalau nak isi minyak kat Tasik Gelugur rasanya awal lagi, nantilah kalau jumpa stesyen kat Padang Serai pulak. Tapi bila melalui Padang Serai rasanya tak jauh beza sangat.
"Kita isi minyak kat Balinglah" kata aku pada isteri aku.
"Mmm..ok lah tapi sempat ka?" kata isteri kau ragu-ragu dengan keputusan aku.
"Kalau kat Baling tu sempat lagi" balas aku lagi.
Aku teruskan perjalanan kami menuju Baling untuk mengisi minyak, confident je aku masa tu. Tapi sampai je kat jalan masuk ke Pekan Baling aku tak nampak pun Sign Stesyen Minyak Petronas. Aku ni tak suka campur-campur dengan minyak jenama lain.
"Kita cuba cari lagi, mungkin lepas ni ada Petronas kot" kata aku pada isteri aku.
"Cuba kita tanya orang-orang kat sini , mungkin depa tau" kata isteri aku pulak.
Aku buat derk je, aku terus tawakal cari Stesyen Minyak. Moga-moga jumpa Stesyen Petronas tapi makin jauh aku pergi makin lengang jalan, tambah-tambah pulak jalan naik bukit. Bila naik bukit jarum meter minyak menurun ke level 1, aku mula resah. Pejalanan seterusnya adalah ke Gerik Perak. Kat sana kami janji nak bersaing dengan Azahar adik ipar aku. Mereka satu famili sekali dengan mertua aku. Isteri aku dah tempah Homestay kat Kota Bharu empat bilik. Sebenarnya muat untuk empat famili tapi yang jadi ikut cuma Azahar, Ma tak jadi ikut sebab ada kerja.
Sebenarnya tujuan utama ke Kelantan adalah untuk menghadiri Majlis akad nikah anak saudara aku Hafidzi pada malam hari Jumaat tu. Hari ke dua pulak kami cadang nak jalan-jalan sambil shopping kat Bandar Kota Bharu terutamanya Pasar Khatijah. Hari ketiga adalah hari kenduri kahwin Hafidzi and Ayuni kat rumah sebelah perempuan. Sambil-sambil tu kami dah plan untuk ke rumah kawan isteri aku satu Maktab dulu.
Cerita pasal minyak tadi, akhirnya kami sampai ke Gerik dengan minyak di level 1 dan aku isi minyak penuh RM70.00. Azahar kami telefon belum pun sampai di Gerik, dia suruh kami pergi dulu dan singgah di Tasik Banding. Last sekali aku dan isteri aku ke Pantai Timur adalah pada tahun 2002, masa tu Munirah baru setahun lebih. Masa tu pulak Ma baru beli kereta jadi kami naik kereta Ma saja. Tasik Banding dah berubah, dah tak ada tempat untuk makan-makan macam dulu. Tandas kena bayar 50sen. Bila Azahar dan mertua aku sampai kami sarapan dulu tapi susah juga sebab tak ada tempat duduk. Tikar dan surat khabar pun tak bawa kami duduk atas rumput saja.
Kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu tanpa henti sebab aku target nak Solat Jumaat kat sana. Aku keluar lepas waktu Subuh jadi aku tak layak untuk buat Jamak Zohor dan Asar malah aku wajib untuk Solat Jumaat, itu yang aku belajar. Sampai di Kota Bharu dah nak masuk waktu Zohor walaupun aku gagahkan untuk sampai ke tempat Homestay tapi tak sempat, cuma tinggal 20km saja. Lalu bila dengar Azan aku terus berhenti di Masjid yang aku jumpa untuk dan Solat Jumaat sebelum terus ke Homestay kami.
Homestay tu ditempah melalui internet, orang yang uruskan tu bernama Kamal seorang Ustaz mengajar di Kemunting. Dia pun ada miliki satu homestay tapi dah di tempah, jadi dia recommand homestay bapa saudaranya. Kebetulan dia balik ke Kota Bharu, jadi dapatlah kami jumpa dengan dia. Homestay yang Kamal introduce empat bilik tak ada Aircond, besar, luas, tiga bilik ada bilik air dan ada dapur dan cerek air masak. Tapi rumahnya agak old fashion dan kurang bersih di dalamnya. Rasanya muat kalau bawa empat famili. Ada car porch dan kedudukkannya di tengah bandar, banyak tempat makan disekitarnya.
Pukul 4.00pm kawan isteri aku datang untuk ambil kami makan, mertua dan Azahar satu famili tak ikut. Namanya Nai dan Azahar juga, suami isteri satu maktab IB sesama isteri aku. Mereka tak jumpa sejak keluar maktab lagi. Kami makan kat kedai Tom Yam sekitar situ juga kemudian terus ke rumah mereka di Pasir Mas.
Malam tu lepas Maghrib kami ke Homestay Kak Noni sebab malam tu adalah malam pernikahan Hafidzi agenda utama kami datang ke Kelantan. Dari Homestay ke rumah pengantin perempuan kira-kira 7km kat Melor Ketereh. Mereka bernikah kat Masjid Mahmudi Ketereh selepas Solat Isyak. Yang hadir malam tu adalah famili Abang Adin, family Omar dan famili aku selain famili Kak Noni semestinya. Habis upacara akad nikah kami ke rumah pengantin perempuan untuk makan malam. Persediaan mereka ala kadar tapi cukup untuk semua yang hadir.
Balik dari rumah Ayuni (pengantin perempuan) kami ke Wakaf Che Yeh untuk isteri, mertua dan ipar aku Ros shopping, itu pun masuk dalam agenda utama. Cuma mereka bertiga saja yang keluar yang lainnya tidur dalam kereta. Biasanya wakaf Che Yeh dibuka tengah malam, lagi lewat lagi ramai orang.
Sabtu 30-April -2011, Sarapan pagi Azahar tolong belikan. Orang Kelantan suka makan nasi dan pelbagai nasi yang ada terutamanya nasi kerabu. Ada warna biru, kuning putih dan kuihnya manis manis bahkan airnya juga manis-manis. Tengah hari kami shopping kat pasar Khatijah, memang susah nak dapat parking lagi pun hari ni hari Sabtu dan ramai orang luar.
Lepas hantar mertua dan Azahar balik Homestay kami keluar lagi ke rumah kawan isteri aku kak Maziah kat Pengkalan Chepa dekat dengan Airport. Kami di jamu makan spaghetti oleh keluarga kak Maziah. Balik dari rumah kak Maziah rasa lapar lagi, kami terus ke Mac Donald kat bandar sebab Mirza belum makan. Jadi kat Mac Donald bolehlah kami beli bubur ayam sebab dah dua hari Mirza berak tahi keras sebab makan nasi biasa. Petang tu kami balik Homestay sebab Azahar nak keluar pulak sebab kunci ada satu je nanti kami tak boleh masuk pulak.
Ahad 1-May-2011, hari pekerja dan kat Kelantan ni pun cuti umum lengang jalan. Hari nijuga kenduri kahwin Hafidzi dan Ayuni tapi kat sini dipanggil kenduri kesyukuran. Pagi tu kami sarapan macam semalam juga Azahar yang belikan, mungkin Azahar beli tempat yang sama. Pagi tu kak Noni dah confirm nsuruh kami tunggu kat rumah Ayuni pukul 12.00pm. Azahar dan mertua pulak nak terus ke Terangganu, mereka tak jadi ikut makan kenduri. Pukul 9.00am mereka dah berangkat keluar. Kami bersihkan rumah dulu sebelum keluar kira-kira pukul 11.15am. Kami singgah beli keropok lekor losong on the way ke rumah Ayuni.
Pukul 12.30pm semua ahli keluarga pihak lelaki dan kawan-kawan Hafidzi sampai dan berkumpul. Kami disambut mesra oleh keluarga Ayuni. Kenduri kat Kelantan ni aku dapati dibuat secara sederhana atau kecil-kecilan saja kalau dibandingkan di Penang ni kendurinya sangat besar dan meriah. Kemahnya cuma satu saja, meja dua baris, yang lain makan secara tatang. Perempuan diasingkan, cuma ada kerusi saja tanpa meja dan makan bertatang.
Lauk pauk yang dihidangkan adalah nasi putih dan lauknya adalah kari tulang daging, ayam percik putih. Yang menarik sayurnya adalah kerabu rumpai laut betik..wow!!..first time makan dan sedap juga. Selain tu ada juga solok lada, sambal ikan bilis, sayur bayam. Kalau nak dibanding dengan kat sini banyak juga mata lauk yang dihidangkan walaupun kendurinya kecil. Inilah kali pertama aku makan kenduri kat Kelantan dan mengetahui budaya mereka.
Habis kenduri kira-kira pukul 2.30pm kami berangkat balik ke rumah. Perjalanan terasa amat panjang dengan jalan yang bengkang bengkok dan berbukit. Kami singgah solat di Gerik dan Tasik Gelugur dan makan malam di Pokak sena.
1 ulasan:
sonoknyer gi cuti2 kanns.. ehehe
Catat Ulasan